Thursday, September 30, 2010

Last Kiss _-_ Pearl Jam.. :)


Taken From You Tube,
Song By Pearl Jam
Title : Last Kiss

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku harapkan semoga korang dalam keadaan yang sihat2 hendaknya... :)

arie nie, tak mau citer pepanjang.. korang layan aje ar eik lagu yang menjadi kegemaran aku nie.. :)
(harap maaf sebab video tuk konsert) :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, September 29, 2010

Jangan Bertopeng Andai Takut Lemas... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? harap2 korang berada di dalam keadaan yang menyihatkan dan mengembirakan di samping mereka2 yang tersayang... :)

ok.. tau tak ngape aku tepekkan gambar topeng kat atas nun?? sebab nya story yang nak aku share kali nie memang berkaitan ngan topeng.. :)
manusia bertopengkan kepura-puraan.. anggap ar yang citer nie hanya tuk berkongsi kesedihan Sang Suami yang di duakan oleh Sang Isteri.. Kenapa perlu begini eik andai kamu benar2 ikhlas menerima Sang Suami itu sewaktu akadnya?? andai tak mampu nak terima atau tak mampu nak SETIA, baik jangan wat kawen.. nanti kamu gak yang berdosa... 

aku pun tak tau ar nak mula macam mana.. sebabnya, aku mendengar daripada salah seorang teman nie yang amat tak pus hati apabila temannya curang kepada suaminya.. baru setahun jagung mendirikan rumah tangga, tapi kenapa jadi macam nie?? adakah kerana mereka jarang bertemu maka kesetiaan itu perlu di nodai??

aku mendengar cerita yang sang suami bekerja di Pantai Timur dan si isteri bekerja di sekitar ibu kota.. mereka bertemu hanya sebulan sekali.. kerana masalah jarak ini ar, si isteri mula buat perangai.. mula "pasang badan" tuk mencari seseorang tuk mengisi kekosongan serta kesepian yang berjauhan dengan si suami..

memula hanya sekadar teman biasa, kemudian meningkat menjadi teman tapi mesra dan skang, menurut teman aku, telah menadi seperti sepasang kekasih pulak.. O.M.G~
ngape perlu sedemikian jauhnya langkah si isteri?? si suami pulak jenis yang percaya 100% pada si isteri.. bila ada yang khabarkan kepadanya mengenai perangai si iseri, mula melenting.. mula menyatakan yang mereka2 ini cemburu melihat dia memiliki isteri yang cumel, molek, cun dan sebagainya.. tapi dia tak tahu yang isteri dia yang cumel, molek dan cun itu telah menduakan dia..

kata teman aku laie, jika melihat luaran si isteri semua akan bersetuju mengatakan bahawa dia seorang perempuan yang pandai menjaga auratnya, menjaga tingkah lakunya.. menutup aurat dengan sepatutnya.. tapi.. sayang, sikapnya tidak seperti yang di gambarkan melalui pemakaian nya..

depan si suami, isteri ini amat baik.. amat penyayang.. setia menurut perintah.. setia segalanya.. tapi di belakang si suami.. hanya Allah aje yang tahu apa yang dia lakukan pada si suaminya...

aku hanya berharap, agar suatu hari nanti, si siteri ini akan kembali menyedari akan kesilapan yang dia lakukan.. dan agar si suami pula membuka matanya.. 

ps : Andai Ada Jodohku Ngan En.Cinta, Aku Jua Akan Berjauhan Dengannya.. Seminggu Sekali Kami Bertemu Dan Aku Mengharapkan Agar Allah Tetapkan Kesetiaan Kami Sekarang Dan Tuk Selamanya... Insya Allah~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, September 28, 2010

I'm So Sorry~



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar??aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah~

sebenarnya entry nie dah lama nak aku tulis.. tapi rasa2 macam dah tak ada kekuatan nak taip.. so.. bila aku dah pikir masak2 semasak masaknya.. aku rasa aku perlu melakukan sesuatu.. yup... aku nak mohon kemaafan pada semua yang pernah aku singgung perasaannya.. yang mana terkecik atie ngan aku dan sebagainya..

