Friday, August 26, 2011

Parcel Raya... ^^



Parcel Raya


Yes... Apa Yang Aku Tunggu Dah Tiba.. ^^

Salam eelloopp semua~
semoga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

26 Ramadhan sudah.. laie 4 hari tuk kita semua meninggalkan bulan yang mulia nie.. dan tibanya Syawal.. ^^

aku tak mau citer pasal pose atau pasal sambutan raya mahupun pasal My 2nd Phase.. tapi nak citer pasal parcel yang aku tima pagi tadi..
lupa lak semalam gak aku tima Kek Lapis Sarawak yang aku order dari Abang Ariyon Musa a.k.a senior aku.. dah 2 taun aku order kek ngan dia.. tp kali nie kek oreo tu aku makan sebelum raya laie.. :p

novel2 yang ku tunggu telah tiba ngan selamatnya.. macam biasa aku order ngan Cik Shidah a.k.a My Biz Santai Shop.. dulu aku pernah beli novel2 kat dia macam entries yang ini, dan ini.. 

kali nie aku rembat Ku Seru Nur Kasih dan Kasih Yang Suci.. ye aku tau aku agak ketinggalan zaman sekiranya baru skang nak baca Kasih Yang Suci.. sebenarnya aku memang suka beli bila time benda2 yang hangat2 nie bila ianya menjadi sejuk.. sebabnya, mudah untuk aku dapatkan stock sebab tak perlu nak tunggu lelama.. ^^

apa pun yang penting aku dah ada antara novel yang menjadi hangat di suatu masa dulu.. :p

ps : Beraya Mengadap Novel Ar Gamaknya... ^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, August 25, 2011

Apabila Kita Bergembira Ada Yang Sedang Berduka...



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. telah 25 Ramadhan berlalu.. bermakna hanya tinggal 5 hari saja laie tuk kita semua meninggalkan Bulan yang penuh Barakah ini.. 

dan dalam kesibukan serta dalam kita bergembira menyambut ketibaan bulan Syawal nie, ada yang masih berada di dalam kedukaan.. bersedih kerana kehilangan insan2 yang tersayang.. berduka apabila tidak dapat menunaikan permintaan anak2 yang inginkan baju baru untuk hari raya walhal sebagai ibu bapa kita tak mampu untuk menyediakan sepasang pun baju baru untuk anak2 kita kerana desakan hidup yang tak mengizinkan kita untuk berbelanja lebih.. kerana perbelanjaan itu di perlukan untuk perkara2 yang lebih bermakna dan lebih penting laie..

berduka mengenangkan nasib sebagai anak2 yatim piatu yang tinggal di rumah2 kebajikan.. apabila melihat teman2 sebaya bergembira bersalaman dengan ibu dan bapa memohon keampunan walhal, anak2 ini hanya mampu bersalaman dengan rakan2 yang senasib dengan nya..

berduka mengenangkan anak2 yang telah "membuang" terus ibu bapa mereka yang di rumah2 orang2 tua.. selama mereka2 berada di sana, tidak pernah sekalipun di jengah bertanyakan khabar Sang ibu bapa.. 

berduka mengenangkan balu2 serta duda yang kehilangan tempat bergantung hidup.. membesarkan anak2 yang masih kecil.. mengharapkan bantuan ikhsan insan2 yang berhati mulia..

berduka mengenangkan mereka2 yang berada di perantauan kerana tugas mahupun kerana menimba ilmu.. hanya kerana tidak mampu untuk pulang beraya bersama2 dengan keluarga yang tersayang..

tapi pernah tak kita terlintas di dalam hati mahupun dalam fikiran kita akan nasib2 insan2 yang berduka itu?? pernah tak kita meletakkan diri kita di tempat mereka2 ini walau sesaat?? bagaimana perasaan mereka2 nie bersedia menyambut ketibaan Syawal??

kita hanya memikirkan ke-sedap-an kita menikmati kenikmatan yang di berikan hinggakan kita terlupa pada nasib2 insan yang lain.. 
kita hanya memikirkan ke-enak-kan kita menghirup rezeki2 yang melimpah ruah sehinggakan kita sanggup membazirkan apa yang masih molek laie..
kita hanya memikirkan kehendak nafsu berbelanja untuk hari raya walhal ada insan yang cuma beraya dengan pakaian yang di sedekah kan oleh orang lain bertahun2 lamanya..

itulah kita.. manusia yang hanya memikirkan kenikmatan diri sendiri.. hanya dalam bulan puasa kita berlapar dan dahaga walhal ada yang sepanjang hidup mereka menahan lapar dan dahaga.. ada yang cuma menikmati sekali sahaja hidangan walaupun ianya sekadar nasi putih dan ikan kering cuma..

