Thursday, March 4, 2010

No Turning Back Please~ :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? ada sihat atau ada lak yang tengah demam ke?? al - maklum ar skang nie tengah musim panas.. minum air pun terasa macam xminum aje.. banyak minum bayak lak lak kuar balik.. ;)
apa pun korang jaga kesihatan diri ok... :)

hehehe... gambar kat atas yang telah aku tepekkan itu adalah sebuah novel.. aku pun belum ar membacanya.. seorang teman aku menge-syor-kan aku tuk membacanya.. :) sebabnya, aku ada lagi 1 novel yang aku masih belum sentuh dan ada 1 lagi novel yang sedang dalam pembacaan aku sekarang ini... ;)
(walaupun arie tu aku out, konon2 nak cari novel jugak)

ok ar.. sebenarnya aku bukan nak citer pasal novel tu.. aku nak citer pasal NO TURNING BACK atau dalam bahasa melayunya JANGAN MENOLEH KEBELAKANG SEMULA.. wah2 rasa macam tajuk citer seram lak, JANGAN PANDANG BELAKANG... ;p

hehehe... sebenarnya, korang penah tak, bila dah buat sesuatu keputusan, tetiba terasa macam menyesal dan kemudian terasa macam nak berpatah balik aje dengan keputusan yang sebelumnya itu?? 
apa yang korang buat?? korang teruskan jugak atau korang berpatah balik pada yang asal walaupun sebenarnya bila kita berpatah balik sebenarnya menunjukkan yang diri kita ini tak ada pendirian??

ianya pernah terjadi pada aku.. aku pernah membuat suatu keputusan yang menyebabkan ramai hati yang terluka akan keputusan aku itu.. aku tak nak sebut apa keputusan yang telah aku buat.. nanti ada hati yang perlu dijaga.. (cehwah, macam ayat artis lak) ;p

memula aku rasakan keputusan yang aku buat tu, akan membuatkan orang lain gembira.. tapi sebenarnya membawa kepada banyak hati yang ranap disebabkan keputusan aku tu.. seorang teman aku pernah nasihatkan aku untuk kembali ke asal semula, tapi aku memang DEGIL dan aku teruskan jua keputusan yang aku buat.. walaupun ramai yang menyatakan aku ibarat menegakkan benang yang sedia basah.. mano nak tegak betul tak?? ;p

so... aku pun teruskan ar dengan keputusan tu sampai lah bila aku pikir semula, aku baru TERSEDAR dari lena yang aku sebenarnya telah melalukan satu kesilapan dan kesalahan yang maha besar sekali.. aku mula terpikir tuk kembali pada asal.. tapi ego aku masa tu amat2 lah tinggi.. ngalahkan tinggi KLCC atau Menara Petronas.. ;)

dengan muka yang amat tak bersalah, aku meneruskan jua keputusan itu.. bagi aku andai aku menarik semula keputusan yang telah aku buat, aku ibarat menjilat ludah aku sendiri.. sapo nakkan?? :-&

dan akibatnya, aku kehilangannya.. selama baertahun2 aku menyesali akan perbuatan aku.. hingga lah aku ketemu dengan dia bulan lepas.. mula2 dia terkejut kerana aku masih mengenalinya.. (mana xingat kan, dah wat salah pada org 2) :p

dan di kesempatan itu, aku memohon maaf pada dia.. aku terangkan aku menyesali apa yang telah aku buat pada dia.. dan aku jua menceritakan bagaimana aku mencari dia bertahun2 hingga lah seorang umat manusia ini sanggup menolong aku menemukan aku dengan dia... :)

dan, aku jua terkejut, bila dia pun menyatakan kemaafan dia kerana menghilangkan diri tanpa berita sejak sekian lamanya.. akhirnya kami menjalinkan semula perhubungan persahabatan seperti memula dulu.. dan aku amat gembira sekarang.. hati aku terasa lapang sangat2.. :)

ok lah, petang nanti aku akan menjegah rumah kalian.. hari ini jadual aku amat padat.. :)
bye2... :)

ps : kalau korang berada di tempat aku masa itu, adakah korang akan buat macam aku, atau korang akan berpatah balik pada yang asal?? :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

8 comments:

myQza said...

tapi kdg2kan kita perlu menoleh ke belakang. mengingatkan kisah silam dan menginsafinya. menjadikanny apengajaran yg berguna.

sbb kenangan yg tertinggal adalah panduan untuk kita menghadapi masa akan datang!

usah menyesal. anggaplah keputusan yg telah di buat ada hikmah di sebaliknya. tegas dengan pendirian!

Qiez AR said...

alamak
susah nie sis
kna buat list of pros and cons dulu br bleh consider then jump into any decision kot
lara pun kdg2 tersekat mcm nie jugak in particular sbjects
but usually, I'll move forward, jarang sgt backwards.
but then again, it depends on the circumstances la kan sis..

"yang penting saya tahu sebagai seorang manusia, saya tak lepas dari kesilapan" (ayat artis jugak nie) hehehe :P

dh boleh folo! yayy! ;)

Unknown said...

tedi : thanx ted~ :)
tp kenangan amat perit tuk aku kenang.. walaupun kenangn itu adalah kenangan yg amat manis wat aku..

lara : hehehe... pasni, kita sma2 jd mcm artis eik... :p
next time, kalo akak ada prob, akak akn trus pndang dpn.. dah xmo nak pndang belakang.. kang kena ikut lak... ;)

Lady ZubaidaH said...

Selalunya saya tak akan pandang belakang.Past is past.Tak perlu menyesal sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!Knowing that everything happens for a reason, that the detours are part of the journey, enables me to better accept the things that may happen to me in a day.Tetapi segala pengajaran yang saya dapat dari kenangan lepas saya bawa sentiasa dalam perjalanan hidup ini.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

utk +ve.. WE MUST... bak kata orang..sesat di hujung jalan.. kembalilah kepangkal jalan... tu kene pandang belakang tu...

utk yang -ve..... kalau pernah buat kesilapan... jangan lagi kita ulangi.... jangan lagi kita pandang belakang..... teruskan sesuatu yg lebih baik.. huhuhuhu..

gitu le gamaknye kot.. huhuhu

Unknown said...

zue : btl 2 kan past is past.. look 4ward not backward.. :)
tapi kenangan itu gak yg selalu mmbuatkan diri saya terasing dalam sepi....

pokcik dot : thanx pokcik~
mungkin den penah sesat dulu dan den raso xmo blik ke pngkal jalan semula...

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

kadang2 apabila kita buat keputusan terburu2..
waktu itu baru kita terasa nak pandang belakang..
tapi semuanya dah terlambat..

Unknown said...

moon : btl gak eik... sbb dah xsempat nak toleh sbbnya nak cpt... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)