Saturday, November 27, 2010

Kembalinya Kamu Untuk Apa???


ENTRY INI ADALAH AUTO PUBLISH..

Salam n eelloopp semua~
salam arie sabtu buat kalian.. korang apa khabar?? sihat?? aku makin sihat.. Alhamdulillah.. ^.^

sebenarnya tak de mood nak nulis kat teratak buruk aku nie.. tah ar, mood aku ilang sejak arie tu laie.. sejak aku mendapat SMS misteri daripada seseorang.. ok, sebenarnya memula ianya menjadi misteri, then aku dah tau sape yang antar SMS tu.. 

yang jadi masalah skang, aku telah menyerang hendap orang yang tak bersalah mengenai SMS yang aku tima.. ye ar, no phone aku yang itu, tiada sape pun yang tau kecuali beberapa orang aje.. boleh kira ar bape orang yg tau.. tak lebih daripada 5 org pun yang tau pasal no aku tu.. tapi yang pelik bin ajaib nya, macam mana dia boleh dapat no tu??

sangat2 pelik aku memikirkannya.. maka, aku tanpa berpikiran sewaras2 nya, telah menyerang hendap antara 5 orang yang berada di dalam phone list aku.. damn.. aku tersilap serang upanya.. dan aku amat2 menyesal.. sangat2 menyesal.. (tu ar padahnya jika tidak menggunakan akal tapi menurut hawa nafsu kemarahan) :(

dan apa sebab dia mahu menghubungi aku semula?? bukan ke dia pernah berjanji yang dia tak akan berhubung ngan aku laie?? apa setelah dia yakin bahawa aku telah berjaya mendapat insan lain, baru dia benar2 berpuas hati yang aku tak menganggu guggat hubungan dia ngan pakwe dia?? macam tu ke??

ini bukan ar entry tuk melepaskan kemarahan di atas kehadiran SMS yang tak di undang tu.. bukan jua entry tuk melepaskan apa2 jua perasaan.. cuma entry nie tuk insan yang aku rasa perlu aku mendapatkan jawapan nya.. aku harap dia dpat memberikan jawapannya andai dia membaca blog aku nie.. 

kenapa baru skang dia "yakin" yang pakwe dia benar2 dah tak ada atie kat si chubby nie?? kenapa baru skang dia "yakin" yang pakwe dia benar2 dah tak ada apa2 hubungan ngan si chubby nie waima sekadar seorang TEMAN?? atau SAHABAT??
walhal aku lebih dulu mengenali pakwe dia sebelum dia... tapi bukan itu yang yang aku bangga kan.. bukan itu yang aku nak persoal kan.. aku tau, aku pham sebabnya aku pun PEREMPUAN dan aku pun tau apa perasaan PEREMPUAN.. Aku pun letakkan diri aku kat tempat dia dan itu ar yang aku rasa.. cumanya...
kenapa baru skang nie kamu "yakin" yang pakwe kamu benar2 sayang akan kamu dan bukannya aku??

KENAPA SEKARANG???
KENAPA BUKAN ARIE TU??
KENAPA BUKAN SEWAKTU KAMU MEMUTUSKAN TUK TIDAK MEMPERTIKAIKAN APA2 JUA MENGENAI AKU?? (ok, aku bukan nak ungkit apa2.. cuma aku ingin kamu imbas kembali, dan email kamu masih dalam simpanan aku)

begitu ke?? andai begitu ar.. aku mohon maaf bebanyak.. aku tak mampu nak terima kamu semula sebagai TEMAN aku kerana bagi aku kamu tak ikhlas tuk meneruskan persahabatan kita.. kamu cuma senang bila kamu tahu yang aku tak akan ganggu hubungan kamu berdua, maka kamu mula nak berbaik semula..

tolong lah.. aku bukan berkawan kerana "peribadi" aku berkawan kerana aku senang berkawan dengan kamu dulu.. aku tak kisah siapa kamu.. aku terima kamu dengan penuh kerelaan, penuh ikhlas dan dengan hati serta tangan yang terbuka.. tapi sayang, hubungan persahabatan (layak kah aku katakan PERSAHABATAN??) kita di nodai dengan sikap kamu yang seperti keanak-anak kan.. sikap kamu yang terlalu "cemburu" akan kemesraan aku dan pasangan kamu.. sikap kamu yang amat membuatkan aku terasa walaupun "soalan" yang kamu utarakan pada aku dulu hanya sekadar "pertanyaan" tapi bagi aku kamu masih tak dapat terima hakikat sebenarnya....

kamu pernah tahu perasaan aku sewaktu aku mengambil "keputusan" itu dulu?? ada kamu letakkan diri kamu di tempat aku?? ada kamu rasa bagaimana peritnya aku sewaktu menghantar email tuk memutuskan persahabatan kita?? dan ada kamu rasa bagaimana perasaan aku sewaktu aku menerima email balasan kamu pula??

Alhamdulillah.. sewaktu aku menerima dan membaca email kamu, aku telah kembali "pulih".. dan sewaktu aku membacanya tiada sekelumit pun perasaan BENCI, SEDIH ataupun segalanya.. aku cuma mampu tersenyum dengan isi kandungan email kamu.. aku membacanya berulang kali dan akhirnya aku PUAS kerana aku tahu apa yang kamu ingin aku lakukan... :)

aku tak tahu ar jika aku mendapat email tersebut sewaku aku belum benar2 pulih, aku tak mampu nak bayangkannya.. itu ar yang selalu aku katakan "Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya" dan ini lah hikmah yang aku terima.. aku redha atas segalanya.. :)

dan pada KAMU cik adik, jangan ar kamu terasa ngan entry aku nie.. jangan pulak aku terasa bersalah lak ngan entry aku nie.. aku tak nak kamu rasa macam tu.. aku cuma nak kamu tahu yang aku TAK DAPAT NAK TERIMA KAMU SEMULA sebagai teman aku.. aku mohon maaf banyak2.. (walaupun kamu kata aku SOMBONG atau apa jua) sebab kamu tak berada di dalam keadaan aku dan aku yang merasakannya dulu.. aku dah penat nak melayan setiap kerenah kamu.. aku dah penat nak menerangkan segalanya pada kamu supaya kamu memahaminya dan aku dah penat nak terangkan yang aku tiada laie apa2 hubungan ngan pakwe kamu itu.. maaf semaafnya... 

dan pada insan yang aku serang hendap semalam, aku pun mohon maaf gak.. sebab selalu sangat menyusahkan kamu.. :(
dan msg kamu semlm memang buat aku terasa... (walaupun aku tau kamu laie terasa ngan sikap aku).. aku sedar yg kamu pun dah tak perlukan aku laie dlm kehidupan kamu.. kamu sedang berbahagia mana perlukan aku laie kan..?? dan aku mohon maaf atas segalanya...

ok ar, aku sambung buat keje dulu, kotak komen aku tutup tuk entry nie.. maaf eik kalian.. aku ada sebab tuk tidak pamerkannya.. 

ps : Jika Aku Tidak Mempunyai En.Cinta Laie, Sanggupkah Kamu Menjalinkan Persahabatan Dengan Aku Semula?? Rasanya Kamu Tak Sanggup, Kerana "Cemburu" Kamu Itu.. Alhamdulillah, Kerana Allah Telah Menemukan Aku Dengan En.Cinta.. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)