Saturday, July 31, 2010

Aku Dapat Award... ^_^



Salam n eelloopp semua~
korang pekhabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan... sabtu sudah... yeah.. ujung minggu.. masa tuk berliburan... tapi minggu nie aku kena keje walaupun En.Cinta aku ada di sini... :(

ok2... tak mo sedey2... (wat pe nak sedey2??) :p
aku dapat award sekali laie.. award nie di bagi oleh Dak Miera.. Amacih eik dik... :)
tapi sebelum tu aku kena jawab soklan2 nya... (sekali laie sesi menjawab soklan) ^_^

Soklan pertama : DI MANAKAH ANDA SELALU BERBLOGWALKING??
jawapan pertama : kat semua blog2 yang aku jadi follower dan yang menjadi follower aku serta yang sudi2 singgah kat teratak buruk aku nie.. :)

Soklan kedua : KENAPA ANDA SUKA SANGAT BERBLOGWALKING??
Jawapan kedua : sebab aku suka membaca.. jadi aku suka membaca entries orang lain.. aku boleh dapat maklumat secara tak sengaja dan yang penting sebab aku suka berjalan... ^_^

Soklan ketiga : APA YANG ANDA DAPAT KALAU BERBLOGWALKING??
Jawapan ketiga : aku dapat maklumat dan secara khususnya aku mendapat kepuasan dengan membaca... :)

Soklan keempat : BAGAIMANAKAH PERASAAN ORANG YANG DI BLOGWALKING OLEH ANDA??
Jawapan keempat : rasa epy kot.. sebab aku pun rasa epy bila orang singgah kat teratak buruk aku nie... :)

Soklan kelima : TAG 5 RAKAN ANDA DISINI :
Jawapan kelima : aku tag kat semua yang singgah kat teratak buruk aku nie.. sape2 yang singgah sila ar ambik award tu dan jawap ar soklan2 tersebut... :)

ps : Tag Untuk Suka2 Sambil2 Tu Kita Boleh Tambahkan Kenalan Antara Sesama Blogger... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 30, 2010

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang akan sentiasa sihat2 n epy2 sokmo... :)


hehehe... ada apa dengan nama?? dengan nama ar kita mengenali sesorang.. sedangkan haiwan peliharaan kita pun kita bagi nama kan?? :)


cakap pasal nama nie, semalam masa aku chating ngan En.Cinta, aku ada cakap yang aku ingat nak tukar nama kat facebook aku tu.. :)
aku gunakan LP Lum n aku ingat mau tukar kepada Lynda Lum... :p


tapi dalam masa yang sama aku cukup serasi ngan nama LP Lum tu.. Lynda Lum nama yang aku guna sebelum aku mengenali kumpulan Linkin Park (LP) dan nama itu ada citer tersendiri... ^_^


then En.Cinta itu menyarankan aku supaya menggunakan nama Lynda E*** dan dia akan menggunakan E*** Lynda... :)
so aku tanya kat dia, dah bersedia ke nak umumkan segalanya??
terus dia cakap, " hehehe... biar ar dulu" :))


aku dah agak dah... :p
tapi sebenarnya aku tak kisah pun.. sebab dah beberapa orang yang dah tau sape En.Cinta aku itu.. ^_^
mungkin masa tak berapa sesuai tuk di umumkan sape dia, dan apa hubungan kami... hehehe.. aku tak boleh bayangkan andai mereka2 ini mengetahui akan citer sebenarnya.. apakah reaksi mereka2 nie eik?? terkejut?? terperanjat ataupun dah di jangka?? :)


apa pun, mungkin aku akan kekalkan nama LP Lum aku nie.. mungkin gak aku akan ikut cadangan En.Cinta itu... :p


apa pun, hanya kerana nama jua, kita mengenali antara satu dengan yang lain.. dengan nama jua kita bertegur sape.. dan kerana nama jua kita di kenali... ^_^
tapi aku menulis bukan kerana nama.. aku menulis kerana hobiku suka menulis.. mencoretkan apa jua ceritera yang aku rasa aku nak kongsikan ngan semua.. kerana ada perkara yang tak dapat aku kongsikan secara lisan.. ^_^