renung2 kan lah wahai teman2 semua.. cuba letakkan diri kita di dalam keadaan mereka2 ini.. jangan cuma pandai menunding jari sekiranya mereka2 ini mendapat bantuan daripada pihak bukan Islam.. kita sebagai saudara seagama, apa yang telah kita lakukan?? kenapa mereka2 yang bukan Islam lebih prihatin berbanding kita?? 


ps : Semoga Roh Mereka2 Tenang Di Sana.. Termasuk Jua Roh Sahabatku Merangkap My Big Sis Prince Adnil... Kami Semua Merindui Kamu Kak... :'( 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 24, 2011

WW : Countdown... ^^


Credit To My Self







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 22, 2011

I Become So Numb~



Only One Word To Describe What I Feel Now..

SADNESS...

i need to cry to make me fell better.. but i can't..
i need to lend someone shoulder to cry.. but i can't..
i need to share what i fell now.. but i can't..
i just need only your 5 minute from your 24 hours.. but i can't..

i become so "NUMB" now.. 

ps : May Be Need Some "Break" To Make Me Feel Better.. Or Need To Cry As Much As I Can.. Which One Can I Choose??








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Madness Monday


My Fav Old Time - Nescafe Ice



Makanan En.Cinta



Makanan Aku.. ^^


Dua Budak Yang Selalu Wat Aku Sakit Perut Bila Jumpa Dia Dorang..



En.Master Mind Ngan Senior Aku



Nie Budak Grafik Dulu



Yeah.. Sebelum Berbuka Haruslah Bergambar2 Dulu.. :)

Salam n eellopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. 22 Ramadhan sudah berlalu.. terasa cepat sangat.. tak berapa arie aje laie Syawal pula menjelmakan dirinya.. :)

hehehe... semalam 21hb Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan aku telah join majlis berbuka pose ala2 macam mini gathering ar untuk geng2 Ex-Kolej Karisma di Restaurant Mak Teh di Dataran Senawang.. :)

nama pun mini kan, maka yang hadirkan diri pun "mini" gak.. hanya 6 orang aje tak termasuk En.Cinta.. di sebabkan aku dan En.Cinta mai lewat kat sana maka haruslah semua lauk pauk yang enak2 telah habis di rembat oleh orang2 lain.. =.="

jadinya aku hanya sempat merembat nasi, masak lemak putih taugeh ngan tauhu serta ayam goreng aje.. En.Cinta lak, nasi, ikan masak kicap serta sayur.. yang len2 sebab dorang mai awal, dapat ar merasa masak lemak serta sambal udang yang aku nampak cam best aje.. :p

hehe.. semalam bercerita kenangan lelama sambil2 dorang berkenalan ngan  En.Cinta.. dorang pun treat En.Cinta macam kawan2 lama gak.. tak ada perbezaan sungguh.. Alhamdulillah.. sebab teman2 aku boleh menerima beliau.. =)

dan semalam sewaktu dalam perjalanan ke tempat berbuka tu, buat pertama kalinya aku melihat sendiri sebuah kereta terbalik.. aduhai.. seperti dalam video2 yang aku pernah tgk kat You Tube.. tapi yang nie real ko.. depan biji mata aku.. kiranya kalo polis cari saksi, aku ngan En.Cinta adalah saksi utama ar.. masih terbayang2 kat mata aku nie kronologi macam mana kete tu terbabas lalu terbalik..

sebenarnya, kete tu di pandu oleh seorang pemuda India kalo aku tak silap ar.. ngan lajunya seperti berlumba ngan kete proton wira di hadapannya.. kejadian di jalan baru Rahang Kecil menghala ke Senawang.. Berhampiran ngan kawasan JPJ Senawang tu.. dah laju macam tu, ikut dekat2.. bila sampai kat selekoh tu break mengejut.. camne tak terbabas?? 

dah terbabas, terbalik, langgar lak tiang lampu yang ada kat tengah2 divider tu.. terus ke jalan yang bertentangan.. dan nasib baik kami slow, kalo tak sure kami pun akan terbabas sebab mengelak kan dia yang dah terbabas tu.. En.Cinta dah cakap memula " bawak laju2 kang sampai depan ada yang terbalik.." dan lepas aje dia cakap, memang kejadian tu berlaku.. dan aku pulak terus tergamam.. terkejut.. terus ilang sore nak berkata2.. betul2 aku terperanjat.. sampai kan En.Cinta panggil aku pun aku boleh tak dengar.. =.="

dan sampai skang aku masih tak boleh lupakan kejadian semalam.. dan bila bawak laju2 aku terasa agak phobia lak skang nie.. tu ar kan kejadian yang berlaku ada hikmahnya.. ^^

ps : Tapi Bila Teringat Mimpi Semalam, Sedey Lak Rasanya~ Harap2 Mimpi Itu Cuma Mainan Tidur...


