Wednesday, March 31, 2010

I Want To Be A Project Alpha TV Star!


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? ada sihat?? harap2 ar korang semua dalam keadaan yang sihat2 aje... :)
kalo tak sihat cepat2 g jumpa doctor.. sebabnya kalo korang tak sihat macam mana korang nak jadi Superstar?? :p

hohoho... ngape tetiba lak aku bercakap pasal superstar?? bukan nya My LG Superstar buat audition kat sini.. nak cakap AF pun dah tau dah sape yang terpilih kan?? :p

ok ini bukannya audition nak jadi Raja Lawak mahupun audition nak jadi You Think You Can Dance?? ;)
bukan... ini adalah audition tuk jadi Superstar untuk Project Alpha Season 3 sebagai Guest Blogger.. :)

hehehe... sape2 yang berminat nak join, kat sini aku sertakan butir2 yang di kehendaki oleh pihak penganjur :

Langkah 1 : korang kena join ruumz atau login akaun korang

Langkah 2 : join lak Projek Alpha Group

Langkah 3 : muat naik (upload) video korang di bawah album "Audition" 
tapikan, video korang tu, jangan ar sampai tahap SS (syok sendiri) hingga 60 minit.. cukup ar paling 
panjang 1 minit (kang kalo cakap 60 saat nampak macam lama sangat lak..) :p

Langkah 4 : masukkan tajuk serta sedikit keterangan mengenai video korang
Tips : korang boleh tagged diri korang kat video tu nanti, so profile korang akan keluar kat video tu... :p

Langkah 5 : untuk menaikkan lagi korang punya peluang tuk jadi superstar, korang mintak ar member serta ahli keluarga korang "Like"  video korang tu...

syarat2 lain, korang boleh ar klik kat sini.. :)

ok.. dah tahu pasal syarat2 nak gak tau kan hadiah2 yang menanti korang kalo korang terpilih jadi Super Star nie kan?? baru ar ada semangat ke-Super Star-an... :p
(bahasa aku makin lama makin canggih) :))

hadiah2 yang korang boleh menangi ialah :
(tapi hanya untuk 3 pemenang utama sahaja)
selain daripada korang di jemput menjadi Guest Blogger dalam Project Alpha Season 3,
korang akan membawa pulang...

Tempat Pertama :
- penginapan 3 hari 2 malam di 360Kuching Hotel, Kuching.. Deluxe Room siap dengan sarapan pagi untuk 2 orang..
- hamper barangan Adidas Action 3 yang bernilai RM 100 serta sebiji bola mini South Africa 2010
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM 199

Tempat Ke-2 dan Ke-3 :
- hamper barangan Adidas Action 3 yang bernilai RM 100 serta sebiji bola mini South Africa 2010
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM 199

so.. apa tunggu lagi?? rebut ar peluang korang yang bercita2 nak jadi Super Star.. :)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, March 30, 2010

Apa Kes??


Salam n eelloopp semua~ 
apa khabar korang semua??
aku doakan moga korang sentiasa dalam keadaan yang sihat2 aje ok... :)

ok, sebelum aku nak membebel panjang2 bagai.. apa komen korang mengenai gambar yang aku tepek kat atas nun?? :)
aku jumpa pasal benda ini sewaktu aku berblogwalking kat Laman Web geng Blogger.. aku baru aje men-join-kan diri aku sebagai ahli geng nie, memula just usha aje sebab kebayakkan blog yg aku follow ahli website nie.. then tetabi tertarik lak atie nak join.. :p
dan aku tertarik pada blog ini yang di miliki oleh Miss Fiffy.. :)
dunia tengah hangat ber-facebook.. dan seperti yang kita tau facebook adalah kepunyaan orang luar.. skang Malaysia pun telah ada facebooknya sendiri iaitu MUKA BUKU!!