tapi.. malangnya skang nie aku tak cukup masa nak mencoretkan ceritera aku di dada blog aku ini.. kanvas yang menceritakan segala2 yang di luahkan oleh hati dan di tulis dengan sang jari.. aku amat perlukan masa... *sigh*


ps : LP Lum... Lynda Lum... Lynda E*** Mahupun Miz Fantasy... Berlainan Nama, Tapi Insan Nya Tetap Yang Satu... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 29, 2010

Aku Di Tag.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ok2.. aku dah lama tak update blog aku nie.. then aku kena tagged oleh Cik Marilyn... EDC TAG.. aku pun tak pasti ar sama ada tajuk tagged tu edc... hentam aje ar eik... :p


syarat2nya :
- mesti menggunakan huruf pertama blog dari blog anda.. ingat eik, huruf pertama bukan ke dua atau pun yang lain.. PERTAMA aje.. :)


- Jawapan tak boleh di ulang.. agak sukar, sebab aku suka mengulang jawapan sewaktu aku exam dulu... :p


2 aje syarat nya... skang kita beralih pada soklan dan jawapannya pulak eik... :)


S1 : NAMA ANDA


da-da... nie nama kawan aku yang bagi kat aku.. :)


S2 : PERKATAAN 4 HURUF


dadu... 


S3 : NAMA BUDAK LELAKI


daniel... anak kawan mak aku


S4 : NAMA BUDAK PEREMPUAN


darina... adik kembar daniel..


S5: PEKERJAAN


direct selling.. dulu aku suka jual Avon... :p


S6 : WARNA


dark purple..


S7 : SESUATU YANG DI PAKAI


duit... :)


S8 : MAKANAN


durian....


S9 : SESUATU YANG DI JUMPAI DI TANDAS (APA PUNYA SOKLAN DAR...) :P


daki... kalo tandas tu kotor tak bercuci... :p


S10 : TEMPAT


dusun... :)


S11 : ALASAN BILA LEWAT


demam... =))


S12 : SESUATU YG ANDA JERITKAN


damn!!


S13 : TAJUK FILEM


dunia baru the movie... aku tgk byk kali citer nie... :))


S14 : MINUMAN


darah... khas tuk vampire aje... :))


S15 : KUMPULAN MUSIC


daughtry.. u rock!!! :)


S16 : HAIWAN


dragon...


S17 : NAMA JALAN 


dato' bandar tunggal.. alamat tempat aku keje... :)


S18 : NAMA JENIS KERETA


daihatsu.. :)


S19 : NAMA BAKAL DI TAG


aku tag kat semua ar eik..
tapi aku nak tengok jawapan daripada :


Kak Azz
Miss Miera
Miss Intan


ps : Aku Penat.................... ^_^
En.Cinta Aku Rindu Sama Kamu Lor...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 27, 2010

MohoN KemAafAn.....

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar??
aku doakan moga korang sentiasa sihat2 sokmo...

aku mohon maaf kerana dah lama tak update teratak aku nie..
makin buruk dah teratak aku yang sedia buruk nie... :p

aku pun mohon maaf kerana dah lama tak menjengah ke umah2 kalian..
terutamanya umah2 yang aku follow n yang jadi follower aku..
mohon kemaafan...

aku benar2 busy skang nie...
banyak benda yang perlu di laksanakan sebelum Ramadhan menjelma...
stocks tuk Butik Elyna pun makin bertambah tuk di update..

insya Allah... ada kesempatan aku akan jengah2 gak kalian..
tapi bukan dalam masa yang terdekat ini eik... :(

ok... mau sambung wat keje...

ps : Rindu Mahu Ber-blogwalking Seperti Dulu.... :(
Rindu Mau Komen N Baca Setiap Entry Yang Kalian Coretkan... :(
Rindu Kat Kamu Wahai En.Cinta... :(






