Wednesday, March 3, 2010

Beauty Vs Beast..... :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? hari yang ke-3 dalam bulan 3 untuk tahun 2010... :)
aku macam biasa, keje..keje..keje.. dan terus dengan keje aku.. keje yang dulu aku rasakan amat ar xsesuai langsung dengan diri aku.. tapi sekarang, aku rasakan keje ini telah ngam ngan aku.. mana taknya, 5 taun aku bergelumang dengan keje aku sekarang ini.. daripada aku xtahu pasal fesyen, aku boleh tahu sedikit pasalnya.. dari aku xtahu mengenai jenis2 kain, akusekarang agak mahir dengannya.. jadi, apa lagi yang xngam ngan aku?? :p
1 aje.. aku kurang cuti.... :p

ok lah... aku bukan nak membebel pasal aku kekurangan cuti.. bukan jugak pasal gambar yang aku tepek kat atas tu.. aku tahu, gambar tu pun cantik... :)
aku hanya nak citer pasal perbincangan aku dengan Mr J.. pasal Beauty VS Beast... :)

kata Mr J, orang2 perempuan nie hanya gemarkan orang2 lelaki yang berbadan kotak2.. maksud dia adalah yang badan tegap2, ensem2 serta macho2 g2..
bag aku pulak, aku rasakan yang badan kotak2 nie macam GAY.. aku ulang eik M.A.C.A.M bukan aku kata korang nie gay.. aku hanya cakap macam..

sebabnya aku xgemar orang2 lelaki yang badan macam yang di sebutkan oleh Mr J.. aku suka yang biasa2 aje.. yang penting dia baik, ikhlas terima siapa aku serta beriman yang boleh bawa aku ke jalan yang benar... :)

andai semua gurls kat dunia nie hanya memilih lelaki2 yang macam Mr J katakan tadi, bagaimna pula dengan lelaki2 yang xde badan berkotak2?? apa akan jadi pada lelaki2 yang boroi2?? yang gemuk2 (tapi comey)?? yang kurus2?? adakah dorang akan jadi bujang trang tang tang hingga ke tua?? kasihan pada mereka2 ini..

sama juga lelaki2 yang ada di dunia ini, semua nak couple awek2 yang "hot chick", badan solid molid, rupa ala2 model ataupun artis.. so apa akan jadi pada awek2 yang size XL?? atau XXL?? apa akan jadi pada awek2 yang terlalu kurus?? awek2 yang bukan ala-ala model?? awek2 yang bukan macam artis?? kasihan mereka...

sebab itu lah aku tengok sekarang nie berbagai ubat2 kurus kan badan berlambak kat pasaran.. macam2 jenama.. macam2 perisa.. macam2 yang dorang promosikan.. letak lah model2 yang badan memnag tak ingat dunia dia punya solid-nya.. sape yang tak terpengaruh??

bila yang dah terpengaruh nie men-try produk nie, kesan sampingan mula berdampingan dengan mereka.. ada lak yang kena sakit buah pinggang, ada yang attack kat paru2, limpa, hati, jantung dan sebagainya.. siapa yang susah?? orang yang buat produk tu ke yang susah?? atau orang yang menjual itu ke yang susah?? kamu jugak yang susah.. hanya di sebabkan ubat yang kurang dari RM 100, aku terpaksa menanggung derita seumur hidup.. itu ke nilai bagi wang korang yang korang laburkan untuk menjadi seperti model2 itu??

aku pun wanita yang bersize XL.. tapi aku xpernah menjamah sebarang ubatan untuk kuruskan badan.. aku takut menjadi seperti jiran aku di kedai ini.. sebelum dia memakan produk ini, berat dia hanya sekitar 65 kg.. dia di ejek kerana dia gemuk.. dia nekad mengambil ubatan ini.. selama 1 tahun dia mengamalkannya, beratnya menjadi 1/2 daripada berat asal.. tapi, dia xmampu untuk meneruskannya kerana masalah kewangan.. dia stop dari mengambil ubatan itu.. dari semasa ke semasa, beratnya bertambah dan hingga hari terakhir dia di dunia ini beratnya mencecah hingga 100++ kg...

aku tahu, memang sejak azali manusia akan meng-arah-kan pandangan mereka pada kecantikan.. itu lumrah.. aku pun suka akan kecantikan kerana kecantikan itu memberikan perasaan girang.. tapi, aku xpernah memperkecilkan orang2 yang xcantik.. bagi aku, semua orang di dunia ini cantik2 dan ensem2.. siapa lak aku tuk menghukum kejadian Allah??
tapi, segelintir manusia masih lagi memandang rendah kami yang xcantik pada pandangan mereka...

apa perasaan korang bila korang yang menghina kami, berada di tempat kami?? di hina hanya kerana kami xsecantik korang yang perasan sangat cantik.. dah ar rupa xcantik, kelakuan lagi ar parah.. so, di mana letaknya "kecantikan" yang korang bangga2 kan??
biarlah kami yang xcantik ini, tetapi kami tak pernah menghina sesama manusia.. jadi di situlah "kecantikan" kami... :)

hormatilah diri sendiri andai korang ingin orang lain menghormati diri korang... :)

ok lah mau sambung buat keje.. next time sambung semula.. petang sikit, aku ziarah rumah2 korang ok.. :)

ps : Kenapa perlu menghina sekiranya diri sendri sama perti yang di hina?? bukan ke itu satu penghinaan buat diri sendri?? :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

7 comments:

larasephia said...

ehhhh, kak, lara x suke la llaki bdan kotak2. rase cm geli jek nk pegang. hehe.. nk yg tggi jek.:P

btul tu kak, kalau body solid molid, muka tiptop tp prangai cm setan xgune gak. lara penah gak telan teh herba,urus kurus sume..tp it got worse. siap dpt migrain n gastric lagi. insaf dh le pastu. igt saiz xxl nie xde market ke?! (dgn nada suara marah) hehe

lara penah experienced byk mnde related ngan isu nie. nnti la lara nk wt entry psal nie. now sis, go listen to MIKA-BIG GIRLS! senang je ati dgr lagu tu.huhuuuu!

sI tEDI said...

lelaki kotak.
macam spongebob ek?

~LP Lum~ said...

Lara : hehehe... tau xpe...ngalahkan ngan muka tiptop perangai pun tiptop gak... :p
ok.. akak akn dgr... :)

tedi : hehehe.. kalo spongebob.. aku suka ar.. nie yg mcm ngalahkan bdn2 hero2 remaja 2... :))

dotblogspotdotkom said...

huhuhu.... kata orng kehidupan ini adalah cermin... apa yg org buat... adacermin pada diri kita.... kalu kita x suka apa yg orang buat... kita jangan buat.... kalu kita x suka dihina.. jangan menghina orang lain....

adios fren...

p/s :- kg tu kat ne?... huhuuh cari kat google earth...

~LP Lum~ said...

pokcik dot : ye btl.. tapi skang nie, kalo "dia" wat org len blh tapi bila "dia" lak yg kna cepat sngt melenting... :)

ps : akan ku cari kat kembar pokcil 2 eik... :)

Siti Zubaidah said...

Setiap makhluk Allah SWT memang cantik&unik.Tak perlulah kita meghina orang lain kerana kekurangannya kerana kita sendiri tidak sempurna okay!I x suka juga laki kotak macam nampak...huhuhuhuhu

~LP Lum~ said...

zue : btl 2.. ngape perlu menghina ciptaan Allah sedangkan setiap apa yg di cipta-Nya adalah secantik2 ciptaan?? :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)