Monday, March 8, 2010

Kalau Sudah Rezeki... :)

salam n eelloopp semua... 
apa khabar korang semua?? msuk sudah minggu ke 2 dalam bulan Mac 2010... :)apa yang dah korang lakukan sepanjang weekend?? aku?? macam biasa.. keje, keje.. keje n terus ngan keje aku... :)
(nmpak macam xde rehat aje kan?? aku tak kisah, sebabnya aku suka akan keje aku n aku suka akan macam nie..) ;p
xde penat2 nak pikir, tuk set date ngan buah hati tiap kali aku off..
xde penat2 nak pikir, tuk g mana tiap kali nak kuar date...
xde penat nak pikirkan, nak pakai baju apa kali nie bila nak kuar date.. :)


mungkin, aku seperti seorang yang "pelik" ataupun seperti seorang yang telah hancur luluh hatinya.. :)
apa pun pandangan korang pada aku, aku memang begini.. aku suka akan cara hidup aku sekarang ini..
xde penant atau letih nak pikirkan bf merajuk.. xde nak pikirkan nak jaga atie bf kalo aku kuar ngan member2 lelaki aku yang lain.. aku boleh lakukan apa sahaja tanpa perlu nak pikir dia suka atau pun tak.. (tapi masih dalam penjagaan maruah kuarga serta maruah sendiri) :)


ok lah.. xmo membebel pepanjang.. mood arie isnin selalunya down.. :p
walaupun semalam aku epy sgt2... :p
adakah aku....................................................??? jeng jeng jeng... nanti aje ar eik... :)
aku tnggalkan korang dengan email tazkirah kat bawah nie.. thanks 2 Mr Alim atas kiriman email 2... :)
bye2...  


ps : perasan tak entry aku kali nie xde pic?? ;p


Kalau bukan rezeki …
Lauk ayam panggang madu yang sudah hampir masuk ke mulut pun terjatuh ke atas lantai.
Kalau bukan rezeki …
Pasangan suami isteri yang sah berkahwin pun sampai ke akhirnya tidak ada zuriat.
Kalau bukan rezeki …
Bila baju siap dijahit sahaja tiba-tiba terkecil satu dua inci.
Kalau bukan rezeki …
Kontrak sudah ditandatangani dan segala prosedur dah diikuti pun boleh terlepas begitu sahaja. Habis semuanya.
Tapi, kalau dah rezeki …
Lapar ni. Tiba-tiba di pejabat ada majlis sambutan hari jadi kawan sepejabat.
Kalau dah nak jadi …
Berzina sekali pun dah berisi perutnya.
Kalau dah rezeki …
Baju yang kakak tak muat sebab terkecil satu dua inci tu dapat dekat kita.
Kalau dah rezeki …
Tak apply apa pun ada orang nak bagi kerja, projek.
Itulah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kalau dah bukan rezeki, jalan yang senang jadi payah. Tapi kalau memang sudah itu rezekinya, seolah-olah macam tak perlu buat apa-apa. Senang je nak dapat.
Nabi saw dah nak masuk Mekah dah. Kena tahan. Tunggu dulu. Kena buat perjanjian Hudaibiyyah. Rupanya pembukaan Kota Mekah sudah hampir.
Perkara sebegini adakalanya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab bila dah takde rezeki, segalanya nampak buruk belaka.
Terima sahajalah.
Kita merancang, Allah pun merancang.
Ujian untuk manusia itu datang apabila perancangan kita itu ditolak oleh Allah swt dan diganti dengan perancanganNya. Kena terima sahaja dengan hati yang redha.
Saya baru nak kenal dunia sekolah, bapak sudah dipanggil pergi. Saya baru nak kenal dunia perkahwinan, emak pula dipanggil pergi.
Susah itu memang susah, saya pun tidak tahu bagaimana al mar humah emak saya menghadapinya dan dapat membesarkan 6 anaknya, tapi disebalik itu, untuk saya rezeki lain yang datang. Cikgu usahakan dapat bantuan buku teks, dapat masuk sekolah asrama penuh, ustazah pula usahakan dapat biasiswa dan segalanya dipermudahkan sampailah menjejakkan ke univer siti . Semua tu itu saya tak pernah mintak, cikgu dan ustaz yang suruh isi borang.
Kakak saya kata, bila kedua orang tua dah tiada, maka anak-anak sebenarnya kehilangan mulut2 dan tangan2 yang masin mulutnya yang sentiasa mendoakan untuk kita.
Mungkin.
“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

9 comments:

FaTiN said...

jangan down down :D

~LP Lum~ said...

fatin : now akak up up dah... ;p

Moon BlooDy Spell said...

bagus!!!!!!!!!!1
suka tengok akak +ve!!
love u kak

~LP Lum~ said...

moon : thanx moon... :)
love u 2 sis....

dotblogspotdotkom said...

dugaan tu mmbuatkan kita lebih dewasa dan juga lebih berhati2 di hari akan datang... dan boleh mmbuat keputusan dengan matang....

kalu ta kde dugaan... kita akan leka... dan akan menjadi manusia yang mudah kecewa .....

orait.. thinQ +ve.... huhuhu

~LP Lum~ said...

pokcik dot : btl gak ckp pokcik.. kalo xde dugaan brmakna kita akn trus melekakan diri sendri... ;)

larasephia said...

tp kadang2 saya letih la nak pujuk hati dan otak saya pk positif. saya percaya dgn kes rezeki nie. tp ntah la. lemah kot saya nie, kak.. ssah btul nk BERTAHAN!

~LP Lum~ said...

lara : ye lara... memang PENAT sgt2.. tapi kalo asyik -ve aje, laie penat... :)
now kalo akak down atau akak start -ve thinking, akak akan dgr lagu yg lara suh moon dgr arie 2.. :)

Siti Zubaidah said...

"Ujian Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"

(Riwayat Al-Bukhari)
Caiyok caiyok Linda!

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)