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 23, 2010

Kawen : Belum Tiba Masanya Laie... ^_^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang amat menyihatkan dan mengembirakan... :)
pertama sekali, aku ingin memohon seribu kemaafan kerana tak sempat tuk menjegah umah2 kalian dua tiga arie yang lepas.. banyak sangat keje yang eprlu aku langsaikan.. dan bila petang, aku pulak tak ada mood sebab terlalu penat... mohon maaf...

ok, Jumaat telah tiba.. penghulu segala hari nie membawa 1000 keberkatan wat kita semua.. :)

kali nie aku mau citer pasal kawen.. hehe.. skang kan ke musim orang bertunang dan kawen.. macam teman blogger aku nie Mizz Amy, yang dah selamat menjadi tunangan Mr.Kidd arie tu.. Tahniah eik Amy... :)

so, aku bukan nak citer yang aku pun nak kawen atau bertunang dalam masa yang terdekat nie.. aku belum puas meng-enjoy-kan diri aku laei sebagai seorang anak dara... :p
mau kumpul duit dulu.. ye ar, tak kan nak harapkan duit mak dan ayah aku semata kan?? mak dan ayah aku ada laie tanggunggan yang len.. adik aku masih ada seorang.. so.. aku cakap kat mak aku, aku akan kawen paling awal laie 3 taun.. maknanya masa tu, aku dah umor 30 taun.. mak aii tua sudah aku masa tu kan?? :p

maka, dalam masa 3 taun nie aku kena pulun kumpul duit.. dah tak boleh nak menjololikan diri secara sakan.. :)
dah nak kena kemudiankan kehendak aku.. :(
ini termasuk ar, camera idaman?? hehehe.. tak de maknanya.. camera idaman itu tetap kehendak yang telah bertukar menjadi keperluan... :))

hehehe... so.. bagi sesape yang akan menamatkan zaman bujang dan dara dalam masa terdekat nie, selamat buat kalian.. semoga kalian akan berbahagia sehingga ke akhir hayat... :)

bagi yang belum puas enjoy laie mcm aku, hehehe.. meh ar kita meng-enjoy-kan diri kita sambil jangan lupa mengumpul duit tuk wat belanja kawen.. bagi yang lelaki, tanggungjawab anda laie bosar.. so.. prepare ar sebaiknya.. kamu akan menjadi ketua dalam kuarga kamu.. kamu yang akan membimbing isteri serta anak2 kamu... kamu yang kan mencorakkan kehidupan mereka dan kamu jua yang akan menjadi nahoda bahtera umah tangga kamu...

bagi Sang Isteri pula, jangan ar korang rasa tanggungjawab korang kecik aje.. korang pun besar gak.. korang pun akan sama2 membantu suami korang mengendalikan bahtera umah tangga... :)

ps : En.Cinta, Kalo Ada Jodoh, 3 Taun Laie Eik.. ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 21, 2010

SEDEY~ Tak Dapat Nak On9....

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar??
aku doakan moga korang semua sihat2 sokmo...

aku nak mohon maaf, arie nei tak ada peng-update- tan yang best..
aku banyak keje..
stocks baru sampai..
mau ambik gambar, mau update kat Butik Elyna.. 

petang kang kalo aku sempat. aku jengah2 umah korang eik...
sorry bebanyak....

ps : Busy2 Macam Nie Masih Laie Teringat Kat En.Cinta Ku Itu.. Apa Agaknya Yang Dia Ngah Wat Eik?? ^_^
(jiwa yang jiwang)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 20, 2010

Review Novel : Cinta Pertama


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~
skang nie makin lewat aku update blog kesayangan aku nie.. semalam konon2 nak update, dah lak berukband wat hal sekali laie, jap connect jap kang disconnect.. mau chating pun rasa amat payah dan malas.. bayangkan ar, ngah2 type, dc.. kena connect back... Wathefish ar kan kalo macam tu.. :)

ok ar, kali nie aku nak wat review mengenai novel yang aku "rembat" kat MPH Jusco Seremban 2.. Click Kat Sini nak tau mengenainya... :)

ok...kita mulakan ar eik... :p

Tajuk : Cinta Pertama
Penulis : Haslinda Ismail
Bilangan Muka Surat : 384 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
Harga : Rm 34.90
Sinopsis

NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.
Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan  bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?
Review Aku Pulak
hehehe... ok ar, jalan citer yang agak simple.. memula agak kesian bila baca kisah hidup Nisha yang selalu di belasah oleh ibunya sendiri.. ibunya iaitu Siti Hanum terlalu sayangkan suaminya iaitu Abdullah yang di kahwini atas dasar cinta sama cinta tapi di halang oleh kuarga Siti Hanum kerana masalah pangkat dan darjat... dan bila Abdullah merantau ke Singapura tuk mencari rezeki, tinggal lah Siti Hanum dan anak2 mereka si kembar iaitu Nisha dan abangnya Jai.. 
konflik mula terjadi apabila Jai melanjutkan pelajaran, Siti Hanum bagaikan hilang pertimbangan apabila dia memukul Nisha hinggakan Nisha melarikan diri membawa hati yang luka.. 
nak tau lebih lanjut, korang kena ar baca sendiri novel nie.. penggunaan bahasa pun agak sempoi, tak terlalu berbunga2, tak terlalu compicated sangat.. perkembangan watak pun agak bagus.. aku suka watak Nisha sebabnya dia seorang gadis yang amat tabah dalam menjalani kehidupannya.. di belasah leh ibunya sendiri, di halau oleh suaminya dan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit kanser pangkal rahim.. bertarung tuk menyambung zuriat suaminya walaupun suaminya menghalaunya dan nyawanya di hujung tanduk.. :)
ok ar... skang aku ngah membaca Cinderella Cinta.. bila aku abis nanti aku wat review pasal tu pulak eik... :)

hehehe... nie pulak buku2 yang aku "rembat" kat MPH Alamanda Putrajaya sewaktu Liburan Kali Ke - 2... :p
so aku tak perlu terlalu "jimat" tuk mengabiskan novel2 aku nie... :p

ok, macam biasa ar, petang2 kang aku jejalan ke umah korang eik... :)

ps : Love At The First Sight.. Aku Tak Percaya... ^_^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, July 19, 2010

Liburan Yang Penat Tapi Amat Seronok Sekali (Part 2)... ^_^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang semua sihat2 ok... :)
sorry sebab tak de blog walking semalam.. aku bercuti so blog jua bercuti... mohon maaf eik.. petang kang aku cuba try test ber-blog walking eik... skang aku mau buat keje dulu... *sigh*

ok, semalam aku ngan adik2 aku kuar ke KL.. untuk bertemu ngan My En.Cinta tuk pertama kalinya... sebelum nie dorg just tengok gambar aje... :p
so semlam dorang jumpa secara live lor... 

memula kami ke Pavilion Kuala Lumpur.. ronda2 mencari hand bag yang di pesan oleh mak.. ronda punya ronda satu pun rasa macam tak berkenan.. bila berkenan pulak, tak sesuai tuk mak lak.. alih2 kami terus ke Tangs.. adik aku sempat "menyambar"  perfume kat sana.. mendukacitakan perfume yang aku nak tak ada di jual di Tangs.. terpaksa pulak masuk ke Parkson tuk mencari department Ralph Laurent.. seb baik ada tinggal sebotol aje... apa laie.. kena "rembat" ar sebelum aku susah nak mencarinya semula... :p

pas2 meronda sekali laie.. macam2 kedai yang masuk.. tapi kami berpisah sebab masing2 mau privacy... :p

then konon2 mau ke Jalan T.A.R tuk mencari shawls cotton, tapi tak jadi.. ujan lebat... kami buat keputusan ke Alamanda Putrajaya pulak.. :)

kami pun terus roger My Best Buddy Mr.Dude and his Gurlfren, cakap kami akan ke sana.. dan berjanji nak jumpa kat sana aje.. mereka nie dari Klang sebab menghadiri majlis kenduri kawen di sana... :)