dengan rasa rendah diri, aku memohon kemaafan buat semua..
tak kira ar salah siapa atau bila..
tak kisah ar ianya sangat besar mahupun kecik..
sama ada secara sengaja mahupun secara gurauan ataupun secara tak sengaja..

andai aku yang bersalah, ku pohon kemaafan..
andai kalian yang bersalah, aku pohon kemaafan jua..

ps : Salam Kemaafan Buat Semua~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, September 27, 2010

Nombor Yang Bakal Membawa Tuah~

Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? Alhamdulillah~
yang tak sihat bek ar gi jumpa doc eik.. skang denggi ngah berleluasa.. :)

hehehe... dah2 jangan nak pikir aku nak bagi korang no ekor eik.. tu bukannya no ekor.. itu adalah tuttttttttt... jeng jeng jeng... :D
biar ar rahsia~ ^.^

arie tu aku ber-chatting ngan En.Cinta sambil2 membincangkan apa yang perlu di lakukan kelak.. persediaan yang nak di sediakan.. dan perancangan masa depan kami.. ceh wah.. tak menahan statement aku... :p

dah2.. tak mau citer pasal aku ngan En.Cinta aje.. mau citer len ar pulak.. kang korang jelak, jemu, nyampah ngan citer2 aku yang SS nie.. :p
tapi nak wat macam mana, aku suka berkongsi ceritera sedih mahupun gembira mahupun geram kat mizfantasy.blogspot.com nie.. :)

skang nie ku tengok ramai betul yang dah tak mau berbelanja.. semua mau jimat aje.. kedai tempat aku keje nie pun agak suram dah.. adakah sebab duit dah abis wat perbelanjaan hari raya yang lepas atau korang pun nak berjimat cermat macam aku gak?? :p
aku berjimat cermat meh?? :p

apa nak wat kan, tak kan aku nak paksa orang2 yang masuk kedai aku nie membeli.. kang tak pasal2 aku di dakwa sebagai orang giler.. :p
tapi kalo macam nie ar gayanya, amat parah ar.. terasa macam nak mencari complex len wat kedai yang baru.. complex yang bukan macam hidup segan mati tak mahu.. dapat pulak complex yang meriah, rate nya lak mak ai.. mampus aku tengoknya.. so apa macam??

tak ada pilihan.. kena teruskan kat sini gak ar.. murah (boleh ar di katakan murah), selesa (memang selesa ar), friendly ( absolutely), apa laie?? kalo nak di kira, memang ar complex nie bagus tapi yang tak bagusnya, complex nie kureng orang yang datang.. peronda setia ramai ar... :p

tah ar, mau pikir2 nak wat macam mana.. adakah perlu menukar haluan angin ke complex len atau meneruskan di tempat yang sama nie.. hampir 5 taun aku di sini.. terasa amat2 sebati udah udara complex Seremban Parade nie ngan diri aku... :)

ok ar, mau sambung kerja.. Kedai Ku Syurga Ku.. :)

ps : Ngah Meneliti Senarai Barangan Yang Perlu Aku Beli Kelak.. Terasa Bagaikan Tak Cukup Duit Lak Kalo Ikut Nafsu Aku Yang Jarang Membeli Belah Nie... *sigh*





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, September 26, 2010

Anda boleh menukar bahasa anda di Facebook kepada bahasa "Pirate." | Fakta Menarik

Anda boleh menukar bahasa anda di Facebook kepada bahasa "Pirate." | Fakta Menarik

try ar... aku dah try n terasa mcm cool aje ar pulak... :)

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Bersabar Lah Wahai Sang Teman....