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, August 19, 2011

Jamuan Berbuka Puasa Ex-Kolej Karisma... ^^

Ex-Kolej Karisma


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

telah 19 Ramadhan.. kejap aje kan?? laie tinggal lebih kurang 11 arie aje laie kita semua akan tinggalkan Ramadhan yang Barakah nie.. :)
terasa makin sedey aje kan?? belum tentu kita akan bertemu di Ramadhan yang akan datang.. tapi andai dapat bertemu. Alhamdulillah.. ^^

ok ar, sebenarnya Ahad nie, 21hb Ogos 2011 aku akan men-join-kan diri dengan teman2 sekolej aku dulu iaitu KOLEJ KARISMA.. ye, seperti logo di atas tu ar.. logo yang membanggakan kami suatu ketika dulu.. ^^

sebab kolej tu gak ar, ada di antara kami yang meneruskan ke peringkat degree dan beroleh kejayaan di dalam bidang masing2.. dan ada gak yang walaupun takat diploma masih jua berjaya.. yang penting kita tau macam mna nak aplikasikan apa yang kita belajar ngan bidang yang kita ceburi.. betul tak?? ^^

apa pun, ini cuma jamuan berbuka puasa kecil2 aje.. dan ianya di adakan di Restaurant Mak Teh Di Dataran Senawang.. so kalo ada sape2 yang bekas students Kolej Karisma nie yang terbaca akan entry aku nie, jemput2 lah datang jika ada kesempatan.. tiada paksaan dan tiada bayaran yang di kenakan.. (makan sendiri, bayar sendiri) :p

jd, marilah kita sesama memeriahkan jamuan kecil kecilan kita nie.. al-maklum ar, kita semua bukan selalu dapat jumpa macam nie.. ^^
nie ar masanya kita berkumpul dan bertukar2 citer serta mengeratkan laie tali siraturrahim sesama kita semua... =)

ps : Siapa Yang Aku Nak Ajak?? =)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 17, 2011

WW : Karipap Jumbo Di Bazaar Ramadhan Paroi.. ^^


Credit To My Self









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 15, 2011

Apabila Si Tangan Kayu Membuat : Durian Panna Cotta a.k.a Puding Durian



Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

Nie resepi semalam.. masa aku wat nie sebaik aje aku balik dari keje semalam.. so boleh ar merasa masa sahur.. ^^

hehehe.. so kali nie mau tepek Edisi Apabila Si Tangan Kayu.. =)
kali nie aku try wat Durian Panna Cotta.. Aku ambil di blog Anna Journal dan di blog Kak Nor Secubit Garam.. :)

puding nie agak lembut dan agak kuat rasa durian nya.. jika korang yang tak gemar durian, boleh ar tukar ke buah len. macam laici ke atau rambutan ke atau apa2 aje buah buahan yang korang suka.. nak bubuh buah2 cocktail pun boleh.. tapi kena bubuh kat acuan individu sebab kalo bubuh dalam loyang susah nak potong.. ^^

so meh kita tengok resipi nya eik.. =)

bahan bahan nya :

600ml Fresh milk
*80g Whipping cream
60g Sugar

*15g Gelatine powder
60ml Water
200g Durian puree (blend durian to smooth)

* aku jadikan fresh milk menjadi 680 ml*
* gelatin aku gunakan agar2 serbuk yang 10g*

Cara cara menbuatnya:

Add gelatine to water to soak for 5 minutes.
Combine fresh milk, whipping cream and sugar in a pot, put under medium heat and stir until sugar dissolved. Bring the liquid mixture to light boil.
Then add in soaked gelatine into it and stir until gelatine dissolved.
Lastly add durian puree and mix well, do not boil but keep stirring it for 5-8 minutes at low heat. Strain and pour mixture in cups or moulds.
Refrigerate for at least 2 hours and serve.



ps : Selamat Mencuba~ ^^
  






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 13, 2011

Entry Khas : Budi Bahasa Budaya Kita.. ^^




Salam n eelloopp semua~
korang apa kahabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah.. Arie nie dah masuk 13 ramadhan bermakna telah 13 arie kita semua menjalani ibadah pose ngan jayanya.. ^^

aku just nak share pendapat aku aje.. sebabnya aku tengok skang nie macam makin kurang orang2 yang mengamalkan budi bahasa.. makin tak ada budi bahasa dah aku tengok.. 

