Wednesday, June 30, 2010

Mizz Gedikz

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sihat tak?? Alhamdulillah kalo sihat dan Alhamdulillah jua kalo tak sihat.. kenapa aku cakap Alhamdulillah kalo tak sihat?? sebabnya, kita perlu mengucapkan syukur walaupun kita di datangi sakit supaya kita tahu yang badan kita ini memerlukan rehat.. bukannya robot.. :)


hehee.. tak mahu merepek.. semalam ngah busy busy wat keje, masuk lah sekumpulan gadis2 yang aku rasa sebaya ngan adik aku.. around 20-an gitu... ada lebih kurang 4 orang gadis2 remaja dan 3 orang teruna yang menyertai kumpulan itu kemudian.. 


aku bukan nak citer pasal apa, just aku amat jelek melihat seorang daripada ahli kumpulan tersebut.. ngape jelek?? sebabnya gediknya masya Allah.. aku rasa macam mau muntah melihatkan kegedikan beliau..


bukan nak mengumpat atau mengata, just aku amat malu ngan sikap budak nie.. dah ar pakai tudung labuh, patutnya tunjukkan lah sikap yang baik, yang molek supaya jadi ikutan ahli2 kumpulan yang rata2 pakai tudung jilbab dan tak bertudung.. nie awak pulak yang lelebih gediknya...
tolong ar dik non wei.. 


dah tu amat biadap.. bila aku tanya dia nak cari apa, dia ngan gedik dan biadapnya mengatakan "nak ari baju lah, tak kan nak cari selipar pulak" W.T.H!! aku masih bersabar lagi.. then bila dia mula mengedik2 ngalahkan ulat sampah, aku mula buat muka.. walaupun aku tau, itu salah di sisi tatatertib sebagai peniaga.. aku tak peduli..


tapi minah nie tak paham bahasa gamaknya, makin gedik jadinya.. kawan2 dia yang len semua dah semacam aje, tapi dia tetap maintain gediknya.. then ngan tahap kesabaran aku yang dah nipis benar, aku direct sound " kalo dah pakai tudung labuh gitu, boleh tak tolong jaga perilaku awak??" dia ngan muka macam tertelan taik cicak, terus blah.. malu..


aku pulak, pas tu terasa bukan puas, tapi terasa bersalah pulak sound dia macam tu.. rasa aku pun ikut macam tak beretika sewaktu bekerja.. tapi aku terpaksa sebabnya aku dah tak sanggup nak tengok dia gedik ngalahkan ulat yang terkuit kuit macam tu.. lagi pun dah ar penat dia wat pulak loyar buruk plus biadap.. memang silap haribulan ar..


apa pun, aku memang tak berkenan ngan pompuan yang gedik2 nie.. aduhai, aku rasa macam malu sangat bila tengok mereka2 nie tergedik sana, tergedik sini.. tolong ar.. awak tu pompuan, kalo NYAH aku boleh ar tima sebab nak tarik perhatian.. dah memang perangai nyah2 nie mengedik memanjang.. 


pesanan aku, tolong ar eik korang yang berjantina PEREMPUAN tolong ar jangan mengedik2.. aku rasa bukan aku sorang aje kot yang menyampah, orang len pun sama gak.. MENYAMPAH!!


ps : Keje.. Keje.. Keje.. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, June 29, 2010

Adakah Anda Bertuah?? :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? aku doakan moga korang sentiasa dalam keadaan yang sentiasa sihat... :)
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan kita kesempatan tuk menghirup udara yang penuh cabaran dalam dunia yang fana ini... :)

ok, korang sure taukan daun tu selalunya melambangkan apa?? yup.. tepat sekali, daun tu selalu melambangkan TUAH ataupun LUCKY ataupun LUCK... :)
arie nie aku nak bercerita mengenai tuah..

