Nie ar gambar bulan yang pertama kali aku ambik..
tak tau mna silapnya bulan aku jd lembang mcm tu..
kena gelak oleh otai2 photog.. :(
masa tu terasa down sgt2..
hinggakan arwah My Big Sis, Prince Adnil sanggup mintak aku gmbr bulan tu tuk di edit.. silap aku sebab aku simpan dlm format JPEG bukan format RAW..
tapi aku tak berputus asa. aku cuba sekali lagi...dan ini adalah hasilnya... msih dalam keadaan yang tak memuaskan hati para2 otai semua..
bulan kembang laie... :(
yang nie aku edit.. :p
dan ini adalah bulan yang seterusnya aku snap.. masa nie My Big Sis Prince Adnil dah jadi arwah.. masa tu aku gantung My Baby 550.. tak ada semangat sungguh nak snap gambar terutamanya gambar bulan.. bulan nie ar membawa 1001 kisah suka duka aku.. seb baik bulan nie timbul sebulan sekali aje.. kalo arie2 dia timbul memang parah ar jiwa aku.. masa tu ngan air mata berlinang aku snap gambar nie.. sedih.. pilu.. bila aku menatap wajah bulan nie.. tapi aku sematkan dalam diri aku.. andai aku sayangkan arwah My Big Sis, Prince Adnil, aku kena kuatkan semangat.. dia tak nak tengok semua teman2 dia bersedih dan gantung camera hanya kerana meratapi akan kehilanggan dirinya.. maka itu ayng terhasil selepas aku kesat biji mata aku dan berlagak ala2 macho sewaktu snap gambar tu... :)
dan ini adalah gambar bulan separa yang aku snap..dah agak lama aku tak snap bulan.. terasa rindu tuk membulan.. apakan daya, skang PD asyik mendung aje.. Sang Rembulan pun malu2 bersembunyi di sebalik awan2 hitam.. :)
dan aku rasa ini adalah gambar bulan yang terbaik pernah aku snap.. aku bangga ngan diri aku sendiri.. walaupun aku pegang My Baby 550 sekali sekala dan apabila mood nak snap2 photo mai, tapi aku bangga sebabnya aku mampu tuk buat yang terbaik (setakat ini) dengan hanya berpandukan idea2, kritikan2 yang membina atau yang down daripada otai2 photog aku.. ^^
walaupun aku sedih akan kehilanggan My Big Sis, Prince Adnil.. kakak yang merangkap teman merangkap sifu aku dalam dunia photog nie.. aku mampu nak wat yang terbaik.. aku mampu nak buktikan yang aku jua mampu melakukan yang terbaik... ^^
dan kita seharusnya berdepan dengan diri sendiri.. berdepan dengan sape2 yang suka kritik kita.. sematkan dalam hati yang mereka2 yang mengkritik bukan DENGKI, ataupu JEALOUS pada kita tapi mereka sebenarnya SAYANG akan kita dan dengan cara itu mereka meluahkan rasa sayang mereka.. ^^
ps : Terasa Esok Aku Nak Membulan Andai Sang Rembulan Tidak Malu2 Menonjolkan Dirinya... ^^
No comments:
Post a Comment