Monday, November 8, 2010

P.H.D.. ^.^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. kalo tak sihat bek cepat2 g jumpa ngan doc.. :)

arie nie mau citer pasal P.H.D bukannya P.H.D (Doctor of Philosophy) tapi.. 
Perasaan 
Hasad 
Dengki..

aku bukan apa ar.. aku melayu dan aku kekadang memerhatikan orang2 melayu di sekeliling aku nie.. kebanyakkan mereka memang mempunyai perasaan ini walaupun depan ngan kita mereka amat bermanis mulut hinggakan kalo sang semut lalu pun sang semut nak hinggap... 

aku berkawan dengan ramai orang termasuk berlainan kaum, jantina dan jua kerjaya yang berlainan... ada melayu, cina, india serta suku kaum daripada sabah serta sarawak.. ada lelaki, wanita mahupun 2 alam.. ada pekerja biasa, pendidik, doktor, jurutera dan pilot.. 

bukan nak bermegah2 dengan semua kenalan2 aku.. aku tak pernah sekali "merasakan" diri aku hebat kerana berada di dalam kalangan mereka2 yang menjaga standard.. (sebenarnya aku agak rimas) :p

berbalik pada citer pasal P.H.D tadi.. walaupun "melayu" itu seorang yang berpendidikan tinggi melangit sekalipun, perasaan itu tetap menular dalam diri mereka.. kenapa eik?? aku selalu bertanya sendiri mengenainya.. tapi hingga skang aku pun tak dapat jawapannya... :p

jika kita lihat di sekeliling kita, jangan kata "melayuakanbantumelayu" bahkan "melayujatuhkanmelayu" lebih ramai skang nie.. aku kekadang rasa amat kagum ngan kaum2 yang lain terutamanya kaum Cina (bukan kerana ayah aku berketurunan Cina maka aku sokong kaum ini) tapi semangat kerjasama mereka bagi membantu meningkatkan ekonomi kaum mereka amat tinggi..

aku telah lama berkampung di pasaraya nie.. (walaupun 5 tahun mungkin bagi sesetengah orang bukan sekadar kayu pengukur) tapi selama 5 tahun ini aku melihat dunia luar yang belum pernah aku rasakan.. kerana selama ini aku teguh mengatakan bahawa "melayuakanbantu melayu" dan bukannya "melayujatuhkanmelayu"..
(sangat manis bukan andainya itu yang kita rasakan??)

dan selama 5 tahun ini ar, aku melihat bagaimana kaum aku sendiri cuba menjatuhkan kaumnya sendiri.. baik dengan cara kasar mahupun ngan cara halus..(masih wujud laie perkara2 sebegini).. aku melihat bagaimana seorang demi seorang kaum ku jatuh tanpa dapat bangun semula.. aku melihat bagaimana kaumku seorang demi seorang "mati" dengan permainan sebegini.. dan yang benar2 hanya tinggal di sini hanyalah beberapa kerat jika nak di bandingkan dengan kaum Cina.. (Alhamdulillah setelah sekian lama yang beberapa kerat ini mengidamkan kemasukkan kaum sendiri, akhirnya ada jua penambahan) :)

tapi penambahan ini semakin menjatuhkan kami.. dengan perbezaan sewaan yang amat ketara jurangnya antara "penduduk lama" dan "penduduk baru" serta sikap yang "kurang" prihatin (sebenarnya bukan prihatin, tapi apabila P.H.D mula menular dalam diri) tentang "perasaan" "penduduk lama" ini keadaan semakin kusut.. 

apabila perjanjian yang di menterai hanya sekadar di atas kertas putih sahaja maka, yang terseksa adalah kami "penduduk lama" dan yang menyedihkan kami ialah kaum yang menodai perjanjian itu adalah kaum kami sendiri.. MELAYU!

jadi, rumusan yang selalu kami tanamkan dalam diri kami : P.H.D ini tidak akan luput di sisi kita.. ^.^

ps : Setuju?? :)
Mohon Pandangan Kalian Pula... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

7 comments:

~ mizzAmy ~ said...

memang susah lah macam nie. P.H.D nih agaknya wujud dalam bangsa kita je kot. cina sama cina siap tolong sesama diorg kalu bab2 business. susah lah kan kalo fikiran kita ni sempit. rezeki Allah kasi ni luas, kat mana2 je ada.

m4rilyn said...

kat mana2 pun ade spesis cam nie.
sangat membimbangkan

Yasminhamid said...

ini jugakla yang selalu bermain difikiran...

Unknown said...

amy : yup2.. kekdg terasa amat2 jeles ngan sikap mereka nie.. snggup bantu sesama sendiri..

marilyn : tau xpe.. tapi ngape tak dek yang cuba nak membentras eik??

kak yasmin : hehehe.. mcm sepakat lak kita kan kak... ^.^

Cik Azz said...

Asalkan jangan kita yg jd spesis cmtu dah la.. at least dh kurang dah satu phd tu... :p

intanurulfateha said...

tu namenye x leh tgk org senang
zzzzz

apsal lah ade org mcmtu ek kak

Unknown said...

kak azz : Insya Allah mohon di jauhkan~ :)


intan : btl2.. xblh tgk org len senang.. sbb namapun manusia dik.. jika PHD nie xdi bndung, tu yg melarat... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)