Tuesday, April 27, 2010

Menagis Kerana Aku Gembira Bukan Kerana Aku Sedey..


"Aku melangkah kaki ku jauh
jenuh ku melangkah
mengharapkan untuk berhenti
aku tak mampu berhenti lagi kali ini
aku biarkan ia terus melangkah
melangkah dan menghayun.. terus melangkah dan terus menghayun
tanpa tahu di mana arah tuju perhentian langkah ku..
di mana kakiku berhenti melangkah kelak
di situlah destinasi perhentian buat ku..

aku bukan melarikan diri
aku bukan pengecut
aku bukan seorang yang berputus asa

tapi aku perlu..
aku terpaksa..
aku memaksa..
aku di paksa..

usah di tanya siapa yang memaksa aku
usah di persoalkan tindakan aku
kerana aku tahu aku di pihak yang salah
aku perlu bertindak sebelum ianya makin parah
memakan jiwa aku
perasaan aku
hati aku.. "

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua??
aku doakan moga korang semua akan berada di dalam keadaan yang amat2 menyenangkan di samping mereka2 yang tersayang.. bagi yang tengah hangat menyulam kasih, lagi ar hangat betul tak?? :)
bagi yang telah lama menyulam pun perlu menghangatkan hubungan kalian.. jgn ar dingin2.. tak elok tuk kesihatan dan emosi... :)
bagi yang solo serta single macam aku nie, apa lagi?? marilah kita mencari pasangan pula... :))
(macam ar boleh dapat merata2 tempat) :p


"aku tak percaya pada cinta" kata seorang temanku suatu ketika dahulu
"cinta itu amat sakit" katanya lagi
tapi sekarang...
"aku percaya wujudnya cinta"
"cinta itu amat bahagia sekali"
aku pula berkata "apa kes??" :)
rupa2nya dia sedang di lamun cinta... patut ar sejak kebelakangan nie ayat2 nya amat jiwang.. amat menyusuk kalbu.. amat membuai perasaan... :)


aku?? hehehe.. aku masih macam nie ar.. masih mencari En Cinta.. tapi En. Cinta itu belum jua aku temui.. aku bukannya terdesak pun nak mencari cinta baru setelah apa yang terjadi.. bukan jua menutup pintu hatiku tuk bercinta lagi.. bukan juga tidak percaya akan cinta lagi.. cuma.... aku belum bersedia tuk memulakan apa2 jua talian yang berkaitan dengan hati serta perasaan ini.. bukan senang untuk "menghidupkan" sesuatu yang baru sedangkan ianya telah lama "mati".. :)
(cehwah ayat poyo memanjang aku skang nie.. thanx 2 My Sp sebab selalu ajar ayat2 poyo kat aku) :))


seperti yang aku pernah citer ngan Kak Sha pada pertemuan aku 17hb yang lepas.. segalanya telah terjawab.. segalanya telah terungkai.. segalanya telah terlerai.. dan di hadapannya aku mengakui akan perasaan aku.. dulu hanya My Best Buddy yang mengetahuinya.. tapi skang Kak Sha jua mengetahuinya.. mudah benar aku menceritakan segalanya pada dia.. mungkinkah nasib aku dan dia sama?? dia kata aku adalah dia suatu tika dahulu.. dan dia tak mahu aku menjadi seperti dia.. aku paham akan apa yang dia katakan..


dan Kak Sha, saya ambil langkah seperti yang akak nasihatkan pada saya.. bukan sebab saya terpengaruh ataupun terpaksa.. tapi saya telah pikir semasak2nya.. dan saya pasti ini adalah yang terbaik tuk diri saya... :)
thanx ya kak.. u r great.. :) 



tu header blog Kak Sha... mengunakan  perkataan yang amat sentimental value.. kisah cintanya, kisah kehidupannya dan segalanya tentang Sepet dan Cheryna... :)
dan kerana itu lah, dia tak mahu aku menjadi seperti Sepet dan Cheryna.. dan aku paham akan maksudnya... :)
insya Allah, aku tak akan menjadi seperti Sepet dan Cheryna walaupun dulu aku ingin menjadi seperti mereka.. ingin seteguh serta sekuat Cheryna.. ingin menjadi seperti Cheryna yang tak pernah rasa berputus asa pada Sepetnya.. hinggakan Cheryna skang telah ilang rasa kasihnya pada Sepet.. dan itu adalah Cheryna yang baru.. dengan semangat yang baru dan Kak Sha meminta aku menjadi seperti Cheryna yang baru.. matikan anganku tuk menjadi seperti Cheryna yang lama... dan aku akan cuba lakukan demi kebaikan aku kelak.. kebaikan kalian2 yang aku sayang... :)
love ya Kak.. and thanx so much to Cheryna.. :)

ps : Tak Perlu Memohon Maaf Kerana Kamu Tak Pernah Buat Salah Pada Diri Ku Ini..
Walau Setegas Manapun Keputusan Kamu, Aku Tetap Dengan Pendirian Aku Ingin Menyatakan Yang... KAMU TAK PERNAH BERSALAH PADA AKU DAN TAK PERLU MEMOHON MAAF~ Dan Aku Jua Menghormati Keputusan Kamu Kerana...
"Setiap Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya..." ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

4 comments:

AiZ said...

hikhik... cari pasangan ye...
moga moga dikabulkan hajat :)

komen entry i juga ye.. klik laju-laju link nih >>BLOGGER-BLOGGER YANG SUSAH DAPAT DAN BAGI KOMEN!! YEEHA!! MARI SAYA TUNJUKKAN CARANYA..



~LP Lum~ said...

aiz : hehehe... thanx ya.. n amin atas doa awk... :)

Siti Zubaidah said...

Caiyok caiyok Linda!Semoga cepat dapat bf baru...

~LP Lum~ said...

zue : hehehe... thanx... tapi xde minat nak dpt bf baru skang nie.. pikir psl keje dulu... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)