korang rasa korang nie bertuah ke tak?? atau korang nie merasakan yang korang unlucky?? bagi aku, aku rasa amat bertuah.. kenapa aku cakap mcm tu?? bukan sebab aku selalu menang andai aku bertaruh, atau aku selalu bernasib baik dalam melakukan sebarang kerja.. tapi aku bertuah kerana aku di lahirkan oleh ibu bapa aku yang sayang pada aku.. yang selalu menjaga aku.. yang selalu melakukan yang terbaik tuk aku.. :)

aku jua bertuah kerana memiliki teman2 yang baik.. korang jua teman2 aku walaupun sekadar di dalam alam maya.. :)

aku bertuah kerana aku mempunyai seorang sahabat yang amat baik.. sahabat yang selalu di sisi aku tika aku sukar ataupun senang... :)

aku bertuah kerana mempunyai adik dan kakak (My Sis Prince Adnil) yang selalu memberikan aku nasihat... :)

aku bertuah kerana aku bertemu dengan En.Cinta tika aku cuba terus mematikan hati aku tuk lelaki dan cinta... :)

dan sebab2 itu lah, aku merasakan aku amat bertuah kerana di lahirkan ke dunia ini dan mengenali mereka2 ini.. :)
korang pulak macam mana?? adakah korang pun rasa bertuah sama macam aku gak?? ^.^

ps : Menghitung Hari2~ ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, June 28, 2010

Busy As A Bee...


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang sentiasa epy2 sokmo ok... :)
Isnin jangan Monday Blues lak.. :p

ok, just simple updating, aku dalam minggu nie amat ar busy.. banyak stocks baru sampai.. so aku pun kena wat keje2 yang banyak itu.. al-maklum ar tak lama laie raya sudah mau datang.. pose pun akan menjelma dalam 2 bulan laie lebih kurang... :)
sudah ganti pose ke korang?? :p

so, aku akan jengah korang semua petang2 sikit eik.. kalo idak, malam ar baru aku jengah korang... :)

aku beransur dulu eik.. banyak keje mau selesaikan.. kang cepat aku selesaikan, cepat ar aku boleh jengah korang... :p

ps : En.Cinta Jua Busy Arie Nie~ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 27, 2010

Terima Kasih Pada Semua~


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga sihat2 selalu... :)
ahad dah menjelma.. esok senin pulak.. so apa xtvt korang arie nie?? aku macam biasa lor.. keje.. keje.. keje.. dan masih setia tuk keje... :p

arie nie aku nak citer pasal TERIMA KASIH pulak... nak tanya korang, dalam sehari bape kali korang mengucapkan ucapan terima kasih nie?? :)
kalo aku, banyak kali.. tiap kali customer membeli, aku akan ucapkan terima kasih.. :p

ok ar, aku nak ucapkan terima kasih nie kat insan2 yang amat aku sayang sepanjang idup aku nie.. :)

memula pada teman2 aku iaitu kalian yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie.. pada followers aku, pada teman2 yang setia memberikan komen... :)

pada My Best Buddy Mr Dude, thanx ya sebab sudi menjadi sahabat aku.. :)
u rock my fren... :p

istimewa wat En.Cinta.. hehehe... thanx ya sebab segalanya.. :)
Sayang Abg~

ok ar.. aku nak sambung wat keje.. entry nie tak ade komen eik.. sebab hanya entry ucapan terima kasih pada semua... ^-^

ps : Alhamdulillah Dan Terima Kasih~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, June 26, 2010

Setia~


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sabtu menjelma semula.. bermakna telah seminggu berlalu meninggalkan kita.. sabtu ar masa tuk bersama2 insan2 yang kita sayang.. ada yang pulang ke kampung ke?? semoga selamat sampai... :)
ada yang g dating ke?? semoga epy2 berdating... :)
ada yang bekerja ke?? semoga bekerja ar ngan ikhlas... :)

kalo nie aku nak citer pasal setia.. 
tak semestinya bila sebut setia aje, terus ingat setia pada bf mahupun gf kan??
setia pada negara, setia pada agama, setia pada pasangan, setia pada ibu bapa, setia dalam persahabatan, setia pada ketua kita, dan macam2 laie setia... :)

bukan apa,aku mendengar keluhan seorang lelaki ini mengenai wife dia yang mempunyai scandal lain, walhal belum sampai setahun laie melayari bahtera berumah tangga... apa sebab??apa yang terjadi sebenarnya?? hanya mereka aje yang tahu.. tapi keyword kat sini adalah kesetiaan.. kalo kita setia pada suami ataupun isteri kita, insya Allah ianya tak akan terjadi sebegini.. 

