Wednesday, April 28, 2010

Mawar Putih : I'm So Sorry Too~


Salam n eelloopp semua~
alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan aku kekuatan tuk menulis lagi di sini... betapa aku panjatkan rasa syukur aku kerana aku masih di berikan peluang tuk bernafas serta berpeluang meluahkan apa yang aku rasa.. korang semua apa khabar?? aku doakan moga korang semua sihat2 ok.. :)
epy2 sokmo walaupun sangat berat dugaan yang di berikan pada kita.. terimalah ia dengan hati yang terbuka kerana "Setiap Apa Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya" :)

mood arie nie, sedey.. sedey bila mengenangkan sesorang ini.. seseorang yang aku rasa tak patut tuk memohon maaf pada aku berulang kali.. aku menghormati akan keputusan yang telah dia lakukan..aku memahami akan keputusannya.. aku cuba menerima keputusan nya.. tapi..

setiap kali aku mendapat sms daripadanya memohon kemaafan, aku terguris.. aku sedey sangat2.. bukan di buat2 kesedihan aku nie.. akan aku baca sms-nya berulang kali tuk aku pastikan bukan dia yang menghantarkannya.. tapi, setiap kali aku membacanya kembali, aku sedar yang aku tak bermimpi.. memang dia yang menghantar sms itu pada aku..

dia pernah menyatakan pada aku "Saya tak nak perkataan maaf ataupun sorry keluar dari mulut awak lagi" sekarang apa yang terjadi?? aku jua tak mahu perkataan maaf ataupun sorry keluar dari mulut kamu.. kamu tak pernah buat salah pada aku..

kalau ada pun, kamu buat salah pada aku, aku telah maafkan segala kesalahan kamu pada aku.. aku jua melakukan kesalahan pada kamu.. kita adalah sama.. tiada bezanya.. 

aku bukan nak pertikaikan keputusan yang kamu lakukan.. keputusan yang kamu ambil aku pasti ianya satu keputusan yang terbaik yang telah kamu pikirkan sematang2nya.. aku kenal siapa kamu.. aku mengerti akan perasaan kamu.. isi hati kamu.. aku tahu sikap kamu bagaimana.. jadi, aku tak layak tuk mempertikaikan keputusan yang telah kamu capai..  aku percaya yang kamu melakukannya tuk kebaikkan aku.. aku hargai akannya.. aku sanjung kerana kamu masih kamu walaupun kamu bukan lagi hak aku..

aku tahu kamu rasa bersalah atas sebab itu.. tapi kamu perlu ingat, tak semua perkara kita boleh share secara lisan.. ada perkara kita perlukan masa tuk berkongsi.. aku terkilan cuma seketika.. aku telah kembali seperti kamu mengenali aku suatu ketika dahulu.. aku boleh terima apa yang terjadi serta alasan kamu mengenai perkara itu walaupun secara ikhlasnya aku ingin mengetahuinya dengan secara details.. 

jadi, kenapa kamu tak boleh menjadi seperti aku?? seperti aku yang kamu "bentuk"?? seperti aku yang kamu "asuh" akan sikapku?? seperti aku yang kamu "didik" tuk menjadi setabah kamu?? seperti kamu yang selalu ingatkan aku andai aku terlepas pandang akan sikap jelek aku?? 

bukan nak ungkit atau apa, aku cuma keliru dengan sikap kamu sekarang.. Andai ku tahu begini akhirnya, aku tak kan antar sms aku yang terkilan pada kamu arie tu.. akan aku simpan rasa terkilan aku ini.. biar kamu tak tahu.. biar kamu tak akan rasa bersalah pada aku lagi.. telah banyak kali kamu memohon kemaafan pada aku, kamu masih jua tak jelak akan permohonan maaf kamu.. aku send kamu sms, kamu tak reply.. andai aku reply, masih jua perkataan "MAAF" ada terselit di dalam sms kamu..

aku mohon pada kamu tuk buang segala rasa bersalah kamu pada aku.. aku telah maafkan kamu sejak dulu lagi.. aku tak mahu hanya kerana ini, hubungan baru kamu akan terjejas.. emosi kamu akan tergelincir dan aku tak mahu ianya akan mengganggu kerjaya kamu yang baru hendak bertapak.. aku sayangkan kamu.. kerana itu aku mahu kamu jua sayangkan diri kamu sepertimana aku sayangkan kamu.. 

lupakan apa yang telah terjadi.. binalah semula kekuatan kamu.. aku ingin kamu seceria dahulu.. aku mahu kamu menjadi siapa kamu semula.. aku mohon pada kamu.. aku harap kamu mengerti akan apa yang aku cuba sampaikan pada kamu.. carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat di dalam luahan hati aku kali ini....

harap maafkan aku andai luahan coretan aku ini menyinggung akan perasaan kamu..
aku cuma ingin menyatakan betapa kamu amat bermakna dalam hidup aku dan aku tak mahu kamu rasa bersalah lagi....

ps : Ingin Menyatakan Yang Kamu Tak Bersalah Sebenarnya.. Dan Jangan Pernah Ada Rasa Bersalah Dalam Diri Kamu.. Ceriakanlah Hidup Kamu Kembali Seperti Sediakala.. Usirkan Lah Rasa Bersalah Kamu...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

6 comments:

umi_e said...

Salam... n3 yang penuh dengan pengertian dan perasaan... ;)

* teruskanlah perjalanan hidup dengan memandang ke hadapan * (sekali sekala pandang ke belakang tak apa kan....)

jane said...

kenapa ni akak?huhuhuhuhu
kalo dia nk minta maaf biar je lah....


kite suke org minta maaf kat kite

rs kemenangan d pihak kite!!!
hahahahhaha

kite suke ...
hahahaah

so...akak harus suke bile die wat camtu k?
means...u desrve for it!

chill k ;)
hug

Siti Zubaidah said...

Go go go Linda!

~LP Lum~ said...

umi : hehehe... btl3.. sekali sekala pndang ke belakang tuk menghargai apa yg dah terlepas... :)

jane : nie bukan mengenai menang mahupun kalah dik.. nie mengenai atie dan perasaan.. *sigh*

zue : hehehe.. thanx ya.. awak slalu bg kata semngat kat sy... :)

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.kak, knp neh
.akak oke x?
.x paham lerr :(

~LP Lum~ said...

intan : huhuhu... xde pape ar intan~
akak ok aje..

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)