bila sampai Alamanda, masih laie ujan.. mencari parking amatlah payah.. semua parking full memanjang.. seb baik aku ngan En.Cinta terus ke tingkat atas.. dan nasib baik jua ada parking walaupun parkingnya tak ada bumbung... :p

bila samapai ke sini, yang ada dalam kepala aku adalah mencari novel di MPH... :p
tapi sebelum tu, aku kena jumpa ngan adik2 aku di Butik Guess.. dan akhirnya, kami sepakat memilih hand bag mak di sini aje.. sebab dah tak larat nak meronda laie... :)

abis membeli tuk hand bag mak termasuk sekali hand bag My Lil Sis, aku ngan En.Cinta terus ke MPH.. hehehe.. aku agak kelabu mata melihat banyak sangat pilihan novel dari publisher yang aku minat.. apa laie, tajuk lain yang aku cari tak dapat, aku beli yang lain.. siap order laie tuk 3 buah novel yang aku masih tak dapat tu... :p

bila dah penat, kami tunggu My Best Buddy Mr.Dude.. tapi dapat jumpa kejap aje... :(
tak pe ar, dia janji mau ke kedai aku minggu depan ngan his Gurlfren... :)
dan buat pertama kalinya, My Best Buddy Bertemu ngan En.Cinta.. selama nie, dia hanya dengar aje daripada aku.. tengok gambar.. so semalam secara personal... aku pun secara pertama kalinya bertemu ngan his Gurlfren Jue.. amat malu2 itu budak... :)

ok ar.. aku mau buat keje semula.. esok aku tepek gambar novel2 yang aku rembat kat MPH eik... :)

petang kang kalo sempat aku ronda umah korang pulak.. maaf sebab tak dapat meronda skang nie dan semalam... :/

ps : En.Cinta Cakap Kat Aku Suh Bukak Library Pas Nie... :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, July 17, 2010

Aku Penat~



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua sihat sentiasa... :)

update paling lewat.. sebab terlalu banyak keje.. aku pun dah jadi macam gambar yang aku tepek kat atas tu.. :)
cumel ar pulak kalo kita ada skru kat belakang tu eik?? kalo nak cepat, putar skru tu smpai abis.. cepat dan bersemangat wat keje.. bila putaran skru dah abis, kembali pada mode asal.. letih memanjang dan perlu rest... :)

tapi kita bukannya robot atau boneka.. kita adalah manusia.. manusia yang mempunyai perasaan.. yang ada rasa letih... :)

ok.. mau sambung buat keje.. owh lupa pulak.. esok aku akan turun KL.. hehehe.. mau g ketemu En.Cinta sekali laie.. :p

ps : Aku Penat, Letih Tapi Bila Aku Teringat Semula Azam Aku, Terus Bersemangat Jadinya.. Ingin Melihat Butik Elyna Berkembang Maju... Doakan Eik... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 16, 2010

UneXpecTeD~



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat tak?? Alhamdulillah syukur di ucapkan kepada Allah sebab msih laie memberikan kita peluang tuk bernafas sekali laie di muka bumi ini... :)
Jumaat telah tiba.. penghulu segala hari telah menjengah semula... :)

" kita tak sangka akan kewujudan insan2 di sekeliling kita hingga lah mereka pergi dalam hidup kita.. "

hah... perkara yang macam kat atas nie ar yang aku seboleh2nya tak mahu terjadi pada aku.. kalo boleh aku inginkan mereka2 yang wujud di sekeliling aku, aku sedar akan kewujudan mereka.. bukan sekadar sedar aje, malah aku ingin mereka jua tahu yang aku amat memerlukan mereka kerana mereka2 ini membawa peranan yang pelbagai di dalam kehidupan seharian aku...

kalo boleh aku ingin katakan yang aku sayang akan mereka2 ini sebelum mereka2 menyatakan pada aku sebelum sempat aku yang menyuarakannya..