tah ar, citer yang sebenar, masalah yang sebenar hanya mereka aje yang mengerti dan mengetahui.. kita hanya mampu mendengar... nak masuk campur aku tak mampu.. so dengar aje ar... :)

apa pun, aku harapkan agar wife dia nie sedar..
sedar yang semuanya itu salah..
hubby nie pun perlu sedar gak..
mungkin dia ada melakukan perkara yang membuatkan wife dia tergamak tuk ber-scandal ngan org len... :)

semoga korang akan kembali bersatu macam dulu.. usia perkahwinan masih hijau laie.. 

ps : Aku Seorang Yang Setia~ ^.^ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, June 25, 2010

Layak Kah Kita Di Kenali Sebagai Sahabat??


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang arie nie?? Sihat?? :)
aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang menyihatkan dan mengembirakan serta membahagiakan di samping mereka2 yang tersayang.. ^.^
Jumaat datang kembali, penghulu segala hari menjelma semula seperti biasa.. tanpa merasa penat menjelma saban minggu.. begitu tertib dan sabar menanti akan gilirannya tuk bertemu kembali..

ok.. bukan ingin berceritera mengenai jumaat mahupun bertazkirah mengenai nikmat atau kebaikan jumaat sebagai penghulu segala hari.. tapi aku ingin menceritakan mengenai SAHABAT.. :)
mungkin ini bukan ceritera aku sendiri, tapi aku rasa terpanggil tuk berkongsi dengan semua mengenai erti persahabatan daripada pandangan sudut aku sendiri.. :)

bagi aku, seorang sahabat yang baik, akan sentiasa membantu sahabatnya di dalam kesusahan.. tanpa mengira waktu, wang ringgit mahupun kerahan tenaga.. tanpa mengira penat lelah mahupun tanpa bersunggut..

seorang sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah serta rahsia sahabatnya..
seorang sahabat yang baik sentiasa mengigatkan sahabatnya akan kebaikan dan sedaya upaya melarang sahabatnya melakukan kesalahan atau kemungkaran..
seorang sahabat yang baik, sentiasa menasihatkan temannya tanpa perlu di minta apabila temannya terpesong..

seorang sahabat yang baik, bukan mempergunakan sahabatnya tika susah dan meninggalkan sahabatnya tika senang..
seorang sahabat yang baik, bukan hanya mengaku sahabat tika dia memerlukan pertolongan dan meninggalkan sahabatnya tanpa berita tika dia senang bersenang..
seorang sahabat yang baik, bukan hanya tahu memperkatan SAHABAT tanpa melakukan tugasnya sebagai seorang sahabat tika perlu..

entah ar, mungkin nasib aku begitu baik kerana di pertemukan dengan seorang sahabat yang baik.. seorang sahabat yang benar2 mengajarkan aku erti persahabatan tika aku sukar mahupun tika aku senang..

seorang sahabat yang memahami aku.. seorang sahabat yang lebih mengenali serta lebih mengetahui akan siapa diri aku ini berbanding teman2 aku yang lain..  :)
sahabat yang sentiasa menyatakan nasihatnya tika aku benar2 memerlukannya...

dan kepada SAHABAT aku itu iaitu My Best Buddy Mr Dude.. Thanx ya atas sokongan ko dan atas kesudian ko menjadi sahabat aku selama kita mengenali antara satu dengan lain.. hampir 8 tahun aku mengenali kau dan selama itu jua ar kau tak pernah memberikan sebarang masalah pada aku walaupun aku tau, kau busy dengan xtvt harian kau, tapi kau masih lagi betah melayan setiap kerenah aku... :)

aku akan sentiasa doakan kebahagian kau dude.. kebahagian kau di samping family, teman2 serta buah atie kau.. :)
semoga persahabatan yang kita bina ini akan sentiasa kekal hingga ke nafas yang terakhir dude.. :)

- Friend 4eVeR  2 My Best Buddy Mr. Harfizi B. Abu Hassan -

ps : Ingin Membawa En.Cinta Ketemu Dengan My Best Buddy Dan Dengan Kamu... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, June 24, 2010

Tolong Jaga Peradaban Kamu..