Welcome everybody...!! ooppss... maaf tersilap lak.. di sebabkan ianya buatan Malaysia, maka kena cakap SELAMAT DATANG SEMUA KE MUKA BUKU!!! W.T.H!!

bukan nak kondem Malaysia.. tapi kalo dah macam nie, apa ke halnya?? wat malu muka aje!! adush~ aku pun tak tau ar nak komen apa2 laie.. 

memalukan memang memalukan.. konon2nya nak jadi macam pencipta Facebook ar.. kalo nak wat pun laman sosial yang bertemakan ke-MALAYSIA-an, guna ar nama lain.. ini nampak sangat kering kontang idea.. nampak sangat niat tu nak meniru.. 

dulu aku ingatkan kita saja aje tukarkan FACEBOOK kepada MUKA BUKU.. rupa2nya memang wujud laman web nie.. tapi bukan dot com, ianya dot net.. korang kalo berminat boleh ar daftar diri kat situ.. aku ada try sebab katanya di situ :


dan aku pun try ar connect with real facebook.. korang akan masuk bahagian Home yang macam ini :

Halaman Home (patut tukar jadi Halaman Rumah)

dan sepatutnya orang yang reka cipta benda alah nie perlu ar alert kalo nak betul2 ciplak... :p
Sepatutnya guna ar perkataan seperti yang aku dah buat tu... ;p
baru ar nampak ke-Malaysia-annya... :)

apa pun kalo korang berminat nak join MUKA BUKU nie, korg g aje ar website dia www.mukabuku.net.. aku tak kuasa ar nak bebel pepanjang macam nie laie.. baik aku wat keje yang berfaedah sikit.. pada creator muka buku ini aku nak ucapkan TAHNIAH kerana ANDA TELAH BERJAYA MENJADI SEORANG PENCIPLAK YANG BERJAYA!! SYABAS!!

skang apa yang indonesia cakap pasal rakyat MALAYSIA adalah benar.. kita hanya tahu mencuri idea orang lain tanpa kita penat nak pikirkan identiti kita.. aku amat2 malu~ :(

ps : Kenapa Perlu Menciplak Idea Orang Lain Sedangkan Kita Mampu Untuk Menghasilkan Idea Kita Sendiri??





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, March 29, 2010

MEMOIRS Photography Exhibition - Aku Nak Turut Serta Gak... :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? arie nie arie Isnin minggu terakhir dalam bulan Mac.. :)
laie beberapa arie aje laie kita akan masuk bulan April.. :)
so apa xtvt weekend korang?? aku keje aje.. nak ke pesta buku pun xsempat sebab kena keje... cuti tak di luluskan oleh parents aku... :(

ok... aku rasa macam nak qada' cuti aje dalam minggu nie.. aku nak ke MEMOIRS PHOTOGRAPH EXHIBITION.... :)
skang aku ngah giler nak ber-photo lak.. tapi jangan salah sangka eik, bukan aku yang di ambil gambar.. tapi suka mengambil gambar... :)

tengah mengumpulkan dana tuk membeli camera idaman kalbu.. kalo dulu aku usha EOS tapi skang aku usha DSLR lak... :p
giler seh... ngalahkan gaji riban2 nak rembat DSLR.. dan aku meng-usha siri ini.. :)
(korang klik ar baru tau siri apa) :p

aku ada send pasal pameran nie kat member2 aku yang lain.. yang masing2 dah pro dalam bidang photo mem-photo nie... :)
aku?? aku masih amatur dan aku masih tak mempunyai camera DSLR macam mereka2 ini... :(
tapi aku akan dapatkan jugak... bila?? aku tak pasti.. target dalam taun nie gak nak rembat sebiji.... :p

ok ar.. malas nak merepek tak tentu pasal arie nie.. skang aku pulak yang dah terjangkit "monday blues".. so aku mau rest jap.. buat keje kejap laie.. :p

bye2... :)

lupa lak nak bagitau pasal exhibition nie... :p

tempat : Grand Hall Multimedia University, Cyberjaya

tarikh : 1hb - 3hb 2010

masa : 11 pg - 6 ptg

MASUK ADALAH PERCUMA!!!! :)

semua pun di jemput hadir... ^_<

maklumat lanjut sila layari : weshootstuff.com
untuk aturcara majlis sila layari : schedule... :)
thanks to my lil sis yang bagi information pasal nie.. ^_^