Salam n eelloopp smua~
korang apa citer?? sihat tak?? harap2 korang sihat2 ar hendaknya... :)

dua arie yang lepas, aku ada call one of my best fren.. lama tak dengar citer pasal dia... al-maklum ar, dia buzy ngan kejenya.. aku pun buzy ngan keje aku.. :)
patut ar sejak dua menjak nie aku teringat sokmo kat dia.. nak call tapi macam tak mau.. ye ar takut kot2 dia ngah keje ke atau ngah dating ngan awek dia yang kuat jeles tu ke... kang call wrong time, mereka gak yang bertengkar.. aku gak yang rasa bersalah.. :)
nak call malam2 macam selalu, takut lak dia dah menido kan dirinya.. walaupun aku tau dia memang suka tak tido malam kalo tak keletihan... :p

so, semalam pas ber-calling calling-an ngan En.Cinta, aku ada ar call dia.. masa tu gamble aje.. kalo dia sambut Alhamdulillah.. kalo tak, tak ada rezeki ar nak sampaikan berita gembira nie dan nak tau citer pasal dia.. :)

alhamdulillah, dia masih belum tido laie.. masih berjaga menyiapkan kerja2 nya.. aku dah agak dah dia kalo mula bekerja, dia dah tak ingat apa laie.. makan pun dia boleh lupakan kalo dia dah mula bekerja.. :)

so, macam biasa ar, tanya2 khabar.. citer2 apa2 yang patut di citer sebab lama dah tak ber-sms (akhir sms ucapan selamat hari raya daripada dia aku tima malam raya), lama dah tak berbalas e-mail mahupun ber-chatting di YM serta dah lama dah tak ber-calling calling... :)

dalam pada bercerita tu, baru ar aku tau yang ayah dan mak dia skang ngah tak sihat.. yang paling kesian ayah dia yang di serang angin ahmar setaun yang lepas.. dem s***t!! aku memang teman yang tak guna.. teman aku sendiri dalam keadaan sukar macam tu pun aku masih tak tau.. patut ar aku terasa tak bape sedap aje atie nie sejak dua menjak nie.. upa2 nya aku bakal menerima biter sedey macam nie.. :(

teman, aku mohon maaf kerana tak alert ngan kamu.. aku terlalu happy ngan hidup baru aku hinggakan aku alpa ngan keadaan kamu yang tanggung segalanya.. patut ar bila acap kali aku tanyakan bila kamu mahu berumah tangga, kamu akan katakan "family first.. they need me more than everything else.." upa2 nya ini yang kamu maksudkan... 

apa yang aku harapkan, agar kamu tabah dalam menjalani dugaan ini.. aku tahu kamu kuat.. kamu seorang yang tabah.. kamu cekal dalam menghadapi apa jua dugaan yang di kurniakan oleh Allah kepada kamu.. kamu yang pernah memberikan aku semangat tuk meneruskan hidup  atas apa yang terjadi pada diri aku.. kerana itu aku sangat2 yakin yang kamu seorang yang kuat...

walaupun kamu menghadapi dugaan yang berat, kamu tetap tersenyum.. tetap ketawa dan kamu tetap cuba menghibur kan atie insan lain.. aku doakan semoga ibu dan ayah kamu akan kembali sembuh seperti sedia kala teman.. :)
aku rindukan gelak kamu, nasihat kamu dan segalanya tentang kamu... *sigh*

ps : Andai Aku Di Tempatnya, Aku Pasti, Aku Tak Sekuat, Setabah Serta Sesabar Dia Dalam Menghadapi Dugaan Itu~ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, September 25, 2010

Adakah Aku Telah Bersedia??


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? doa2 moga korang berada di dalam keadaan yang sihat2 aje... :)

tak mau citer pepanjang...

hanya aku ingin bertanya pada diri aku sendiri 
ADAKAH AKU TELAH BERSEDIA TUK SEGALA IMPIAN YANG AKU ANGAN2 KAN??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MELANGKAH LEBIH JAUH LAIE??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN YANG BAKAL MENJELMA INI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MENGHABISKAN SISA2 HIDUP AKU BERSAMA2 NGAN INSAN YANG BERGELAR SUAMI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MELAKSANAKAN SEGALA APA YANG DI PERINTAHKAN OLEH-NYA SEBAGAI SEORANG ISTERI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK SEGALANYA??