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? Alhamdulillah kerana di berikan kesihatan kepada kita tuk terus menghirup udara di dunia yang fana nie... :)

semalam masa aku bukak Facebook, aku melihat ar ada seorang teman aku nie.. suka bonar post benda2 yang CENSORED! benda2 yang menuju ke arah kelucahan walaupun kelucahan nya tak ar seteruk mana pun tapi masih laie boleh di katakan tak berapa sesuai ngan dia yang bergender wanita..

memang ar, dia akan cakap, "suka atie aku ar nak post apa pun.. tu wall aku.."
aku tahu memang wall ko, tapi masalahnya skang nie, benda2 yang ko post tu, menetap di dalam page home aku.. bila aku bukak, terang2 aku nampak post ko itu.. aku malas nak membebel pepanjang.. sebab ko dah pandai fikir, yang baik atau yang buruk setiap apa yang ko lakukan.. 

tapi tolong ar eik, jangan ar post yang bukan2 kat wall FB tu sekiranya ianya menjurus kearah kelucahan.. kang aku delete ko, ko akan kata aku dah lupa kawan2.. api perangai ko yang buatkan aku tak sanggup nak suh ko duduk dalam friend list aku lelama.. 

perkara mcm nie, Dak Tedi pernah meluahkan di blognya.. antara entry2 nya, korang boleh click kat sini, dan sini.. aku pun bersependapat ngan dia.. walaupun kes kami tak sama tapi kedua-duanya adalah melalui medium FB.. 

jadi, tolong ar pikir2 kan ayat2 atau perkataan-perkataan yang seharusnya korang letak di status FB korang.. jangan lah sebab korang nak menarik ramai orang komen status korang, korang sanggup memalukan diri sendiri.. 

kita ada adab, kita ada tatasusila, kita ada sopan santunnya, kita ada moralnya, kita ada pegangan masing2.. jadi tolong ar eik...

ps : Sekali Lagi, Andai Berulang.. Adios Amigos, Bye2  Ar Jawabnya..





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, June 23, 2010

Kerinduan Itu~

 
Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)
Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat tak?? Alhamdulillah~
aku pun sihat gak dan masih di berikan kesempatan tuk melihat dunia ini dan jua tuk menulis kembali di sini... :)

mood aku skang aku merindui banyak org yang dah lama aku tak ketemu.. aku rindukan arwah atok aku.. taun nie genap 11 tahun beliau meninggalkan kami.. sedeynya pulak.. :(
Al-Fatihah wat arwah atok aku.. moga2 beliau akan di tempatkan di tempat insan2 yang beriman.. 

aku rindukan teman2 aku yang dulu.. rindu nak borak2, gossip2 ngan dorg.. :(
aku tau skang masing2 dah ada hala tuju sendiri.. ada antara mereka yang telah berumah tangga dan mempunyai anak, maka komitmen mereka lebih pada family berbanding aku yang single ini.. :)
(single ke?? single ar, sebab belum ada suami.. hanya ada buah atie aje) :p

aku rindukan Kak Sha, arie tu masa dia call aku, aku ngah sibuk kemas kedai sebab nak balik dah.. :(
hanya sempat cakap2 sikit aje.. kak, bila ar kita mau duduk n gossip laie?? walaupun Starbuck dah tutup, kita boleh lepak kat mamak ataupun food court.. :p

aku rindukan My Big Sis, Prince Adnil.. huhuhu.. lamanya tak jumpa dia.. lamanya tak chating ngan dia.. kali akhi aku just msg dia kat fb bagitau pasal 190610, dia hanya cakap 
wah..satu berita yang sungguh mengembirakan n mengujakan..congrate adikku..moga berbahagia..doaku sentiasa mengiringimu..all da best!!