ps : Nak Ajak Sape Ke Exhibition Ini?? ^_<





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, March 28, 2010

Entry Khas : Kempen Kami Prihatin


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? aku doakan moga korang semua dalam sihat2 belaka.. :)
arie ahad dah menjelma.. bermakna minggu baru akan mencul... :)
apa yang telah korang buat sepanjang minggu ini?? :)

ok ar, sepanjang minggu lepas aku baca paper dan aku tertarik dengan Kempen daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dengan hasil usaha pihak UTUSAN MALAYSIA dengan kerjasama KARYAWAN MALAYSIA.. kempen mereka Kami Prihatin.. dan gambar kempen mereka seperti yang aku tepek kan kat atas nun.. dan kalo korang masih ingat aku pernah menulis entry mengenai gambar bayi yang menjadi "model" kempen tu.. (Klik Sini,)

dan sepanjang minggu lepas jugak, aku membaca paper mengenai pembuangan bayi yang aku rasa semakin hari semakin berleluasa.. nak salahkan siapa sebenarnya?? salahkan ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka berkeliaran tanpa pemerhatian?? atau nak salahkan anak2 remaja yang memang terlalu liar sekarang nie?? atau nak salahkan kerajaan??(kena mengena ke nak salahkan kerajaan??) ;p
atau nak salahkan bayi tersebut kerana kehadirannya di dunia ini tak di ingini oleh ibu bapa bayi ini??

sebenarnya, layakkah mereka2 yang membuang bayi ini di panggil IBU BAPA?? layakkah mereka ini di iktiraf sebagai IBU BAPA?? aku rasa mereka ini lebih teruk dari BINATANG!!
(maaf andai bahasa aku kali ini agak kasar)
harimau yang ganas2 macam tu pun, sayang akan anak2 dia.. nie kan pula MANUSIA yang di kurniakan AKAL dan FIKIRAN dalam membuat keputusan...

paling terbaru bayi yang di jumpai oleh seorang lelaki di tempat pembuangan sampah.. apa agaknya perasaan IBU BAPA bayi tersebut (konon2nya ibu bapa ar) membuang bayi yang kecil lagi comey itu di situ?? apa mereka tak ada perasaan ke apa?? atau perasaan itu dah mati lantas mereka sanggup membuang zuriat yang tak berdosa itu??

aku sedey sangat2 bila membaca akan kes2 macam nie.. terasa yang bertapa bertuahnya kita yang di lahirkan dalam institusi kekeluargaan yang SAH dan di besarkan dengan penuh kasih sayang.. 

entah lah.. aku terasa amat2 sebak dengan berita macam nie.. dah ar sekali dorang membuat dosa dengan melakukan perhubungan yang sepatutnya halal dengan ikatan pernikahan tapi mereka tanpa bernikah sanggup melakukannya tanpa mengira dosa..
tambah pula, bila benih yang terjadi sewaktu perhubungan terlarang itu di buang tanpa rasa bersalah atau belas kasihan.. apa jenis manusia macam nie??

aku dah tak tahu nak cakap macam mana lagi mengenai manusia yang berhatikan BINATANG macam nie.. aku rasa mereka2 nie patut MATI aje daripada hidup kat muka bumi nie.. 

ok lah korang.. kang aku menulis lebih2 kang, aku jadi amat2 emo lak... kang aku punya perkataan pun bertambah2 kasar.. baik aku undur diri dulu..
kalo sesiapa yang ada Facebook, korang boleh ar join FAN PAGE Kami Prihatin.. korang boleh klik kat sini..

ps : Memikirkan Kenapa Mereka Tergamak Untuk Membuang Bayi Tersebut Tanpa Ada Rasa Bersalah~ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, March 27, 2010

Entry Khas Buat Mr Nuffnang... :)

Kredit Gambar Kat Diri Aku Sendiri
Salam n eelloopp semua~
ini hanya lah entry khas buat Mr Nuffnang...

nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi meng-invite aku ke Gatsby Deodorant Street Fair 2010 pada 17hb April ini... :)

memula sangat2 ar teruja ngan jemputan tersebut.. nak g gak.. nak jumpa korang2 yang di jemput sama.. 