kalo boleh aku ingin katakan yang mereka2 ini adalah nadi aku.. jiwa aku.. nyawa aku.. semangat aku.. 

kalo boleh aku ingin jeritkan yang mereka2 ini amat bererti dalam idup aku dulu, kini dan selamanya..

tapi aku tak mampu nak katakannya..
aku tak mampu nak jeritkannya..
aku tak mampu tuk melakukannya..

kadang kala, aku rasakan aku amat kuat dalam menjalani kehidupan seharianku.. 
kadang kala, aku rasakan aku amat kuat dalam menghadapi dugaan yang di berikan..
kadang kala, aku rasakan aku amat bertuah kerana aku di berikan peluang sekali laie tuk bahagia..

tapi kenapa aku masih rasa yang aku lemah??
kenapa aku masih rasa yang aku masih tidak setabah yang aku rasakan??
kenapa aku masih rasa yang aku masih malang??

Ya Allah.. aku pohon agar Kau kuatkanlah ketabahan hatiku kini..
aku pohon agar Kau berikan aku Nur agar aku dapat menjalani kehidupan aku seterang yang mungkin..
hanya itu yang aku pohon pada-Mu Ya Allah...

- di adaptasi daripada luahan hati seorang insan yang sedang menjalani hukuman atas kesilapan lalunya -

ps : Aku Tak Pernah Menyangka Yang Aku Akan Di Pertemukan Dengan Kamu~
Terima Kasih Atas Segala2nya....





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 15, 2010

Tersenyum Seikhlas Yang Boleh... :)



Kredit MV Kat En.Youtube.com
Uncle Kracker _-_ Smile.. 


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Khamis menjelang tiba.. aduhai.. sekejap aje masa berlalu.. amat pantas.. :)
aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan ok.. :)


hehehe... arie tu aku dengar lagu nie kat MTV.. baru ar aku tau yang nyanyi tu Uncle Kracker.. :)
what a wonderful song n lyric... :)
dulu, Kump Elite nyanyi lagu Manisnya Senyuman Mu.. :p


Senyum tu memang satu perkara yang mudah nak di lakukan tapi amat payah hendak di laksanakan.. orang kata senyuman satu sedekah.. kerana senyuman jua, kita boleh mencipta suatu hubungan yang baru... :)


kerana senyuman jua sesorang boleh jatuh cinta..
kerana senyuman jua boleh membuatkan seseorang yang sedang marah menjadi sesejuk ais..
kerana senyuman jua boleh mencairkan hati yang sekeras batu...


so.. banyak kan hikmahnya andai kita selalu tersenyum.. tapi bukan ar senyum tak tentu pasal.. kang orang kata kita nie mereng lak... :p


lupa pulak, dengan selalu tersenyum secara ikhlas kita akan nampak selalu muda... :p
jadi.. marilah kita sama2 tersenyum dengan seikhlasnya... :)
korang suka tersenyum tak?? :p


ps : Selalu Tersenyum Di Waktu Pagi Di Hadapan Cermin Tuk Membuatkan Mood Sentiasa Ceria Seperti Sang Mentari Pagi... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 14, 2010

9 Makhluk Aneh Yang Terdapat Di Lautan Dalam



Viper Fish


- di temui pada kedalaman 80-1600 meter..
- merupakan ikan dengan tampang super kejam
- badan lutsinar, organ menyala, mata yang besar tuk mengumpul cahaya, mulut yang lebar, perut yang elastik



Fangtooth


- hanya sebesar 6 inci aje
- tubuh pendek tapi berkepala besar
- boleh di dapati hingga ke dasar laut sedalam 16000 kaki
- terdapat di lautan tropika seperti Australia




Dragon Fish


- di temui di kedalaman 5000 kaki..
- memmiliki belalai yang menyala



Angler Fish


- sepanjang 5 inci
- hampir seperti bola keranjang bentuk tubuhnya
- di temui di kedalaman 3000 kaki