JAWAPAN AKU HANYA 1...
-INSYA ALLAH AKU TELAH BERSEDIA TUK SEGALANYA- ^.^

ps : Mencari Kebahagiaan Dan Kedamaian Tuk Menghabiskan Sisa2 Perjalanan Hidup Ini Bersama2 Ngan Yang Tersayang... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, September 24, 2010

Rahsia Kita Berdua~ ^.^



Taken From : You Tube 
Song By : One Republic
Title : Secret


Salam n eelloopp semua~
hehehe.. pe khabar?? ada sihat?? kalo tak sihat sila2 ar ke klinik yang berdekatan tuk wat pemeriksaan eik.. apa pun aku doakan moga2 korang semuanya dalam keadaan yang amat menyenangkan di samping mereka2 yang tersayang... macam aku gak.. makin arie makin epy.. makin arie makin bahagia... :)


ok ar, berbalik kat tajuk lagu yang aku "benamkan" cakap omputihnya Embed.. :p
Secret atau cakap melayunya rahsia.. :)
hah.. korang pernah tak menyimpan rahsia?? tak kira ar rahsia besar ke, kecik ke, sederhana ke, rahsia peribadi ke, rahsia teman2 ke, kuarga ke mahupun rahsia kerajaan... (ada ke yang menyimpan rahsia kerajaan??) ^.^

agak2 korang ar, korang nie penyimpan rahsia yang macam mana?? maksud aku, korang nie memang kuat simpan rahsia tersebut atau hanya cakap " nie rahsia tau, jangan bagitau kat sape2.. aku bagitau kat ko aje" then orang yang kita bagitau tu pun akan ulang semula dialog yang kita bagikan kat dia pada orang len.. dan adakah rahsia tu selamat?? pikir ar eik akibatnya... :p

bagi aku lak, kekadang ada perkara yang perlu di rahsiakan demi menjaga kepentingan pihak2 yang tertentu.. tak semua perkara kita akan citerkan pada orang lain walaupun ianya suami atau isteri kita.. walaupun dia ibu bapa kita dan adik beradik kita dan jua walaupun dia teman baik kita yang kita sangat percayakan.. :)

kekadang perkara itu seperti membuka pekung di dada, tak kan nak di citerkan pada orang len kan?? tak tau kalo korang sanggup nak malukan diri sendiri gak... :p
kalo aku tak sanggup dek.. sape yang sanggup sila angkat tangan... :p

ada ar perkara yang aku simpan hingga kini.. ada gak rahsia yang aku simpan then aku dah lupakan and ada gak rahsia yang masih segar dalam minda aku nie.. rahsia apa?? rahsia kita berdua~ ^.^ (macam lirik lagu Fyn Jamal lak)

ok ar, so pikir2kan ar eik kalo mau menyimpan sesuatu rahsia tu, biar ar benar2 RAHSIA tersimpan kemas.. jangan terbocor atau terkantoi di kemudia hari and then kita gak yang akan tanggungnya... :)

ps : Rahsia Kita Berdua?? Aku Suka Akan Lagu Tu.. Lirik Tu Best Lak... ^.^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 23, 2010

Maafkan Aku Wahai Teman~


Salam n eelloopp semua~
korang sihat?? aku pun sihat gak.. cuma emosi aku agak sedey sejak semalam..
sejak salah seorang teman aku meluahkan pertanyaan nya yang membuatkan aku mula berfikir dengan semasak2 nya...

apa perasaan korang apabila salah seorang teman yang korang anggap teman baik korang meluahkan perasaan nya?? maksud kat sini bukan luahan hati dan perasaan yang berbaur cinta eik.. nie luahan perasaan yang tak berpuas atie atau dalam kata lainnya, dia terasa dengan sikap aku serta layanan dia...