aku rindukan Kak Masriyana.. kakak yang sengal dan sentiasa blur aje.. :)
tapi kerinduan itu telah terubat bila dia datang arie tu.. lepak2 sambil citer2 kat mamak... :)
nak ulang kembali~

aku rindukan budak cumel itu... :p
budak cumel yang sentiasa wat atie aku jadi tak keruan setiap kali mendengarkan suara dia... :">
bila ar agaknya aku nak berjumpa ngan kamu eik budak cumel?? aku rindu sangat2 pada kamu skang nie... ^.^

ps : Sayang Kamu~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, June 22, 2010

Bangkit Lah Semula~



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? Alhamdulillah... :)
dah selasa dah.. kejap aje masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah nak pose dah.. cuti aku pun dah nak kena beku dah bila tibanya bulan pose nie.. :p

semalam, masa aku jejalan kat blog teman2 aku nie, aku jumpa ayat yang kat atas tu.. aku copy then aku nak share ar ngan korg.. :)
sebenarnya ayat tu aku tak tujukan pada sesape pun, cuma aku tertarik ngan ayat tu dan aku ingin jadikan ianya seperti peringatan buat diri aku... :)

benar kata ayat2 tu, tapi semuanya bergantung pada individu gak kan?? mungkin ada yang akan ingat dan mungkin gak akan terus melupakan kerana sebab2 tertentu.. aku tak mau komen apa2 mengenai benda nie.. :)
aku hanya ingin share ngan korang aje.. :)

minggu lepas aku ada chating ngan seorang teman aku di FB mengenai perkara2 macam nie.. dia mengalami trauma yang agak teruk di sebabkan terputusnya hubungan di tengah jalan.. bercinta dengan sahabatnya dan kemudian bila berlaku perpisahan, persahabatan jua terputus.. owh.. amat kesian.. hingga skang dia amsih tak mampu nak melupakan apa yan pernah terjadi antara mereka berdua.. 

tapi, aku tau dia mencuba untuk melupakan cuma dia tak kuat tuk berbuat demikian.. tak sekuat zahiriah dia.. hatinya terlalu remuk ngan perpisahan itu.. aku seperti merasa akan kesedihan nya.. aku cuba menyelak semula kisah2 aku dulu, alhamdulillah.. aku masih di berikan kesempatan tuk berubah.. di berikan kesempatan tuk bertemu ngan insan yang benar2 membuatkan aku jatuh cinta semula.. di berikan kesempatan tuk merasai akan kebahagiaan.. walapun kami berjauhan.. :)

dan aku jua di berikan kesempatan tuk mencoretkan ceritera2 sedih dan pengharapan aku di suatu ketika dahulu dan ceritera kebahagiaan aku pada waktu sekarang ini.. aku di berikan kekuatan tuk berdiri semula selepas kejatuhan yang lepas.. di berikan peluang tuk berdiri semula walaupun pada mulanya aku ak yakin akan kemampuan aku tuk berdiri.. bukan nak kata berlari semula, tapi tuk melangkah setapak demi setapak jua aku rasakan aku tak mampu.. tapi, aku teruskan tekadku.. aku bulatkan nekadku, aku kumpulkan semula kekuatanku.. demi insan2 yang inginkan aku kembali semula. demi insan yang aku sayang.. demi insan yang bernama En.Cinta, demi insan yang bergelar My Best Buddy Mr Dude, demi kakak ku Prince Adnil dan my lil sis serta demi diri aku sendiri, akhirnya aku berjaya.. :)

aku bersyukur sangat2 pada Ilahi kerana memberikan aku kesempatan dan peluang itu.. pada teman aku itu, aku harap kamu jua akan kembali kuat.. aku tahu kamu kuat.. aku tahu kamu mempunyai semangat yang jitu tuk melupakan apa yang telah terjadi.. aku sentiasa mendoakan kamu dan aku jua mengharapkan agar kamu akan kembali seperti dulu.. :)