Gulper Eel


- boleh sepanjang 2 - 6 kaki
- di temui di kedalaman 3000 - 6000 kaki



Giant Octopus


- ukuran yang terbesar adalah 60 kaki
- bersifat karnivor



Giant Isopod


- sepanjang 16 inci
- di temui di kedalaman 2000 kaki



Long Nose Chimeara


- size sepanjang 5 kaki
- di temui di kedalaman 8000 kaki



Stargazer Fish


- membesar sepanjang antara 18 cm - 90 cm
- suka menyembunyikan diri di dalam pasir sebelum menyerang mangsa
-boleh juga menyebabkan kejutan elektrik



ps : Segala Info Adalah Berdasarkan Kepada : 99 Keajaiban Dan Keanehan Dunia..
Len Kali Aku Share Yang Len Lak Eik... ^_^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 13, 2010

Nothing Impossible In This Life... ^_^



Kredit MV Kat En.Youtube.com
Shontella  _-_ Impossible

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? selasa udah kan.. jap aje masa berlalu... :)

hehehe.. sebenarnya aku nak citer pasal perubahan.. apakah perubahan yang telah korang lalui?? :)

bagi aku, terlalu banyak perubahan yang telah aku lalui sejak dulu hingga skang.. andai dulu aku seorang yang agak pemarah, baran, tak sabar dan macam2 laie ar yang negatif.. sampaikan mak ngan ayah aku pun tak tahu nak cakap macam mana laie.. malas dah nak nasihatkan aku.. then bila aku meningkat remaja, dan aku mula mengenali beliau, aku berubah sedikit demi sedikit.. 
ku lebih bersabar, lebih bertolak ansur dan aku lebih menghargai apa yang aku ada... then bila dia pergi dalam hidup aku, aku berubah sekali laie.. perubahan yang agak drastik.. aku menjadi pelakon yang paling bagus dalam kehidupan seharian aku.. aku jadi hipokrik atas dasar mahu menjaga atie orang lain.. aku sendiri menagis, tak ada sape pun yang tahu..

amat perit melalui frasa tersebut.. amat seksa tapi Alhamdulillah, di sebabkan frasa itu lah, aku mula berubah sekali laie.. berubah menjadi amat positif pada kehidupan.. menjadi amat kuat dalam mengharungi segala dugaan yang di berikan oleh-Nya.. menjadi amat bersemangat menjalani kehidupan aku kembali.. menjadi amat happy atas derita yang lalu... thanx pada beliau kerana menberikan aku frasa itu.. tanpa frasa yang beliau berikan pada aku, sure aku tak mampu tuk menghadapi kehidupan aku ini.. tanpa frasa yang di berikan beliau, aku tak akan bersemangat sebegini.. ngan setulus ikhlas aku ucapkan ribuan terima kasih pada beliau.. :)
(aku benar2 maksudkan, bukan aku mengejek atau memperli)

dan sekarang, aku berada di dalam frasa kebahagiaan.. bahagia dengan family aku, bahagia ngan teman2 aku yang sentiasa memberikan aku sokongan padu, bahagia ngan My Best Buddy, My Big Sis, My Lil Sis dan amat bahagia dengan kehadiran cinta baru aku iaitu En.Cinta.. ^_^

dan aku berdoa agar, frasa ini akan lebih bermakna suatu hari nanti.. lebih bermakna apabila aku semakin kuat untuk hadapi segala2nya dalam kehidupan.. akan lebih positif bila menghadapi kesulitan ataupun dugaan daripada Allah S.W.T... :)

dan korang pula bagaimana?? apa kah perubahan yang telah korang lalui?? adakah perubahan itu memperngaruhi kehidupan korang sekarang atau sebaliknya?? share ar eik ngan aku... :)

ps : Nothing Impossible In This Life~ ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, July 12, 2010