aku pun tak tau ar, dia kata dia terasa ngan layanan serta sikap aku sewaktu dia datang ke kedai aku tempoh hari.. katakan aku udah tak mesra melayan mereka yang datang sebagai customer.. 

bagi aku, layanan aku sama aje baik teman2 sekolah, kolej mahupun teman2 yang lain.. apabila kalian datang ke kedai aku, aku layan kalian seperti teman2 aku.. layanan santai yang tak terlalu formal.. aku bezakan kalian dengan customers aku yang lain.. sebabnya aku perlu formal dengan mereka2 ini.. aku perlu ikut mereka dan tanya mau size apa, kaler apa, baju yang bagaimana nak di cari dan sebagainya.. tapi apabila teman2 aku datang ke kdai aku, kalian bebas tuk mencari sendiri apa yang kalian nak.. andai ada yang kalian perlukan, hanya bagitau aje.. aku ingin kan ianya dalam keadaan yang santai..

tapi, andai kalian tak gemarkan layanan yang sedemikian, aku MOHON MAAF.. bukan niat aku tak nak layan kalian seperti customers yang lain.. dan aku jua tak salahkan teman aku itu kerana dia sebagai customer berhak menyuarakan apa yang dia tak puas hati mengenai layanan aku sebagai staff Butik Elyna.. aku terima dengan atie yang terbuka.. :)

dan mulai skang aku perlu melayan semua org dengan keadaan yang sama.. mulai skang aku akan layan sesiapa aje yang bertandang ke kedai aku ngan layanan formal.. tiada laie aku beza2 kan sama ada kalian teman2 aku mahupun customers.. akan aku cuba layan kalian semua dengan seformal yang mungkin...

jangan salahkan aku andai aku dah tak semesra dulu bila kalian ke kedai aku.. aku akan cuba puaskan atie semua pihak.. atie semua customers serta teman2 yang lain.. aku akan cuba puaskan atie kalian.. maafkan aku andai kalian tak berpuas atie ngan aku selama ini.. maafkan aku jua andai layanan serta sikap aku membuatkan kalian jelek dan terasa.. 

dalam bulan yang mulia nie, ku pohon kemaafan daripada pihak BUTIK ELYNA kepada semua yang menjadi pelanggan kami selama ini.. dan bagi pihak aku secara peribadi, aku mohon kemaafan kepada kalian teman2 aku.. 

ps : Mungkin Telah Tiba Masanya Tuk Aku Berdiam Diri Semula Demi Kepuasan Hati Semua Pihak~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, September 22, 2010

Malware Oh Malware... Bila Ar Mau Beredar???


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua di dalam keadaan yang amat menyenangkan di samping mereka2 yang tersayang... :)
kali nie tak mo ar citer pasal aku aje.. kang jemu lak korang... sebenarnya aku nak tanya sure korang pernah tengok gambar macam yang aku tepek kan kat atas tu kan?? at least pun kan, dalam2 minggu2 nie ar kan... :)

ok tu ar MALWARE ATTACK yang telah menyerang sebahagian daripada blog2 yang ada.. aku cakap sebahagian ok bukan semua.. :)
ini termasuk ar blog aku yang kena serang.. serta website geng blogger yang tak boleh nak masuk sejak dari arie tu.. aku tak tau ar, admin geng blogger ada sedar atau pun tak sedar akan keadaan ini.. kalo tak sedar, di minta En.Otai Geng Blogger iaitu Mr. Ben Ashaari sila ambil perhatian eik.. bukan nak hentam ataupun apa, cuma nak mohon kerjasama tuk sama2 pikir macam mana nak selesaikan masalah yang di hadapi oleh ahli2 geng blogger.. :)

ok, apa itu MALWARE?? 
 Malware, short for malicious software, is software designed to secretly access a computer system without the owner's informed consent. The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code.[1] The term "computer virus" is sometimes used as a catch-all phrase to include all types of malware, including true viruses.