dan pada sesiapa yang pernah terluka kerana C.I.N.T.A ingat ar, tak selamanya kita akan terluka.. tak selamanya kita akan derita.. tak selamanya kita akn terseksa dengan kenangan2 silam.. bangkit ar semula kerana perjalanan hidup kita masih jauh laie tuk kita berhenti.. dunia ini masih luas tuk kita terokai dan alam ini masih indah tuk kita nikmati... :)

ps : Ingin Bertemu Semula Dengan Kamu En.Cinta.. Tapi Bila Agaknya?? ^.^ 

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, June 21, 2010

Alhamdulillah & Thanx Ya Sayang~


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? Alhamdulillah.... :)
Senin sudah lor.. ada yang MALAS nak keje?? hehehe.. biasa ar kan?? aku pun bila senin nie, mula ar Mr Big M melawat aku.. :))

ok2.. tak mau merepek pepanjang... aku pun malas nak taip pepanjang.. nak g blogwalking jap laie.. :p
ok, sabtu arie tu ke umah member aku kawen, g ngan En.Cinta lor.. dia jemput aku then antar aku balik somban.. :)

sambil tu ber-dating-an kami di City Park Seremban 2.. :)
hehehe.. thanx ya.. epy sangat2... :)

190610 - secara rasminya kami declare... :p
huhuhu.. terasa macam kanak2 remaja lak.. padahal memasing dah tuo... :))
tak ada sape2 yang mengetahui akan hal nie semalam kecuali My Lil Sis n My Best Buddy Mr Dude aje.. hohoho... Mr Dude paling epy sekali.. dia tahu yang sahabatnya ini telah gembira semula.. dan doanya telah di makbulkan.. thanx ya dude atas sokongan ko pada aku selama ini.. U R My Best Buddy ever~ :)
apa pun, thanx gak pada En.Cinta.. Orang Sayang Abang~
(jiwang ar pulak) :p

sebenarnya aku pun tak sangka akan terjatuh cinta serta sayang pada E.Cinta nie.. semua nya berlaku dengan secara yang tak pernah di duga dan di rancang.. aku pernah cakap ngan En.Cinta sebelum nie yang atie aku sudah mati pada cinta dan pada lelaki.. :)
nampaknya, beliau berjaya menghidupkan atie ku semula.. :">

aku tima beliau sebab diri beliau sendiri.. dia tak ensem pun tapi dia cumel, dia sabar menahan kerenah aku selama nie... :p
dia tima siapa aku sebenarnya dan tak pernah meminta aku menjadi seperti org lain.. :)

huhuhu.. apa pun, segalanya masih di peringkat permulaan laie.. masih baru hubungan kami..perjalanan masih jauh laie tuk kami.. dan masih banyak perkara yang perlu kami pahami antara sesama kami.. :)

sekarang mendung hitam dalam hidup aku telah berlalu pergi meninggalkan aku.. jejaknya akan sentiasa dalam atie ku tapi ia sekadar sejarah silam aku.. sejarah yang akan aku cuba lupakan kerana aku perlu memandang ke hadapan semula.. sinar baru menjelma dan aku mengharapkan agar sinar ini dapat membantu aku bangkit semula.. terima kasih pada sejarah silam aku kerana mengajar aku erti sebuah kehidupan.. :)

aku ingin melakarkan ceritera gembira dan bahagia sekarang ini.. bersama2 insan yang tersayang, kuarga yang memahami aku serta sahabat aku yang begitu memberikan sokongan dan dorangan serta kamu2 yang sudi menjadi pembaca setia setiap lakaran ceritera aku.. :)

En.Cinta,
terima kasih pada kamu..
terima kasih kerana sudi menjadikan aku pacarmu walaupun di kau tahu kisah silam ku..
terima kasih jua kerana sayang akan aku..
terima kasih jua kerana sudi menerima aku seada nya..
dan terima kasih atas segala2nya sayang..