Liburan Yang Penat Tapi Amat Seronok Sekali... ^_^


Kredit MV kat En.youtube.com.. Lagu Saleem _-_ Wanitaku


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? hehehe... lewat update sebab baru dapat bukak blogspot nie hah... :)
semalam tak sempat nak update apa2 sebab terlalu penat mengliburkan diri ngan En.Cinta di Pesta Buku Jusco Seremban 2.. :)


nak kata best, tah ar.. bagi aku memang tak best.. kebanyakkan bahan ilmiah yang lebih kepada pelajar2 IPT mahupun pelajar sekolah.. tujuan nak cari novel.. tapi tak ada sebabnya yang banyak di jual novel daripada Alaf 21 aje.. aku agak cerewet dalam membeli novel.. aku hanya membaca novel keluaran Creative Enterprise Sdn Bhd aje.. 


akhirnya aku dapat 2 buah novel tapi beli kat MPH.. :p
Cinta Pertama nukilan Haslinda Ismail dan Cinderella Cinta nukilan John Norafizan.. :)
aku senaraikan 5 buah novel tapi dapat 2 aje.. ok ar tu kan?? at least aku dapat gak.. :p


sebelum tu, aku ngan En.Cinta g tengok movie citer Zoo.. huhuhu... sedey nya aku tengok citer nie.. tak tau ar ngape.. bukan Zoo nie citer sedey.. citer lawak.. tapi aku sedey sebab RUGI tengok.. jalan citer ok ar.. bagi sape2 yang minat kat kumpulan senario, ok ar.. tapi bagi aku yang tak minat, citer tu jadi macam ngantuk.. lisa suruhani pun ada berlakon dalam citer nie, dia nya lakonan kali amat kecewakan aku... kalo nak bg bintang, dari 5 bintang, aku hanya boleh bagi 2 bintang aje... sedey kan?? macam mana kita nak support filem melayu kalo macam nie gayanya?? 


then kami nak g mam McD (itu En.Cinta paling gemar makan McD) :)
tapi hanya tapau then gi makan kat City Park Seremban 2 di sebabkan teramat ramai orang yang duk makan kat McD tu.. tak ada tempat nak duduk.. yang dah abis makan pulak, masih mahu berbual sedangkan mereka melihat ramai laie orang yang ngah beratur nak mencari tempat.. kesian pada mereka2 yang membawa anak2 kecik..


lepas kami makan a.k.a ala2 berkelah kat City Park nun, kami gi lak karok.. ahaks~ ini En.Cinta memang gemar bernyanyi upanya... layankan aje ar... then dia nyanyi lagu yang kat ats tu.. hehehe.. terasa jiwang lak... ^_^


dan bila aku dengar aje lagu tu, secara automatik aku akan minda aku akan mengimbas semula "peristiwa" itu... :">
malu seh.. kerana 1st time dapat lagu dan di nyanyikan secara live oleh orang yang tersayang... huhuh... teramat terharu di waktu itu~


then dah penat dia berkarok, kami pun balik dan singgah kat Taman Tasik Seremban nie hah.. mengenang semula peristiwa 19hb yang lepas.. jalan2 sebab arie tu tak sempat nak jalan2.. tengok lanskap yang cantik, tengok ramai orang ber-jongging, ber-tai chi, bersenam hanya ber-poco poco aje tak ada... :p


kul 6.30 petang sampai kedai, dan dia pun balik ke umah dia semula ngan menaiki komuter.. aku pulak, teruskan keje sampai ar malam... penat tak boleh nak cakap.. tapi amat gembira... :)


so, tak tahu bila akan dapat berliburan seperti ini laie, sebab pasnie aku dah tak ada cuti hingga selepas raya.. cuti raya pulak iaitu 18hb hingga 20hb Ogos 2010, aku dan family akan bercuti ke Pulau Langkawi.. Dak Miera, sila nantikan kedatagan akak ke sana eik.. kalo ada rezeki boleh jumpa n boleh bawak akak pusing, ronda2 kat pantai Langkawi itu... :)


ok ar eik.. aku mau gi lunch jap.. perut ini sudah berkeroncong.. aku jumpa kalian esok... :)


ps : Thanx Ya~ Sayang Kamu.. Rindu Akan Kamu~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)