Monday, March 22, 2010

Siapa Yang Patut Mulakan Langkah, Lelaki Ataupun Wanita?? :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sihat ataupun tak sihat?? :)
al-maklum ar skang nie cuaca berubah2.. kejap panas kang kejap ujan.. so jaga ar diri masing2.. jaga kesihatan.. :)

cantik tak gambar yang aku tepek kan kat atas tu?? cantikkan?? hehehe.. aku suka akan snow atau dalam bahasa melayunya salji.. :)
aku suka tempat2 yang sejuk2... :p
sok, aku nak g honeymoon kek tompek yang sejuk2 aje.. tompek panas2 den tak mau... :p
(perasan nak g honeymoon) :)

ok2 tak mau citer pasal honeymoon.. aku just nak tanya pendapat korang pasal situasi ini.. :)
Relevan Ke Seorang Wanita Mengajak Seorang Lelaki Kuar Dating..?? Walaupun Lelaki Tersebut Bukan Kekasihnya..

hehehe... ngape tetiba lak aku cakap macam tu?? sebabnya, ada seorang teman aku ini membuka topik mengenai siapa yang perlu memulakan langkah tuk kuar dating, lelaki ataupun wanita.. (terasa macam perbahasan lak) ;p

kalo bagi pendapat aku ar, aku rasa zaman sekarang nie, tak dek salahnya andai wanita yang memulakan langkah tuk mengajak lelaki kuar dating.. zaman dedulu ia ar, nanti akan di katakan perigi mencari timba.. zaman skang nie masih boleh pakai ke perumpamaan macam tu lagi eik?? :)

misalnya macam nie, andai seorang wanita tersebut berminat atau ter-admire pada seorang lelaki, kalo dia tak mulakan langkahnya dulu, adakah lelaki yang di minatinya itu akan memahaminya?? mereka kata beri "hint", ok ar beri lelaki tersebut "hint".. kalo lelaki tersebut memang jenis blur memanjang.. jenis yang tak reti nak jalan kias kias, kan ke parah?? sampai bebila pun lelaki tadi tak faham akan "hint" wanita tersebut.. betul tak?? :)
kalo dapat lelaki yang memang superb power pick-up nya ok ar.. senang keje dan senang nak jalankan tugas seterusnya... :)

hehehe.. dulu aku pun pernah berbincang dengan Mama D Gojes, dia pun mencadangkan aku tuk memulakan langkah yang pertama andai aku meminati seseorang.. :)
adakah aku telah melakukan seperti yang beliau cadangkan?? hehehe... belum laie terbuka nak mulakan.. kalo dulu ngan My Sp, aku selamba aje ajak dia kuar kalo aku terasa nak kuar dating ngan dia... :p
(still missing him)

now, aku single mingle dan aku perlu flirt ngan sum1 else.. tapi aku tak ada atie nak flirt laie wat masa skang.. bukan sebab kecewa tapi sebabnya aku sendiri pun tak tahu mengapa serta kenapa... :D

Mr Pinki (sory tersebut lak nama manja kat sini.. mampos aku kalo dia terbaca) ;p
dia baik, lawak.. but sumtimes blur gak... :))
dia mengajar aku betapa peritnya rindu pada sesorang yang tak tahu akan kewujudan kita di sisinya... 

Mr E.., pun baik, lawak and dia mengajar aku betapa sukarnya nak meraih perhatian serta betapa sukarnya nak meraih cinta sesorang yang bukan hal milik kita...

My Sp.., dia mengajar aku erti cinta.. erti sebuah perhubungan yang perlu pengorbanan yang besar.. baik dari segi masa, perasaan dan sebagainya.. mengajar aku erti kesetiaan yang tak pernah berbelah bagi.. hingga sekarang dalam atie aku dia masih lagi tersemat kemas walaupun kami dah tiada apa2 laie... :)

antara mereka, aku tersepit di antara Mr Pinki dan Mr E.. ngan My Sp, aku pasti yang kami tak mampu tuk bersama lagi.. aku perlu terima ketentuan yang hatinya bukan laie milik aku.. :)

tapi, aku bukan mudah tuk menyerah cinta ku sekali laie pada sesiapa.. aku perlukan masa tuk aku mentafsir akan perasaan aku pada mereka berdua ataupun pada sesapa yang akan aku ketemu kelak.. lagipun, mereka berdua tak pernah pun beri "hint" yang boleh aku pikirkan2... :p
(suka aje perah-santan sendri aku nie) :))

so, berbalik pada tajuk kat atas, pada pandangan korang ar, patut ke aku sebagai wanita memulakan langkah yang pertama dengan mengajak lelaki kuar dating?? atau aku harus tunggu hingga dorang lak yang bagi "hint" kat aku baru aku mulakan langkah seterusnya? :)

ps : Alangkah Indahnya Jika Mimpi Aku Menjadi Kenyataan Di Alam Realiti Ini?? ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

11 comments:

umi_e said...

Salam... sapa-sapa pun boleh memulakannya... jangan saling tunggu-menuggu... dikhuatiri nanti masing2 akan 'terlepas' ;)

Unknown said...

umi : hehehe... tau xpe... :)
kang menyesal sndri gak rugi... :p

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

jawapannye ialah...

yang mana kamu sangugp hadapi?... malu sekejap kerana memulakan langkah dahulu @ merana menaggung penyesalan kerana tidak memulakan langkah terlebih dahulu?..

jika kamu kata sanggup malu sekejap.. maka dahulukan lah langkah mu...

jika kamu sanggup memendam perasaan maka tunggu je le....

p/s :- mimpi pakcik sebenarnye ialah kenyataan tapi pakcik tak tau itu lah kenyataan mimpi... alahaiii

Unknown said...

pokcik : huhuhu... tapi malu tukan akan membawa pada keilangan org itu?? nak tnggu, rasa mcm dah xsnggup.. nak mulakan, termalu nanti..takut akan di jaja sekitar daerah akan kelancangan serta keberanian memulakan langkah... :)

FaTiN said...

kalau saya lah kan, saya ajak kuar tapi sebagai kawan. @ guna alasan, nak cari hadiah utk adik ke, mak ke. sambil menyelam minum air :D

intanurulfateha said...

.bole je kak pompuan ajak detink
.kite slalu je ajak hairi
.hakhak~

Unknown said...

fatin : ahaks~ pndai ar budak nie.. akak akan cuba idea fatin nanti... :)

intan : hehehe... dlu boleh cin intan.. skang nie blm ada apa2 xkan nak ajak kot?? malu dei... :))

myQza said...

x de masalah lah. zaman sekarang ni okey jek..

Unknown said...

tedi : hehehe... tak ke akn di labelkan sebagai perigi cari timba ted?? :)

eryramlee said...

haha..
ape lah..
rileks jek..
laki tak kesah sebenarnye..
lagi2 yang sporting..
lau yang da ade gf tu....
paham2 la ye..
hehe..
tapi yang penting, mende ni slalu laki yang dok ajak, tp pompuan jarang plak Badak dengar

Unknown said...

badak : ahaks~ tau xpe... so mcm mna 2?? :)
jarangkan kita dengar org pompuan ajak org lelaki dating kecuali ar dorg mmg dah declare... :p

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)