tapi............ ada tapinya... skang aku dalam 50 / 50... nak g ataupun tak.. kalo nak g, aku nak bwk adik aku sama.. :)
tapi ada keadaan yang tak mengizinkan aku nak turut serta... wwaarrgghh..!! aku nak nagis... :'(

tapi aku akan usahakan supaya aku dapat gak join korang semua kat sana nanti.. :)
ada rezeki, kita jumpa di sana ok... :)

ps : dapat email arie senin arie tu, wat entry nie arie sabtu.. hehehe.. sabtu lebih santai2... :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 26, 2010

Ilmu Di Hari Jumaat~


Kedit Ke Dua-Dua Keping Gambar Pada Pengirim E-Mail
Mr Dude

Salam n eelloopp semua~
Jumaat datang lagi.. Penguhulu segala hari tiba seperti yang telah di tetapkan..
apa khabar korang semua?? moga2 korang semua dalam keadaan yang sihat sokmo... :)
weekend dah nak mai, korang ada plan yang best2 ke nak abiskan weekend korang??
sure ada yang nak poie dating, nak spend quality time ngan family yang tersayang bagi yang dah punya kuarga sendiri, bagi yang tak punya kuarga sendiri, spend ar masa korang ngan member2 korang ataupun balik kampung ke jenguk mak bapak korang kat kampung.. :)
bagi yang tak ada apa2 planning lagi, apa kata korang menjegak ke PWTC tuk Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung walaupun tinggal beberapa hari aje dah nak abis... :p
(lembab sungguh aku meng-info pada korang)
boleh klik kat sini, tuk infor lebih banyak lagi.. :D

ok2 tak mo nak membebel terlalu panjang.. just nak berkongsi e-mail yang aku dapat dari My Best Buddy Mr Dude.. :)

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN 
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
 
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
 
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... .......... .
 
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu....

 
Allahu Akbar!! 

ADAB MENDENGAR AZAN 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya 
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa 
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik 
Mukanya yang menahan kesakitan ' 
sakaratul maut' 
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 
'Hendaklah 
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan 
Diri, 
jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib 
Menghormati azan Banyak fadhilatnya 
. Jika lagu 
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan 
Diri. 
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
Kelunya
 lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita 
Tidak dapat mengucap kalimah 
'Lailahaillallah. .' yang 
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' 

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, 
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah 
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan 
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan 
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, 
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir 
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa 
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik 
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan 
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! 

so.. aku harap korang semua mendapat sedikit ilmu daripada apa yang aku kongsikan kat sini pada hari ini.. :)

ps : Nak G Gak Pesta Buku Tu.. Tapi Tak Pasti Sama Ada "Org" Itu boleh Temankan Aku... ^_<


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, March 25, 2010

Ketawa Adalah Ubat Paling Mujarab~


Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khbar?? sihat2 ar hendaknya... masuk sudah arie Khamis.. cepat sgt minggu nie berjalan.. apa yang telah korang lakukan sepanjang minggu ini?? :)

ok ar, sebabkan dah banyak kali aku menulis pasal entry yang agak2 emo dan macam berat2 aje, sempena ngan arie Khamis nie, aku just nak ber-sharing ngan korang email yang aku dapat pada 2 arie yang lepas.. thanx to my buddy Mr Alim Poyo.. :)

Citer yang pertama :



MENANTU YG SENGAL



Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa 



mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil 
memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya 
dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil 
pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua 
yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa 
mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai 
isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak 
mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa 
mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat 
juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau 
jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.. ”

Citer Yang Ke - 2



TOK IMAM DAN CIK CIKO....  

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang 
tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam 
tak s ena ng duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.. 
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 
ekor tu ke surau wak tu Maghrib nnt. 

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami 
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" . 

Maka apabila hampir masuk wak tu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah 
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & 
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.. 


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul 
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x 
khusyuk jgk lg.. 

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, 
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. 

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun 
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing 
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" 

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.. 


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi 
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg 
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... 

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bon gkaknye 
si Ciko berkata, 

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!! 
He heee..." 

Tok imam pun terkedu & terpana...


ps : Gelak2 gak, tapi jdkan ar IKTIBAR ok... :)

ok ar.. tu ar dua buah citer yang aku nak sharing ngan korang semua..
kata sharing is caring kan?? :D
bye2 semua~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)