apa silapnya kempen kerajaan kita mengenai amalan budi bahasa di kalangan masyarakat setempat eik?? nak kata kurang promosi, aku rasa banyak di promosikan.. kat media2 elektronik mahupun media cetak.. so.. di manakah silapnya??

bagi pendapat aku ar, smuanya terletak pada diri sendiri.. cara didikan di rumah.. cara berkomonikasi ngan ahli kuarga adalah elemen yang amat penting bagi menjayakan kempen nie.. sebabnya pendidikan bermula dari rumah.. jika didikan yang pertama itu cemerlang, maka tidak mustahil ianya akan menjadi sangat cemerlang bila di bawa keluar daripada komuniti keluarga..

kekadang cara ibu bapa berkomunikasi ngan anak2 pun memainkan peranan yang penting.. bagaimana anak2 nak menggunakan bahasa yang cantik sekiranya ibu bapa sendiri tidak menggunakan bahasa yang cantik??

aku pernah terjumpa sekeluarga yang mak dan bapaknya bila marahkan anak2 di "babi2"kan, di "bangang2"kan dan sebagainya yang menggunakan perkataan yang tak sepatutnya seorang ibu dan bapa menggunakan nya pada anak2 mereka yang masih hijau lagi.. dan jangan terperanjat esok jika anak2 yang masih hijau tersebut membesar dengan perkataan2 yang sedemikian.. kerana ianya menjadi santapan telinga serta naluri anak2 sejak kecil hingga lah mereka meningkat dewasa..

aku pasti akan ada di kalangan korang yang mengatakan macam nie "alah, bila anak2 yang masih hijau tu membesar, dorang boleh pikir mana yang baik dan mana yang buruk".. memang betul, aku setuju sangat ngan pendapat tu, tapi kan, kalo dah sejak kecil di sogok ngan benda2 atau perkataan yang "busuk", ianya dah jadi sebati dalam diri.. dah jadi kebiasaan buat anak2 hijau nie.. sebagai contoh, korang sejak kecil di beri makan tempoyak,petai, jering dan sebagai.. sampai korang dah godang pun korang akan makan gak kan?? sebabnya... korang dah sebati.. lidah dan tekak korang dah sebati ngan rasa tempoyak, jering, petai dan lain..

cuba ibaratkan daripada kecil korang tak di biasakan atau tak pernah di beri makan benda2 macam tu, adakah bila korang dah besar korang akan makan?? aku jamin 100% yang korang tak akan makan sebabnya korang tak biasa.. so.. benda nie sama ar ngan menggunakan perkataan "busuk" pada anak2 mahupun depan anak2.. :)

anak2 tersebut akan membesar dan akan menjadikan cara ajaran ibu bapa mereka untuk mendidik generasi hijau yang baru dan ianya akan berterusan hinggalah ke generasi hijau yang bakal menjelang kelak.. cuba korang bayangkan betapa teruknya generasi Malaysia sekiranya semua rakyat Malaysia nie biadap tanpa budi bahasa?? adakah pelancong2 akan datang ke negara kita??

oleh yang demikian, kita seharusnya memupuk amalan budi bahasa di kalangan kanak2 terutamanya kerana merekalah yang akan membawa ajaran kita di kemudian hari kelak.. :)



 Credit You Tube

cuba elakkan menggunakan bahasa yang "busuk" di depan kanak2 atau pada kanak2.. gunakanlah bahasa yang indah2 aje.. ^^

ps : Budi Bahasa Amalan Kita.. Jadi Amalkan Lah Sekarang... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, August 12, 2011

Review : Website Dan Blog Masakan Kegemaran Aku... ^^




Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan dalam menjalani ibadah pose yang ke 12.. wah.. sangat rajin plak aku meng-update teratak buruk aku nie.. sementara aku free dan rajin... ^^

ok ar.. kalo semalam kita bercerita tentang Lagu Raya arie nie mau share ngan korang mengenai blog2 atau website2 recepi yang aku suka jengah2.. ^^

kalo sebut My Resipi.. sure korang semua dah tau kan?? ada yang tak tau?? nak kena ketuk nie.. =))

aku dulu suka bonar masuk ke website nie cari2 geledah2 resipi yang di tayangkan.. kot upany macam best dan senang aku buat, aku salin.. kot upa best tapi susah atau leceh nak cari bahan2 nya aku skip... :) (semua benda nak senang) :p

pastu masa aku google ngan Pokcik Google, aku terserempak pulak blog TTM a.k.a Topsy Turvy Mum.. tapi aku suka jadi silent reader aje.. ^^
aku suka masuk blog TTM nie sebab cara pengayaan bahasa yang dia gunakan sangat sempoi dan kekadang aku pun boleh gelak sendiri walhal baca blog masakan bukannya blog lawak pun... ^^