Orang Sayang Kan Abang~
Missing u So Much My Dear~
Hingga Ketemu Semula Nanti.. :)

ps : æˆ‘爱你,我亲爱的.. :)
Alhamdulillah & Terima Kasih ~
Hanya Itu Yang Aku Mampu Katakan~
Semoga Ianya Akan Di Berkati Serta Di Restui~






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 20, 2010

My Heart


Kredit Pada Irwansyah Dan Acha Septriasa :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat2?? hehee.. malas ar nak tulis 
pepanjang arie nie.. aku nak korang semua layan aje ar mood aku
arie nie.. 

adios.. wassalam.. :)

ps : Aku Sayang Kamu~

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Selamat Menyambut Hari Bapa... :)


Salam n eelloopp semua~
hehehe... just simple entry tuk sape2 yang bergelar atau pun bakal bergelar
AYAH, ABAH, DADDY, BUYA,BAPAK, APAK dan segala panggilan
dalam dunia nie tapi merujuk pada sorang aje insan yang bermakna dalam
hidup kita sebagai anak.. :)

SELAMAT HARI BAPA

TO OUR LOVELY, AYAH
MR. ABDUL HALIM LUM

from us ur lovely daughters
Lynda n Elyna Lum.. :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, June 19, 2010

Insya Allah~



Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang semua dalam keadaan yang mengembirakan.. :)
adakah sekarang aku sedang gembira?? tak.. aku sedang bahagia skang nie.. Alhamdulillah.. syukur aku pada Yang Maha Esa kerana memberikan aku kesempatan tuk merasa bahagia dan tenang macam nie.. :)

hehee.. arie nie tak mo banyak bercerita sebab esok aku akan citer xtvt aku.. kang jap laie nak ke majlis kenduri teman aku Mr Firdaus Jamaluddin dan pasangan nya kat PD nie aje.. :)
nak poie ngan sape?? ngan teman2 aku ar.. En.Cinta?? hehehe.. En.Cinta ngah cover line.. :p
so tak tau ar dia nak temankan aku ataupun idak.. :)

" Insya Allah, Segala Apa Yang Kita Rancang Akan Di Permudahkan Oleh-Nya Sayang.. Aku Sayangkan Kamu Abang.. Kamu Tahu Siapa Aku.. Dan Aku Jua Tahu Siapa Kamu.. Ini Lah Yang Di Katakan Jodohkan?? Aku Mengenali Kamu Daripada Kita Sama2 Tak Mengenali Erti Apa Itu Cinta Mahupun Kasih Sayang Melebihi kAsih Sayang Kita Sebagai Seorang Teman Sepermainan.. Kita Terputus Hubungan Selama Bertahun2 Ini, Dan Kerana Dia Kita Bertemu Semula.. :)
Dan Insya Allah, Aku Akan Cuba Sayang Kamu Seperti Mana Kamu Sayang Akan Diriku Ini.. Insya Allah Jua, Apa Yang Kita Lakukan Skang Akan Di Berkati Dan Di Restui.. ^_^ "

ps : Maaf Bebanyak.. Atas Kejiwangan Aku..
dan Abang Dalam Entry Aku Kali Nie Adalah En.Cinta Eik.. Bukan Yang Lama.. Bukan Apa, Kang Di Salah Mengertikan.. Aku Mohon Maaf..





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, June 18, 2010

Aku Dan Contest.. :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar?? Jumaat telah datang semula.. moga2 Jumaat kali ini akan lebih di berkati oleh-Nya.. 

