Tuesday, April 6, 2010

Memuja Mu~

Kredit Gambar Kat Diri Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sihat ke?? hehehe... arie nie 6hb April 2010.. bermakna telah 6 arie kita semua bersama2 memasuki bulan yang ke-4 dalam tahun ini.. :)
bukan nak citer pasal bulan atau pasal apa.. hanya nak citer pasal lagu yang aku jumpa sewaktu aku mencari lagu yang lain.. 

lagu nie nyayian ST12.. kumpulan dari Indonesia.. lagu nie bukan ar lagu cintan cintun macam yang aku harapkan sewaktu mendengarkannya.. aku terkesima apabila mendengarkan bahagian korus lagu nie.. teramat mendalam aku rasakan maknanya...

terlalu mendayu bait2nya.. puitis hingga memberikan kesan di dalam diri aku.. terasa betapa aku terlalu "jauh" daripada Penciptaku.. betapa aku langsung "tak bersyukur" akan kenikmatan yang telah di berikan-Nya.. aku terlalu alpa dengan duniawi.. terlalu menyibukkan diri hinggakan aku lupa untuk mensyukuri nikmat yang di berikan...

apa jenis umat aku ini?? apa jenis hamba aku ini??
aku sering bertanya.. 
aku selalu muhasabah akan diri aku..
mengapa aku di landa dugaan sebegini??
mengapa aku di landa bencana sedemikian??
tapi aku sendiri yang SILAP
mengapa aku tidak bertanya
mengapa engkau tak pernah bersyukur atas nikmat yang di berikan-Nya??
mengapa engkau lupakan Pencipta kau sewaktu kau sedang di atas kegembiraan??
mengapa engkau mencari Pencipta kau sewaktu kau sedang berada dalam kesusahan??
mengapa sekarang baru kau itu, kau ini, kau demikian dan bla bla bla??
mengapa tidak dari dulu kau menyedari akannya??

terlalu banyak persoalan yang aku tanyakan..
terlalu sedikit jawapan yang ku terima..
sebenarnya hampir tiada langsung jawapan yang aku terima atas soalan2 ku tadi...

dan... semalam, ya semalam...
aku teringatkan peristiwa yang pernah aku hadapi 2 tahun yang lepas..
peristiwa yang membawa aku ke alam kesedaran yang teramat sangat...
apabila melihatkan diri sendiri terkujur kaku di pembaringan.. 
melihat bagaimana ibu dan bap serta adikku meratapi akan pemergianku..
melihat bagaimana teman2 ku menziarahi jasadku tuk kali yang terakhir..
melihat bagaimana My Sp mengucup dahiku sambil menyatakan
"Sayang, Abang maafkan segala kesalahan awak..sejak kita bertemu, berpisah dan hingga awak kembali kepada-Nya.. abang sayangkan awak  dan abang akan rindukan awak"
aku jua melihat My Best Buddy Mr Dude berkata pada jasadku
"Sis, Kau adalah kawan aku dunia dan akhirat.. aku doakan moga kau akan tenang di sana sis" dan sewatu itu, aku ingin lafazkan yang aku belum mahu pergi menemui Penciptaku.. terlalu banyak dosa2 aku pada-Nya yang aku sendiri tak mampu tuk menebuskannya...

aku cuba untuk menjerit, mengeluarkan suara aku.. tapi ianya bagaikan tersekat di kerongkongku.. dadaku sebak.. aku menagis tapi tiada air mata yang mengalir.. aku menyentuh ibuku tapi aku rasakan hanya angin lalu.. aku memandang My Sp tuk meminta penjelasan, dia memandang aku tapi cuma pandangan kosong tanpa pengertian..

aku melihat sendiri diriku dimandikan, di kafankan serta di sembahyangkan..
dan aku melihat sendiri bagaimana aku di usung ke tanah perkuburan..
aku melihat sendiri bagaimana aku di turunkan ke liang lahat..
dan...
aku tak sempat melihat bagaimana aku di kambus..
kerana tanpa aku sedar aku telah terjaga daripada tido ku dan sewaktu itu aku dengar akan sayup2 suara azan subuh...

aku terus mengambil wuduk dan terus menyerahkan diri aku pada Penciptaku.. memohon seribu keampunan..melafazkan seribu kesyukuran kerana aku masih lagi di berikan peluang tuk aku meneruskan kehidupan aku di muka bumi ini..
memberikan aku peluang tuk aku lebih mensyukuri akan kenikmatan yang telah di kurniakan oleh-Nya..

dan kini aku alpa kembali.. kembali melupakan akan kenikmatan yang aku dapat selepas aku di uji dengan hanya sedikit dugaan dalam hidup aku.. betapa aku amat hina sekali kerana tak mensyukuri apa yang telah aku dapat sebelum dugaan ini melanda..
betapa aku lupa akan segalanya..

dan...
kini, aku kembali padamu Ya Allah, tuk ku serahkan semula jiwa dan ragaku..
aku kembali menyukuri akan nikmat2 mu walaupun ianya hanya sebuah dugaan cuma..
aku kembali meredhakan diriku di atas segalanya..

bukankanlah pintu hatiku semoga aku sentiasa mengingati akan Mu..
tenangkanlah jiwaku semoga aku mampu melepasi akan keperitan dugaan Mu..
tabahkanlah imanku, semoga aku tegap dalam mencari keredhaan Mu..
terangkanlah suluh hidupku tuk terus mencari diriku dan lebih mengenali akan diri Mu...

aku pasrah atas segalanya~
aku redha akan ketentuannya~

ps : klik sini untuk menonton MV Memujamu by ST12
dan klik sini untuk muat turun mp3 lagu Memujamu by ST12
dan ceritera ini tak pernah aku kongsikan dengan sesiapa pun.. tapi atieku tergerak tuk berkongsi dengan kalian akan ceritera aku ini...
dan ceritera ini adalah 2 tahun yang lepas... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

8 comments:

AREku said...

insaf2
nice post!
;)

Unknown said...

areku : thanx~

myQza said...

MasyaAllah. aku tak dapat nak bayangkan apa yg kamu bygkan..

kdg2 bila sesuatu dugaan dalam hidup berlaku, baru kita sedar. Itulah hikmahnya ALlah turunkan beebrapa ujian bagi menyedarkan kita dr kealpaan :)

nice entry!

Unknown said...

tedi : yup.. aku pun xmampu nak byankan sebenarnya.. tp itu ar hakikatnya...
thanx~ :)

Azuan said...

insaf baca entri tue..

award tue aku dah amik~~

Unknown said...

azuan : huhuu... aku pun xtau ngape blh dpt mmpi mcm tu.. mgkin aku terlalu alpa...

Lady ZubaidaH said...

JazaakAllaah khayr!Great post Linda!

Unknown said...

zue : thanx~

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)