pastu aku suka gak masuk ke blog Kak Nor Secubit Garam.. dari dia menggunakan blogspot hinggalah skang dia dah ada domain sendiri.. :)
akak nie orang Terengganu dan aku suka masuk ke blog akak nie sebabnya, resipi2 dia memang tertip cara2 serta susunan bahan2 dia.. aku pernah gak buat resipi daripada blog Kak Nor nie.. rujuk sini untuk tengok resipi yang aku try... ^^

pastu aku suka gak masuk blog Dari Dapur Kecil Cik Azz.. dan aku pun pernah gak try resipi akak nie..rujuk sini untuik tengok resipinya.. ^^

dan kalo aku sebut Tiffin Biru korang kenal tak?? sure korang tak kenal kan.. tapi kalo aku sebut Dapur Tanpa Sempadan - Che Mat Gebu 100% korang kenal akan beliau.. betul tak?? kalo tak betul sebenarnya korang tak mau ngaku... ^^
kalo masuk DTS nie, selalu aje kecur liur aku di buatnya.. masakan dalam DTS nie memang best2 walaupun simple2 aje.. adakah mungkin pengaruh gambar?? ^^

dan akhir sekali aku suka jengah ke website Laura In The Kitchen kalo nak terasa menjamu mata ngan masakan barat dan cupcakes yang cantik2 dan best2... ^^

aku pernah singgah ke Kurniaanmu untuk resepi ayam penyet.. ^^
pernah singgah ke Ha Sue untuk resipi Cheese Straw serta Kek Lumut Sarawak..
dan semalam ada singgah ke blog Juwita Fariz untuk resepi Murtabak Sardine Cream Cracker.. 

dan akhir sekali aku pernah singgah ke blog From Intan Kitchen untuk resipi Apam Belang.. ^^


ps : Nak Kumpul Banyak2 Recipe... ^^ 







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, August 11, 2011

Lagu Raya Kegemaran Aku Sepanjang Zaman... ^^







Salam n eelloop semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

salam ramadhan yang ke - 11.. so.. bila dah 11 arie berpose nie, mula lah lagu2 raya di mainkan di corong2 radio serta di mana2 jua.. sama gak ar kat Seremban Parade nie.. dah mula dah lagu2 raya di mainkan.. tp nie smua lagu2 5 taun yang lopeh ar.. =.=" 

so apa lagu faberet raya korang?? kalo aku, hanya 2 lagu nie aje yang menjadi pojaan jiwa dan raga aku sewaktu raya.. lagu dendang perantau dan lagu M.Nasir aje yang aku suka.. lagu2 len out of my list.. *berlagak*

bukan apa, aku rasa lagu2 len tu macam tak menyerap ke dalam sanubari aku lak.. hanya 2 lagu nie aje yang berjaya menyerap meresap dengan jayanya ke dalam jiwa aku.. ^^

kalo nak cakap lagu2 raya zaman2 skang, laie ar parah.. tak apa2 tah.. ada lak yang lagu2 raya lama di modern kan konon2 nya ar.. sekali dgr HAMPEH!! =.="
terasa gegendang telinga aku nie tak mesra langsung ngan lagu2 mcm tu.. sorry to say ar pada artis2 baru2 eik.. termasuk ar Dato' Siti Nurhaliza.. aku memang reject.. =)

so... aku pun malas nak tulis pepanjang... no mood sebab nak wat keje dan tunggu "orang itu" on9.. :)

ps : Permulaan Lagu Dendang Perantau.. Kesudahan Lagu Satu Hari Di Hari Raya.. Both Credit To You Tube.. ^^











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 10, 2011

Juara Carta Warna Untuk Tema Raya Tahun Ini Adalah.... ^^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar??  sudah 10 arie berpose.. alhamdulillah... berjaya gak kita semua melalui Bulan Ramadhan selama 10 arie nie... ^^

bila dah 10 arie dah mula ar kan nak pikir baju2 tuk raya.. baju2 tuk ke open houses.. tema2 nak sama ngan family atau nak sama ngan suami / tunang / bf bagai... :)
so taun nie apa tema korang?? atau korang tema pelangi?? smua kaler ada... ^^
ceria u.. =)

cakap pasal tema nie, taun nie kaler yang mendominasi carta adalah kaler Grey Silver atau cakap melayunya Kelabu Perak.. ^^
sejak daripada awal taun 2011 nie hingga ar skang, kaler nie mendominasi carta kaler2 seangkatannya.. dari tema kawen, tunang mahupun tema raya.. semuanya memilih kaler nie.. :)