Software is considered to be malware based on the perceived intent of the creator rather than any particular features. Malware includescomputer viruseswormstrojan horsesspyware, dishonest adwarecrimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software. In law, malware is sometimes known as a computer contaminant, for instance in the legal codes of several U. S. states, including Californiaand West Virginia.[2][3]
Malware is not the same as defective software, that is a software that has a legitimate purpose but contains harmful bugs.
Preliminary results from Symantec published in 2008 suggested that "the release rate of malicious code and other unwanted programs may be exceeding that of legitimate software applications."[4] According to F-Secure, "As much malware [was] produced in 2007 as in the previous 20 years altogether."[5] Malware's most common pathway from criminals to users is through the Internet: primarily by e-mail and theWorld Wide Web.[6]
The prevalence of malware as a vehicle for organized Internet crime, along with the general inability of traditional anti-malware protection platforms (products) to protect against the continuous stream of unique and newly produced malware, has seen the adoption of a new mindset for businesses operating on the Internet: the acknowledgment that some sizable percentage of Internet customers will always be infected for some reason or another, and that they need to continue doing business with infected customers. The result is a greater emphasis on back-office systems designed to spot fraudulent activities associated with advanced malware operating on customers' computers.[7]
On March 29, 2010, Symantec Corporation named ShaoxingChina as the world's malware capital.[8]
Sometimes, malware is disguised as genuine software, and may come from an official site. Therefore, some security programs, such as McAfee may call malware "potentially unwanted programs" or "PUP"

ok.. itu adalah penerangan daripada Cik. Wiki.. so, walaupun katanya Malware nie tak ar bahaya sangat macam Trojan ataupun Brontok, tapi tetap katanya akan harm computer kita.. maka baik ar berhati2.. :)


1st aku dpt tau daripada salah sorang blogger iaitu Kak Azz, yang memberitahu aku blog aku tak boleh nak masuk sebab ada malware.. 
bila aku check, datangnya daripada link gadget Geng Blogger yang aku tepek kat side tu.. jd aku remove gadget tu.. then dah boleh masuk semula.. hingga ar semalam kena sekali laie dan link nya dari Blog Bom321.. so aku terpaksa remove link tersebut.. nnti bila dah ok, aku akan add semula link tersebut eik.. :)


so.. ada sape2 laie tak yang kena macam aku dan sebahagian daripada blogger2 nie?? kalo ada sape2 yang ada solution, please ar share2 ngan aku dan teman2 yang len eik.. tak mo ar asyik kena remove aje blog list tu.. laie satu, menurut Kak Azz, dia langsung tak boleh nak masuk ke dashboard blogger.. so, anyone can help us?? share ar eik... :)



kerjasama anda amat ar kami hargai.. dan kepada Admin Geng Blogger, sila2 ar perihatin mengenai permasalahan yang timbul skang nie... ^.^


ps : Menulis Tuk Merluahkan Apa Yang Tak Mampu Tuk Aku Kongsikan Dengan Semua Secara Lisan.. Jadi Andai Ini Yang Terjadi, Bagaimana Tuk Aku Luahkan Apa Yang Aku Rasa?? :) 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, September 21, 2010

Alhamdulillah... 20% Telah Tercapai... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? masih ber-mood-kan raya ke??
hehehe... memang ar kan minggu2 pertama kerja setelah sekian lama bercuti memang mencabar keimanan serta kesabaran... :)
mata un asyik nak terlolap aje.. 
mulut pun asyik nak nguyah kuih raya aje.. :)

hehehe... so, semalam aku ada bercerita tentang ini kan?? dan pagi tadi, sewaktu bersarapan sorang diri, aku penuhkan pale aku ngan ayat2 yang perlu aku luahkan pada mak aku.. aku tak mau citer kat ayah aku, sebabnya aku lebih selesa kot bercerita ngan mak aku berbanding ngan ayah.. mungkin gak sebab aku pompuan so, lebih selesa ngan pompuan gak.. tapi... dalam berkawan aku lebih selesa bercerita ngan My Best Buddy Mr Dude.. :)
dia aje yang paham akan perangai aku... :p

jadinya... masa ngah nak abiskan sarapan aku tu, aku terus cakap kat mak aku.. 

