Friday, June 25, 2010

Layak Kah Kita Di Kenali Sebagai Sahabat??


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang arie nie?? Sihat?? :)
aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang menyihatkan dan mengembirakan serta membahagiakan di samping mereka2 yang tersayang.. ^.^
Jumaat datang kembali, penghulu segala hari menjelma semula seperti biasa.. tanpa merasa penat menjelma saban minggu.. begitu tertib dan sabar menanti akan gilirannya tuk bertemu kembali..

ok.. bukan ingin berceritera mengenai jumaat mahupun bertazkirah mengenai nikmat atau kebaikan jumaat sebagai penghulu segala hari.. tapi aku ingin menceritakan mengenai SAHABAT.. :)
mungkin ini bukan ceritera aku sendiri, tapi aku rasa terpanggil tuk berkongsi dengan semua mengenai erti persahabatan daripada pandangan sudut aku sendiri.. :)

bagi aku, seorang sahabat yang baik, akan sentiasa membantu sahabatnya di dalam kesusahan.. tanpa mengira waktu, wang ringgit mahupun kerahan tenaga.. tanpa mengira penat lelah mahupun tanpa bersunggut..

seorang sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah serta rahsia sahabatnya..
seorang sahabat yang baik sentiasa mengigatkan sahabatnya akan kebaikan dan sedaya upaya melarang sahabatnya melakukan kesalahan atau kemungkaran..
seorang sahabat yang baik, sentiasa menasihatkan temannya tanpa perlu di minta apabila temannya terpesong..

seorang sahabat yang baik, bukan mempergunakan sahabatnya tika susah dan meninggalkan sahabatnya tika senang..
seorang sahabat yang baik, bukan hanya mengaku sahabat tika dia memerlukan pertolongan dan meninggalkan sahabatnya tanpa berita tika dia senang bersenang..
seorang sahabat yang baik, bukan hanya tahu memperkatan SAHABAT tanpa melakukan tugasnya sebagai seorang sahabat tika perlu..

entah ar, mungkin nasib aku begitu baik kerana di pertemukan dengan seorang sahabat yang baik.. seorang sahabat yang benar2 mengajarkan aku erti persahabatan tika aku sukar mahupun tika aku senang..

seorang sahabat yang memahami aku.. seorang sahabat yang lebih mengenali serta lebih mengetahui akan siapa diri aku ini berbanding teman2 aku yang lain..  :)
sahabat yang sentiasa menyatakan nasihatnya tika aku benar2 memerlukannya...

dan kepada SAHABAT aku itu iaitu My Best Buddy Mr Dude.. Thanx ya atas sokongan ko dan atas kesudian ko menjadi sahabat aku selama kita mengenali antara satu dengan lain.. hampir 8 tahun aku mengenali kau dan selama itu jua ar kau tak pernah memberikan sebarang masalah pada aku walaupun aku tau, kau busy dengan xtvt harian kau, tapi kau masih lagi betah melayan setiap kerenah aku... :)

aku akan sentiasa doakan kebahagian kau dude.. kebahagian kau di samping family, teman2 serta buah atie kau.. :)
semoga persahabatan yang kita bina ini akan sentiasa kekal hingga ke nafas yang terakhir dude.. :)

- Friend 4eVeR  2 My Best Buddy Mr. Harfizi B. Abu Hassan -

ps : Ingin Membawa En.Cinta Ketemu Dengan My Best Buddy Dan Dengan Kamu... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

7 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

pakcik tak layak lagi jadi sahabat kepada sesiapa... huhuuhuh jadi boipren kamu boleh la..huhuhuh

Unknown said...

pokcik : hehehe.. boleh aje... nak ke?? blh di antar borang... :p

~ mizzAmy ~ said...

bestnya awak ada bestfren laki. my bestfren semuanya perempuan.

Unknown said...

amy : sy xboleh nak join geng pompuan.. serious wak.. memang xboleh.. kalo takat nak borak2 mcm tu ok ar... :)

m4rilyn said...

LP,

sahabat saya smua yang leh kongsi perit duka hidup..pompuan tp spses bukan ayu2 punya

kawan/teman/kenalan tu berlambak..petik jari je ader...

bukan mudah saya berkawan sbb saya nie spesis tgk gelas separuh penuh. mudah rapat ngan pompuan berjiwa lelaki :)

FaTiN said...

saya faham dan mengerti sekali maksud kak linda. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar sekali.

Unknown said...

marilyn : hehehe... btl2.. teman,kawan kenalan tu mudah aje dpt.. tapi sahabat sukar bonar nak dpt... :)
tapi sy hnya boleh ngam ngan lelaki aje.. :)

fatin : btl3... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)