bagi aku kaler nie memang cantik.. nampak gayanya, nampak exclusive, nampak mewah dan nampak elegant.. :) 
tapi taun nie aku se-family memilih kaler purple tuk tema bersama pada arie raya.. ^^
tuk arie2 seterusnya, tema adalah bebas... =))

berbalik pada tema kaler Grey Silver nie, memang memula nak pilih kaler nie gak.. tapi memandangkan ianya menjadi pujaan hati ramai orang, kami batalkan (sebenarnya aku ngan adk aku aje yang wat keputusan).. salah satu sebab munasabahnya, kang terserempak ngan ramai orang yang pakai kaler nie bila bertandang ke umah2 sedara mara.. dah boleh tubuhkan kumpulan boria lak kang... =)

so.. keputusan di ambil, kaler purple menjadi pojaan atie kami.. kepada Dak Miera a.k.a Cik Pepel dan Kak Sha sila jangan jeles eik.. ^^
taun nie den pilih kaler Pasha tuk jadi tema den.. korang kena pilih kaler len tau.. kang sama lak ngan den dah boleh wat kumpulan boria sesama.. ;)

tema ngan En.Cinta?? huhuhu... tak ada tema.. tema adalah bebas.. nak tema ghaponya, dia rayo kek kampung dia, den rayo kek kampung den.. bukannya berayo samo2 pun.. so apo gunanya bertema.. =)
(len ar sok bila dah kawen, boleh ar bertema sebab dah serumah) ^^
so.. sebelum sah laie nie, takyah ar.. bek bertema ngan family tercinta aje.. =)
kepada En.Cinta, kita tunggu ar taun depan Insya Allah kita bertema sesama eik bang.. :D

ok ar.. so apa tema korang taun nie?? ada yang nak sama tema ngan aku atau yang nak bertema sama ngan juara carta kaler semusim?? ^^

ps : Tema Kalerful Pun Cantik Kan?? Ceria Aje.. =)










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 8, 2011

Weekend Yang Amat Best.. =)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? ada pose?? hehhee... amacam skang pose pun dah masuk minggu ke-2.. Alhamdulillah... ^^

dan sepanjang ujung minggu yang lopeh.. aku amat2 ar  LYNDA IS FEELING HAPPY.. sebabnya ujung minggu lepas selama 2 arie tak berturut turut aku buka pose ngan En.Cinta.. ahaks~ batak sungguh menyuruh En.Cinta berbuka pose ngan aku.. =)

bukan apa, pas nie raya sok baru jumpa balik.. 


jadi haruslah menjadi agak batak serta tamak bila berjumpa... =))
seronok sangat mengahabiskan masa bersama2 (walhal aku ngah keje gak tu..)
hehehe... so.. teringat kembali kisah Ramadhan taun lepas.. 1st time berbuka pose sama2.. ^^


maka dengan itu tinggal sebulan dekat kot untuk my 2nd phase.. then aku mau ke Kuching ber-holiday bersama2 ngan family yang tersayang.. aduhai.. ber-holiday ko.. :)


cakap2 pasal my 2nd phase nie, aku pun belum siap   bilik aku.. =.="
dah ar bilik tu banyak sangat khazanah alam maya.. macam aku cakap ngan mak aku pagi tadi.. "balik keje aje penat, camne nak kemas??" mak aku dengan sangat bertenaga membalas balik "sebernanya ko tak tau nak mulanya bila dan macam mna.. bukan nya mak tak tau.. konon bagi alasan penat.." sangat sadis aku mendengarnya.. sebabnya.. memang kena sebiji setepat yang mungkin di muka aku... =)
(macam tau2 aje mak aku nie) =.="


apa pun, azam (ceh wah azam) aku akan settle kan  bilik aku dalam minggu nie gak.. thanx to My Ayah yang dah tolong angkatkan kotak2 novel aku.. berat giler.. 2 kotak penuh novel2 aku..  (excited lebih budak katun nie)


ok ar.. thanx pada yang singgah ke teratak buruk aku nie.. aku rajin dan ada masa aku nulis laie.. skang nie mood nak blog walking aje... so.. adios amigos baby.. ^^


ps :  Atie Riang Gumbira Masih Laie Terasa..