Aku : "Mak, Kalo Akak Nak Cakap Sikit, Mak Marah Tak??"

Mak Aku : "selalu aje cakap marah ke tak.. apa yang nak di cakapkan?? cakap aje ar"

Aku : "Tak Tau Nak Cakap Macam Mana"

Mak Aku : " kalo dah tak tau nak cakap macam mna, jangan cakap.. kang bila dah tau nak cakap baru cakap"

Dalam atie aku hanya mampu berdoa moga2 Allah berikan aku kekuatan tuk luahkan segalanya... :)
dan Alhamdulillah, kekuatan yang di kurniakan aku gunakan ngan sepenuhnya... :p

Aku : " En.Cinta Suh Tanya Kalo Dia Boleh Antar Orang Merisik Taun Depan"
(dengan senafas aku bgtau mak aku dan aku nampak muka mak aku berubah.. sebabnya dia tak paham apa butir aku cakap.. dah senafas, ngan kadar kelajuan yang semaksimum mungkin.. sape yang dapat tangkap kalo macam tu kan??) :p

Mak Aku : " kenapa cepat sangat?? apa yang dia takutkan?? takut ko kena culik?? suh ar dia jumpa mak ngan ayah kalo dia dah benar2 bersedia..kalo nak bertunang pun, mak hanya bagi tempoh 6 bulan aje..jadi pandai2 ar prepare segalanya dalam tempoh tu.. yang penting skang, kenal dulu atie budi dia, family dia.. kita nie kawen bukan takat ngan tuan badan aje, tapi ngan family dia gak.."

Aku hanya terdiam.. diam sebab aku sangkakan mak aku akan hangin sebadan sebab baru aje kenal dah nak merisik.. tapi Alhamdulillah.. 20% daripada impian kami dah terlaksana.. tinggal laie 80% termasuk kesediaan En.Cinta bertemu ngan mak ayah aku secara official nya tuk menyatakan hajat kami.. :)

tak sabar nak kawen?? ahaks~ itu ar kata atie aku.. tapi otak aku pulak len pikirnya.. macam mana nak menghadapi alam baru itu kelak?? :-/
huhuhu.. mcm esk aje nak kawen... :p

apa pun, aku harapkan agar En.Cinta akan laksanakan apa yang dia janjikan pada aku.. :)
cepat atau lambat, terserah pada keadaan.. insya Allah semuanya akan berjalan ngan lancarnya... ^.^

ps : Mmmm... Adakah Aku Benar2 Dah Bersedia?? ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, September 20, 2010

Engagement~ :p


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? dah senin dah kan?? dan bermulanya tugasan harian kita selepas penat berhari raya.. tapi masih jua ada yang mengadakan open house di saat begini.. al-maklum ar baru skang berpeluang menjamu teman2dan jiran2 tetangga.. :)

aku pun ada 2 open house yang perlu aku hadiri.. 25hb ke umah salah seorang teman aku yang pernah menjadi jiran aku di Seremban Parade nie.. 
yang skang nie beroperasi sepenuhnya di alamat :

208,tmn chong long opposite carrefour Rahang SEREMBAN


017-354 5994


06 -763 5994

pada 26hb pulak, open house taman tempat aku tinggal akan mengadakan open house perdana seperti taun2 yang lepas.. :)
pagi tu pulak, ada sedikit kenduri kesyukuran tuk anak jiran aku yang bakal melangsungkan majlis pertunangan nya... :)
sebab tu aku tepek gambar ring tu... :p

dan semalam, ngan aku tak sangka aku dapat sms ini daripada En.Cinta...
"Taun dpn abg antar cincin tanya blh tak?"
dan aku secara automatic nya mem-forward-kan sms tersebut kepada My Best Buddy, Mr Dude.. dan My Lil Sis.. :)

