Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat??
aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang sihat2 aje.. :)
ceria2 aje.. tak mo ar sedey2.. tak mo ar ada rasa yang tak best dalam diri korang semua... :)
ok... tak mahu membebel pepanjang arie nie.. just aku nak share ngan korang mengenai lagu yang adik aku bagi kat aku.. 6ixsense _-_ Aku Tak Bisa Memilihmu~
hohoho... tajuk lagu amat mendalam.. amat jiwang seh... lirik pun ok gak.. :p
memula dengar lagu nie macam tak best sungguh.. pas beberapa kali aku dengar, aisehman... aku terjatuh cinta lak ngan lagu nie.. walaupun sore vokalis dorang tak bunyi macho tapi sebab lirik dan melodinya bagus, so aku boleh tima ar akan ke-best-an lagu nie... :)
(makin lama words yang aku gunakan makin canggih.. tak lama lagi aku takut akan di saman dek DBP aje sebab mewujudkan words yang canggih manggih macam nie) :p
korang penah tak berada didalam situasi macam hero dalam lirik lagu nie?? tak kira ar lelaki ataupun pompuan.. kita sama aje bila berada di alam percintaan... :p
(poyonya)
menurut seorang teman aku, dia pernah mengalaminya... :)
dia sendiri yang mengkhianati kesetiaan tunangnya.. pity her fiance..
dia memulakan ceriteranya...
"aku jumpa ngan tunang aku nie masa aku keje kat tempat A.. tunang aku adalah teman sepejabat aku.. dia baru masuk keje.. aku suka akan tunang aku nie sebab dia baik sangat.. dia nampak amat ayu dengan baju kurung dia.. dia tak pernah pakai baju selain baju kurung sewaktu keje.. kalo kat luar dia pakai at t-shirt ngan jeans.. tapi masih lagi nampak keayuannya.. semua mamat2 kat opis nie mula ar usha dia.. kami siap wat pertaruhan tuk tengok siapa yang dapat tunang aku nie.. tapi dalam aku tak sedar yang aku memang dah jatuh cinta ar ngan dia.. aku terus ar suarakan isi hati aku nak kawan ngan dia dengan lebih dekat lagi.. kami berkawan hampir setahun.. then genap setahun kami berkawan aku lamar dia jadi awek aku lak.. genap 2 tahun kami bersama, aku ajak dia bertunang.. aku tak sangka yang dia akan setuju.. kami bertunang.. tapi tak ada siapa yang tahu akan halnya.. kami kat pejabat pun macam orang tak kenal aje lagaknya... hanya sms aje yang menjadi perhubungan kami..
dan tiba ar satu hari, aku di pindahkan ke negeri lain di atas sebab syarikat aku keje nie, bukak cawangan baru.. aku sedey sangat nak tinggalkan tunang aku nie.. aku cakap kat dia supaya sabar aje.. kalo dah settle, aku akan kembali tuk meminang dia.. dia senyum aje tapi aku tau yang atie dia sedey sangat2 masa tu.. aku pun sedey gak.. dan, bila aku pindah ke sana, aku di tempatkan dengan seorang teman sepejabat yang hot.. memula aku tahan gak godaan minah hot nie, tapi kalo dah selalu jumpa, makan sama, buat keje sama akhirnya aku tewas gak.. aku akhirnya mengkianati kesetiaan tunang aku di sana..
hingga ar pada suatu hari, aku mendapat berita yang tunang aku di masukkan ke wad kerana demam.. aku ingatkan demam biasa aje.. aku hanya antar sms tuk sedapkan atie dia.. masa tu aku memang buta sebab minah hot nie.. aku makin lupakan tunang aku.. bila family aku tanya, aku cakap macam2 alasan.. tapi aku pelik kenapa tunang aku tak pernah tanya pasal janji2 aku tuk ambik dia jadi isteri aku.. dia macam berikan aku kepercayaan 100% kat aku.. dia tak pernah menyunggut bila aku tak ada langsung hantar khabar berita kat dia.. aku lihat perubahan sikap dia.. dia makin suka menyepikan diri dia.. makin lama aku rasakan makin jauh dia daripada aku tapi aku makin rapat ngan minah hot nie..
aku tanya tunang aku kenapa dia jadi macam tu, tapi dia hanya kata dia penat.. dia percayakan aku dan dia sayangkan aku.. masa tu aku rasakan seperti biasa..
dan kemuncaknya apabila satu hari aku dapat khabar berita yang minah hot adalah isteri orang.. kami bergaduh besar dan kami berpisah.. malam aku dan minah hot berpisah, aku mendapat perkhabaran bahawasanya tunang yang aku abaikan telah kembali menghadap Ilahi.. aku rasakan amat terperanjat.. aku terus balik malam tu gak.. tapi aku hanya sempat sampai esoknya..
aku tak sempat menatap wajah tunang aku yang terakhir.. tapi aku mendapat sekotak barangan yang pernah aku berikan pada dia serta sebuah diari.. dan hingga kini diari itu menjadi teman aku kala aku rindukan dia.. aku tahu dia seorang yang baik tapi aku tak tahu yang sebenarnya dia salah seorang penghidap barah darah..
aku amat menyesal.. tapi, penyesalan aku dah tak ada guna lagi.. dan bila aku membaca semula diari arwah, aku amat2 kesal kerana mengabaikan dia selama nie.. patut lah masa tu dia tak pernah menyatakan apa2 kerana dia tahu yang dia akan pergi.."
owh~ hanya itu yang aku mampu katakan selepas aku mendengar kisah teman aku tu.. aku menjadi amat emo sewaktu aku mendengarkannya.. aku cuba bayangkan aku di tempat mereka berdua.. di tempat arwah tunang teman aku yang tanggung derita secara sendirian hanya kerana tahu yang dia akan pergi meninggalkan tunang tersayang.. bertapa hancurnya hatinya apabila Sang Tunang tak mengambil peduli akan dia.. tapi aku tabik kat arwah kerana berjaya mengharungginya hingga dia sendiri yang mengaku kalah dengan takdirnya..
dan apabila aku berdiri di tempat teman aku, aku tahu betapa dia benar2 menyesal akan perbuatannya pada arwah.. aku tahu dia benar2 menyatakan yang dia ikhlas menyintai akan arwah.. tapi kerana nafsu, dia berubah.. dan aku jua mengerti penderitaan dia kerana penyesalan itu.. dan hingga kini temanku itu tidak berminat tuk bercinta.. hidup nya skang adalah keje dan dunia dia sendiri..
ps : Hargailah Apa Yang Sedang Kamu Miliki Kerna Jika Ianya Pergi Meninggalkan Kamu, Kamu Akan Menyesal Sepertimana Teman Aku Itu..
7 comments:
T________________T
al fatihah tok arwah
mesti kawan awk tue ta leh lupa seumur hidup kt arwah
al-fatihah..
semoga arwah aman di sana..
syahira dan akmal : thanx ya~
Salam... adat kehidupan... bila dah tiada baru nampak segala-galanya...
umi : btl3... bila ada dpan mata selalunya xdi hargai... sy pun mcm tu gak, cuma seb baik insan itu masih bernyawa lagi dan saya masih mampu nak memohon maaf pada dia...
Begin today to appreciate more of your life the big things, the small things, and the things in-between. Be thankful for what those things have done for you, for the person you are now, and for the person you know you will become.Al Fatihah!
zue : yup.. setuju sgt3.. bersyukurlah ngan apa yg kita ada sebelum kita kehilangannya...
Post a Comment