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 6, 2011

Set Fire To The Rain -_- Adele



Salam n eelloopp semua~
pose arie nie?? hehhe.. pose ar.. jgn culas.. tak molek... ^^


sabtu dan arie nie sesungguh pasti ramai umat2 manusia yang akan bertandang ke Seremban Parade... dan kemungkinan bosar akan bertandang ke Butik Elyna... ^^
dengan itu makanya, aku xde ar nak meng-update teratak buruk ini.. sekadar berkongsi lagu yang aku jumpa semalam.. ^^


credit You Tube.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, August 5, 2011

Popular Vs Unpopular.. ^^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah kita masih laie berpeluang untuk meneruskan ibadat puasa kita yang telah masuk hari yang ke-5.. jap aje dah nak 1 minggu kita semua berpuasa.. tinggal laie 3 minggu sebelum semua nya berakhir dan kedatangan Syawal pula di rasai.. ^^

tapi aku bukan nak citer pasal nak raya atau apa.. just nak share pndangan aku aje mengenai dunia blogging nie.. nak cakap lelebih pun aku bukan nya lama sangat berada di dalam dunia blogging nie laie pun aku hanya sekadar blogger picisan aje.. :)

sebernarnya aku tengok, kebanyakkan blogger skang cuma mencari publisiti ataupun cari ke-popular-an.. kalo nak tengok entries dorang lebih kepada cerita cinta, cerita kutuk2 blogger yang len, orang hasad ngan dia dan sebagainya..


dalam dunia blogger nie, kalo korang cun, ensem atau korang suka bubuh gambr SS korang dan buat ar gaya ala2 kiut (kononnya) korang akan rmai followers.. bukan nak cakap aku dengki sebba follwers aku cuma 89 orang aje.. ye.. aku ngaku followers aku memang sikit.. 89 orang ye bukan 89++ ataupun ++89.. tapi aku bangga sekurang2 nya blogger picisan seperti aku nie ada gak yang nak follow.. setahu aku aku tak ada ar letak gambr2 aku yang SS ala2 kiut.. kebanyakkan gmbar aku adalah dr Pokcik Goggle mahupun hak milik aku sendiri..


dan cerita aku berkisar mengenai apa yang aku lalui.. kisah percintaan yang kecundang, yang sedang berkembang,isu2 semasa, ada gak kekadang join GA.. tp yang aku heran kan kalo blogger2 yang fofular nie hanya tulis entry "TIADA MOOD NAK MENULIS PADA HARI INI" rmainya yang komen.. tapi kalo ada blogger2 picisan seperti aku nie menulis mcm tu, mau kena komen "ADA AKU KESAH KO MALAS NAK MENULIS".. kan dah kena sebiji?? :D 


so sorry to say ar eik kepada bloger2 picisan seperti aku nie, korang kena ar nulis entry2 yang ala2 kiut miut untuk dapat followers yang ramai dan dapatkan trafik yang tinggi bagi memudahkan duit nuffy korang bertambah2.. :)


kalo korang takat nulis yang merapu meraban macam aku nie, alamatnya bertaun ar blog korang nak dpat followers yang rmai.. :)


ok ar, itu cuma luahan pendapat aku aje sebagai blogger picisan.. ^^
jangan ada yang kecik2 atie ok.. bak kata Kak Azz.. PEACE NO WAR!! ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, August 2, 2011

Survey2 Itu Penting Akhir... ^^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. pose yang ke - 2.. Alhamdulillah... ^^

dan ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana segala2nya setakat ini untuk My 2nd Phase berjalan dengan lancar.. ^^
dan akhirnya aku telah bertemu dengan Kak Ros (bukan Kak Ros Upin Ipin eik) yang mempunyai bridal boutique kat Ocen, Center Point Seremban.. :)

sabtu arie tu, beliau dan aku serta mak dan adik aku telah berbincang.. kedua-dua belah pihak telah bersepakat dengar harga yang telah di tawarkan oleh pihak Kak Ros a.k.a De' Ziera Bridal Boutique.. memang berbaloi2 dan berpatutan.. dan tak menyesal aku tangguhkan keputusan aku untuk hire yang lain.. =)

kalo korang berminat untuk meng-hire Kak Ros untuk majlis tunang mahupun sanding atau nikah, korang boleh ar call Kak Ros sendiri sebabnya akak nie tak ada FB mahupun blogspot.. dia akan datang secara old-skool.. bawak album.. kalo koran tak dapat jumpa ngan dia ar.. kalo korang ada masa, korang g ar sendiri ke Butik dia yang beralamat seperti di bawah nie :

De' Ziera Collections
Lot F31, Tingkat Satu, Seremban Center Point,
Jalan Dato' Siamang Gagap,
70100 Seremban, N.Sembilan
No Tel : 017 - 266 9078 (Kak Ros)

Maka dengan itu abislah entries aku "Survey2 Itu Penting".. ada part Satu dan Dua yang dulu pernah aku buat.. ^^
skang hanya nak tumpukan pada kerja semula.. ^^

so... segalanya telah selesai... hanya tunggu masanya sahaja.. lebih kurang 1 bulan setengah aje dari sekarang.. ^^
apa pun, aku tetap doakan moga segalanya akan berjalan seperti yang di rancang dan lancar sehingga ke akhir majlis kelak.. =)

ps : Seperti Tidak Sangka Aje Yang Aku Akan Bertukar Status Kelak.. =D







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

I Feel Much Better....!!! :)



jika semalam aku sedey dan melayan perasaan yang tak tentu arah tu.. arie nie aku rasa amat selesa dan tenang..