tu lagu Insya Allah nyayian Maher Zain... :)


ok, aku bukan nak citer pasal Maher Zain nie.. aku nak citer pasal contest yang di anjurkan oleh Dak Xett Hereen a.k.a Miss Gaban.. :)
contest dia amat mudah.. tak yah wat entry pun.. 
hanya perlukan kekretifan anda serta sekeping photo..
just follow the simple steps.. :)
layari Blog Miss Gaban tuk keterangan lanjut.. :) 


aku pun mengambil bahagian gak dan gambar kat bawah nie yang menjadi taruhan aku :


budak kecik nie ngan rela atie nak jadi model aku... :p
hah.. nie ar my only lil sis.. Elyna Lum... :)
buah atie pengarang jantung kami.. umo dah bosar tapi macam kanak2 rebina aje.. :)

ok ar, kalo korang berminat, sila layari blog Xett Hereen a.k.a Miss Gaban... :)

ps : Esok Nak Ke Kenduri Kawen Teman Aku Firdaus Jamaluddin... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, June 17, 2010

Peasanan Buat Teman2 Lp Lum


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang semua berada di dalam keadaan yang amat menyihatkan serta akan sentiasa di berkati oleh-Nya.. :)

hehehe.. cumel tak gambar yang aku tepek kat atas tu?? cumel kan gambar spider ngah epy giler.. :)
adakah skang akunya muka pun macam muka spider tu?? bapak lawak kalo muka aku macam tu skang nie.. tapi tetap cumel.. :p

dah2.. stop merepek meraban.. sebenarnya aku nak citer pasal epy ar.. pasal 2 orang kawan aku nie.. :)
aku chating ngan sorang nie 2 arie lepas kot, aku pun dah lupa bila aku chating ngan mamat tu.. :p
yang penting, aku ingat segala biji butir bicara dia pada aku..

dia kata " aku dah lama nak sound ko masa ko ngah dwn arie tu, tapi aku malas nak sound sebab aku takut ko sound aku balik.. ko pun bukannya boleh kena cuit kalo ngah2 down"
aku tak jawab apa2 pun, sebabnya aku terpikir balik.. betul ke aku nie teruk sangat masa aku down?? huhuh... aku mungkin rasa jawapannya YA kot.. al-maklum ar, atie ngah tak tenteram kalo silap sikit aje for sure ar kena templak balik kan?? :)
atau aku aje macam tu orang len tak de?? kompius sudah aku nie bah...

then dia pun nasihatkan aku sebagai sahabat dan sebagai abang.. aku terima setiap nasihat dia ngan atie yang terbuka.. aku pikir2 balik segalanya dan aku rasa dia benar.. aku perlu melakukan seperti yang dia nasihatkan kat aku.. :)
apa pun, thanx ya bro.. nasihat ko aku terima seikhlasnya... :)

hah, yang laie sorg lak cakap ngan aku malas nak tegur sebab aku ngah epy.. aduhai en adik wei, tak kan sebab aku epy tak boleh nak tegur dan sebab aku sedey laie tak mau tegur aku... huhuhu... sedey aku tau tak?? 

aku gembira bila korang tegur aku walaupun di kala aku ngah down mahupun ngah epy.. tak bermakna aku ngah epy korang takut atau malas nak tegur dan bila aku ngah down korang takut nak tegur pulak.. tak ada maknanya aku nak sound korang bila korang tegur time aku ngah down dan aku tak pedulikan teguran korang bila aku epy.. :)

aku tetap aku seperti yang korang penah kenal.. walaupun skang aku katakan aku dah berubah.. semangat aje baru, sikap aku sama aje macam mana korang kenal ngan aku dulu.. tak pernah berubah walaupun seinci pun.. :)

aku tetap LP Lum yang korang penah kenal.. yang giler2, yang happy go lucky, yang pendendam, yang sedey dan yang akan sentiasa membantu korang bila korang perlukan bantuan aku.. :)

cuma skang aku lebih epy sebab hadirnya En.Cinta aje.. yang len tu sama aje.. busy ngan keje macam biasa ar kan?? nak layan customers yang macam2 kerenah, memenuhi undangan2, temu janji ngan teman2 lama.. :)

ok ar, aku dah nak buat keje.. tapi rasanya arie nie malas lak nak keje... :p
ada sape2 yang sudi nak gantikan tempat aku tuk sementara waktu?? :)

ps : Hari2 Yang Di Lalui Makin Indah Dengan Kehadiran Kamu Serta Teman2 Ku~ :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)