Friday, April 16, 2010

Entry Khas Buat My Sp...


*entry ini ku karang sebelum aku mengetahui akan perkara sebenar..*

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? hari nie Jumaat.. Penghulu segala hari... hari yang penuh dengan keberkatan.. di harapkan korang semua dalam keadaan yang sihat sentiasa... :)

ok.. sempena dengan kedatangan arie Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, aku ingin tujukan sebuah entry khas buat insan ini.. My Sp.. di waktu pagi yang amat tenang, nyaman, damai sambil melayan perasaan aku... :D

sebelum itu, cantikkan gambar pelangi kat atas tu?? yup, pelangi amat cantik dan amat jarang di temui andai tidak ujan.. kecuali ar kita wat sendiri ujan dan kita akan lihat pelangi.. tapi kecik aje... :p

pelangi itu cantik kerana ianya ada 7 warna yang berbeza tetapi membentuk satu rupa yang amat cantik dan ia jua sukar nak di temui.. itu ar yang aku ibaratkan My Sp.. sebab itu aku namakan dia sebagai My Sp membawa maksud Sang Pelangi Saya.. walau apa pun yang terjadi, dia tetap menjadi My Sp sampai bebila.. hingga ar aku telah tiada dalam dunia ini, maka My Sp jua akan lenyap..

ngape aku panggil dia My Sp?? sebabnya dia adalah yang terbaik wat aku.. sukar nak jumpa insan macam dia.. kelakar, romantik, ego, caring dan sebagainya.. mungkin pada pandangan orang lain, dia tak ada nilainya.. tapi bagi aku yang telah bersama dengan nya selama hampir 6 tahun, aku tahu akan dia.. aku bahagia bila dengan dia.. bukan nak puji dia lelebih atau nak angkat dia atau sebagainya.. aku berkata melalui pengalaman serta ikhlas aku memuji dia kerana dia layak tuk itu.. :)

aku bersyukur kerana di pertemukan dengan dia, cuma jodoh kami tak panjang dan di atas sebab2 tertentu kami putus di tengah jalan.. walaupun aku agak kecewa, tapi aku redha.. terus mengharap pada asalnya.. mengharapkan agar hubungan itu akan di sambung kembali.. tapi nampaknya, mungkin kami hanya di takdirkan hanya tuk menjadi sepasang kekasih tapi bukan tuk lebih daripada itu..

sekarang, aku tau dia bahagia dan aku harapkan agar dia bahagia.. aku tumpang bahagia andai dia bahagia dah aku akan menangis andai dia berduka.. aku tumpang bangga di atas pencapaian2 dia.. aku tahu dia adalah yang terbaik dalam apa jua keadaan... :)

"You Are The Best Among The Best" ungkapan yang selalu aku ucapkan pada dia setiap kali dia ada "games".. kerana aku tahu dia memang layak tuk itu.. :)

"Setiap Apa Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya" dan itu adalah ungkapan yang dia selalu ucapkan pada aku setiap kali kalo aku ada masalah.. dan ungkapan itu aku pegang sampai skang bila aku di timpa masalah.. :)

aku tau, ada di kalangan teman2ku yang tak menyenangi akan dia, tapi mereka jua tak tahu apa yang aku lalui.. kerana mereka bukan bersama2 ngan dia sewaktu senang mahupun sukar.. mereka menilai hanya pada luaran.. 

kenangan yang manis, pahit masam, masin dan segala rasa aku lalui ngan dia.. 6 tahun bersama, cukup memberikan aku kenangan yang amat terindah.. aku rindu akan kenangan2 itu walaupun aku tak patut nak rindu akan nya lagi... tapi dah menjadi sebahagian dalam diri aku.. aku tak mampu nak buang akan dia mahupun kenangan2 itu.. walau sepayah mana aku cuba, ianya tetap kuat tersemat.. tetap utuh dalam ingatan aku.. tiap kata2nya, perlakuannya, marahnya, kecik atienya dan segalanya tentang dia masih aku ingat hingga kini..

"280803", tarikh keramat kami.. kenangan itu kenangan yang bermakna.. terlalu berharga.. tiada tandingan walaupun di tukar mahupun di gantikan dengan barangan yang termahal di dunia ini.. 

"1208", tetap selalu aku ingat.. 

"6873142", talian yang banyak menghubungkan aku dengan nya suatu ketika dahulu.. 

"Cik City Nau" setia menemani kami tuk dating.. dia jua menjadi saksi janji2 kami tuk bersama2 hingga ke akhirnya.. dia jua menjadi saksi ceritera suka dan duka kami... :)

dan pada masa sekarang, aku menjadi "akak" nya.. panggilan yang aku tak sangka aku akan dapat daripada dia.. aku turutkan hanya kerana dia selesa dengan panggilan itu.. aku?? aku tak mampu nak ganti panggilan "orang" dengan panggilan "akak".. sedey?? tah ar.. sukar nak cakap.. biarlah dia dengan cara dia.. mungkin dia ada sebab mengapa dia tukar memanggil aku dengan panggilan "akak".. dan aku tak mahu paksa dia andai dia sendiri tak ingin memberitahu.. 

"maaf".. walaupun telah berkali dia menyatakan dia tak ingin aku mengukapkan perkataan maaf mahupun sory kuar dari mulut aku, tapi aku perlu ungkapkan jua.. kerana aku tak mampu nak berkongsi segalanya dengan dia.. beban yang aku tanggung, biar aku sendiri yang tanggung.. aku hanya ingin dia epy tanpa tahu yang aku "sakit".. 
ada perkara yang aku mudah untuk berkongsi dengannnya secara lisan.. tapi ada perkara yang sukar tuk aku share dengan nya, aku perlu memikirkan akan perasaan dia, perasan aku..

"sayang".. telah lama aku tak dengar dari mulut dia.. aku rindu akan perkataan itu..
"S.A.R.A".. pun telah lama aku tak dengar...
"abang".. insan yang amat aku sayang, aku rindu..
"dealova", "angan dan sedar", "selagi ada rindu" dan sebagainya.. akan menjadi ingatan..

dan entry ini aku khaskan buat insan yang aku gelar My Sp selama ini.. Wan Abdul Khaidir B Mohd Zahar, dia adalah insan yang bermakna buat orang.. segala2 mengenai dia adalah yag terbaik buat orang.. maafkan orang kerana memungkiri janji2 kita.. orang tak ingin melihat dia terus terseksa bila dia bersama2 dengan orang.. orang rindukan dia.. dan seandainya dia selesa dengan keadaan kita sekarang, teruskan lah.. 
terima kasih atas segalanya me amour..
dan terima kasih jua kerana menjadi silent reader blog orang...
blog yang hanya mencurahkan segala2nya mengenai perasaan aku, kenangan aku, kisah2 aku dan segalanya tentang aku...









ps : Entry Khas Ini Tiada Komen.. Maaf Aku Kejiwangan Pada Arie Jumaat Ini ~


Khas Buat P..


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)