semalaman menagis bagi menghilangkan rasa kesedihan itu.. dan akhirnya aku berjaya.. 

pagi nie aku bangkit dengan penuh semangat baru.. azam baru serta segalanya baru.. 

aku akan buktikan bahawasanya aku berjaya mengatasi kesedihan yang aku alami.. ^^

ps : Kekadang Layan Kesedihan Pun Boleh Wat Diri Jadi Lebih Baik... :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 1, 2011

Aku Dan Lagu... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang tak de ar yang cengkelet pose eik?? =)
Salam Ramadhan.. 1st day pose ko.. apa macam?? ada yang yang yang yok?? atau masih laie segar atau masih laie buat2 segar?? apa pun, aku doakan moga korang dapat mengabiskan pose yang 1st nie ngan penuh kesabaran.. kang berbuka kang wat ar apa yang patut terutamanya bagi perokok2 tegar.. ^^


Kredit Here 

nak tau apa kes aku tepek (wah dah agak lama aku tak menggunakan perkataan "tepek" di dalam teratak aku nie) =)
gambar music notes tu?? bukan nak ajar korang music.. aku sendiri pun buta music lor.. setakat Clef Trebel aku reti ar.. yang togeh2 tu jangan ko tnya.. satu pun aku ndak reti.. :))

tapi aku paling suka LYNDA IS LISTENING MUSIC.. apa aje lagu yang aku rasa selera dan telinga aku boleh ngam.. aku dengar lagu omputih walaupun kekdang sampai berpuluh2 kali pusing sebab nak pahamkan apa yg dorang sebut.. al-maklum ar aku mna reti cakap omputih.. takat yes no tu aku reti ar.. :D 

aku pernah terminat lagu2 Korea ataupun skang nie di kenali sebagai K-Pop.. sebenarnya aku satu patah perkataan pun ndak paham apa yg dorang sebutkan.. tapi aku suka kan irama lagu dorang yang catchy.. suka tengok cara dorang menari.. LYNDA IS DANCINGpperrghhh.. sangat mengoda.. ^^

lagu2 thailand pun aku pernah layan gak.. macam lagu2 dari penyanyi 


- BIRD THONGCHAI - 

ini semua hasil daripa pengaruh salah sorang kawan aku masa study kat NSSDC iaitu Mc Na dia salah sorang antara blogger yang popular... ^^
yang nie pun sma gak sebab irama dorang ala ala fun fair.. skang pun fun fair dah jarang ada.. :(

lagu cino pun aku layan gak.. tapi tak banyak ar.. sebab lagu cino nie mcm banyak meniru lagu2 Korea aje.. ^^
tapi citer2 cino aku layan.. =)

lagu tamil atau hindi.. sorry out of my list.. satu pun lagu hindi yang tak boleh langsung masuk ke dalam telinga aku nie.. bahkan citer2 atau filem2 hindi pun aku tak boleh go.. setakat 10 minit pertama aje aku mampu tahan mata aku.. minit2 seterusnya, filem tu lak layan tengok aku tido... =))

dan jangan cakap aku tak layan lagu2 Indo atau lagu2 Melayu.. aku layan gak.. kalo dari Indo aku paling suka lagu2 dari kumpulan Radja dan ST12.. nak2 kalo dorang nyanyikan lagu2 yang berbentuk ketuhanan.. aduhai.. dalam rock rock masih laie menyelitkan unsur2 ketuhanan.. :)
jadi lagu nasyid tu takde ar sepesen aje.. =)

kalo lagu2 melayu, aku suka giler akan kumpulan SLAM dulu.. ahaks~ sanggup berabis duit wat beli kaset (masa tu kaset nak beli cd tak mampu sebab dak sekolah).. pastu aku terminat kat Pokcik Botak Mawi.. ^^
sejak dia dalam konsert prelude hingga lah dia menjadi juara AF musim ke 3 dan hingga skang aku masih meminati beliau.. ^^ 

korang lak macam mna?? ada yang minat lagu2 irama padang pasir macam ala2 Maher Zain atau Pascal Mashalani?? ^^


ps : Biarlah Bulan Bicara Sendiri Dan Jangan Pisahkan Adalah Lagu Faberet Aku Sepanjang Zaman.. ^^
Meh layan mv Jangan Pisahkan Oleh Deddy Dores Feat Mayangsari.. =)




kredit kat You Tube.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)