epy?? memang ar epy kan sebab insan yang kita sayang ingin melamar kita.. tapi aku belum berbincang ngan parent aku laie pasal benda nie.. sebenarnya aku tak tau nak mulakan perbincangan tu macam mana dan bagaimana.. dan apa reaksi parent aku pun aku tak dapat nak jangka... :-/

nasihat My Best Buddy, suh aku berbincang semula ngan En.Cinta mengenai nie.. ye ar, baru berapa bulan kenal (genap 3 bulan kami kapel semalam) :p
dah mau merisik.. macam tak percaya sebenarnya.. memang ar, aku dah kenal ngan En.Cinta tu sejak kecik, tapi tu masa kami sama2 kecik.. :)

so, aku rasa aku akan usulkan pada parent aku kelak.. mana tau dah memang tertulis En.Cinta adalah jodoh aku.. aku redha menerimanya seadanya.. :)

dan mulai skang aku perlu lebih pastikan aku "bertanggung jawab".. akan cuba memperbaiki apa jua kelemahan diri sendiri.. kena rajin tolong mak aku masak, kemas umah, urus umah dan sebagainya... :p

skang kena lebih bertanggung jawab katanya... :p
kumpul duit... dah tak boleh nak shopping sakan2 dah... kena jimat2 guna duit.. kena budget2 baca novel... :p

ps : Thanx Ya~ Insya Allah Segalanya Akan Di Permudahkan Oleh-Nya.. Kita Hanya Perlu Berdoa Dan Berusaha Tuk Pastikan Impian Kita Menjadi Kenyataan.. Aku Sayangkan Kamu~ ^.^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, September 19, 2010

Twins~ ^.^

Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :p

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat2 ar hendaknya... aku sentiasa mendoakan moga2 korang berada di dalam kegembiraan... :)

Ahad dah... :)
ada yang ngah berangkat pulang ke tempat keje semula.. jalan mula ar jem bagai nak rak.. mana2 yang nak jalan jauh tu, rancang ar perjalanan korang eik.. mana yang dah terperangkap di dalam jem tu, bawak2 ar bersabar.. jangan bawak2 bertendang.. makin korang meradang dalam kete tu, makin korang akan stress ngan ke-jem-man tersebut... buat2 ar epy2 sebab terkandas dalam jem... :p

hehehe... semalam amat epy.. sebab kuar dating... (amat poyo kenyataan) 
tak de ar, just jejalan aje.. pusing2, ronda2.. makan2, minum2, citer2 dan macam2 laie ar yang di buat tuk menafaatkan peruntukkan masa yang di berikan pada aku.. :p

ngape aku letak tulisan twins kat atas tu?? hehehe... konon2 nak beranak twins macam member blogger yang nie Puan Lynna Hirman, cumel aje aku tengok anak2 kembar dia.. :p
aku just silent reader kat blog dia.. suka sangat tengok budak2 twins tu.. :)

selalu aku jumpa, kalo twins pastinya lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan.. aku jarang jumpa kembar sepasang yang seiras.. kat tempat keje aku nie pun ada gak kembar.. sekali pandang memang tak dapat nak di cam kan yang mana satu kakak dan yang mana satu adik.. dua2 memang serupa.. :)

so, dalam atie nie teringin ar nak ada anak kembar.. insya Allah...
tau sukar nak dapatkan kembar kecuali dalam salasilah kuarga tu ada yang kembar.. memang mudah ar.. walaupun jalinan salasilahnya jauh.. yang penting, ianya ada keturunan kembar... :)

ok ar... dah penat berangan.. mau sambung wat keje.. pada My Lovely Lil Sis, All The Best Tuk Exam Final Esok... To My Best Buddy Mr Dude, Missing You Dude... Rasanya Semakin Jauh Dah Kita~ Rindu Sangat2 Masa Dulu2 Kita... *sigh*

ps : "Twins" Jua Merindui Kamu En.Cinta~ ^.^

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)