Friday, April 30, 2010

Tak Bisa Memilikimu



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat??
aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang sihat2 aje.. :)
ceria2 aje.. tak mo ar sedey2.. tak mo ar ada rasa yang tak best dalam diri korang semua... :)


ok... tak mahu membebel pepanjang arie nie.. just aku nak share ngan korang mengenai lagu yang adik aku bagi kat aku.. 6ixsense _-_ Aku Tak Bisa Memilihmu~


hohoho... tajuk lagu amat mendalam.. amat jiwang seh... lirik pun ok gak.. :p
memula dengar lagu nie macam tak best sungguh.. pas beberapa kali aku dengar, aisehman... aku terjatuh cinta lak ngan lagu nie.. walaupun sore vokalis dorang tak bunyi macho tapi sebab lirik dan melodinya bagus, so aku boleh tima ar akan ke-best-an lagu nie... :)
(makin lama words yang aku gunakan makin canggih.. tak lama lagi aku takut akan di saman dek DBP aje sebab mewujudkan words yang canggih manggih macam nie) :p


korang penah tak berada didalam situasi macam hero dalam lirik lagu nie?? tak kira ar lelaki ataupun pompuan.. kita sama aje bila berada di alam percintaan... :p
(poyonya)


menurut seorang teman aku, dia pernah mengalaminya... :)
dia sendiri yang mengkhianati kesetiaan tunangnya.. pity her fiance..
dia memulakan ceriteranya... 


"aku jumpa ngan tunang aku nie masa aku keje kat tempat A.. tunang aku adalah teman sepejabat aku.. dia baru masuk keje.. aku suka akan tunang aku nie sebab dia baik sangat.. dia nampak amat ayu dengan baju kurung dia.. dia tak pernah pakai baju selain baju kurung sewaktu keje.. kalo kat luar dia pakai at t-shirt ngan jeans.. tapi masih lagi nampak keayuannya.. semua mamat2 kat opis nie mula ar usha dia.. kami siap wat pertaruhan tuk tengok siapa yang dapat tunang aku nie.. tapi dalam aku tak sedar yang aku memang dah jatuh cinta ar ngan dia.. aku terus ar suarakan isi hati aku nak kawan ngan dia dengan lebih dekat lagi.. kami berkawan hampir setahun.. then genap setahun kami berkawan aku lamar dia jadi awek aku lak.. genap 2 tahun kami bersama, aku ajak dia bertunang.. aku tak sangka yang dia akan setuju.. kami bertunang.. tapi tak ada siapa yang tahu akan halnya.. kami kat pejabat pun macam orang tak kenal aje lagaknya... hanya sms aje yang menjadi perhubungan kami.. 


dan tiba ar satu hari, aku di pindahkan ke negeri lain di atas sebab syarikat aku keje nie, bukak cawangan baru.. aku sedey sangat nak tinggalkan tunang aku nie.. aku cakap kat dia supaya sabar aje.. kalo dah settle, aku akan kembali tuk meminang dia.. dia senyum aje tapi aku tau yang atie dia sedey sangat2 masa tu.. aku pun sedey gak.. dan, bila aku pindah ke sana, aku di tempatkan dengan seorang teman sepejabat yang hot.. memula aku tahan gak godaan minah hot nie, tapi kalo dah selalu jumpa, makan sama, buat keje sama akhirnya aku tewas gak.. aku akhirnya mengkianati kesetiaan tunang aku di sana.. 
hingga ar pada suatu hari, aku mendapat berita yang tunang aku di masukkan ke wad kerana demam.. aku ingatkan demam biasa aje.. aku hanya antar sms tuk sedapkan atie dia.. masa tu aku memang buta sebab minah hot nie.. aku makin lupakan tunang aku.. bila family aku tanya, aku cakap macam2 alasan.. tapi aku pelik kenapa tunang aku tak pernah tanya pasal janji2 aku tuk ambik dia jadi isteri aku.. dia macam berikan aku kepercayaan 100% kat aku.. dia tak pernah menyunggut bila aku tak ada langsung hantar khabar berita kat dia.. aku lihat perubahan sikap dia.. dia makin suka menyepikan diri dia.. makin lama aku rasakan makin jauh dia daripada aku tapi aku makin rapat ngan minah hot nie..
aku tanya tunang aku kenapa dia jadi macam tu, tapi dia hanya kata dia penat.. dia percayakan aku dan dia sayangkan aku.. masa tu aku rasakan seperti biasa.. 
dan kemuncaknya apabila satu hari aku dapat khabar berita yang minah hot adalah isteri orang.. kami bergaduh besar dan kami berpisah.. malam aku dan minah hot berpisah, aku mendapat perkhabaran bahawasanya tunang yang aku abaikan telah kembali menghadap Ilahi.. aku rasakan amat terperanjat.. aku terus balik malam tu gak.. tapi aku hanya sempat sampai esoknya.. 


aku tak sempat menatap wajah tunang aku yang terakhir.. tapi aku mendapat sekotak barangan yang pernah aku berikan pada dia serta sebuah diari.. dan hingga kini diari itu menjadi teman aku kala aku rindukan dia.. aku tahu dia seorang yang baik tapi aku tak tahu yang sebenarnya dia salah seorang penghidap barah darah.. 
aku amat menyesal.. tapi, penyesalan aku dah tak ada guna lagi.. dan bila aku membaca semula diari arwah, aku amat2 kesal kerana mengabaikan dia selama nie.. patut lah masa tu dia tak pernah menyatakan apa2 kerana dia tahu yang dia akan pergi.."


owh~ hanya itu yang aku mampu katakan selepas aku mendengar kisah teman aku tu.. aku menjadi amat emo sewaktu aku mendengarkannya.. aku cuba bayangkan aku di tempat mereka berdua.. di tempat arwah tunang teman aku yang tanggung derita secara sendirian hanya kerana tahu yang dia akan pergi meninggalkan tunang tersayang.. bertapa hancurnya hatinya apabila Sang Tunang tak mengambil peduli akan dia.. tapi aku tabik kat arwah kerana berjaya mengharungginya hingga dia sendiri yang mengaku kalah dengan takdirnya..


dan apabila aku berdiri di tempat teman aku, aku tahu betapa dia benar2 menyesal akan perbuatannya pada arwah.. aku tahu dia benar2 menyatakan yang dia ikhlas menyintai akan arwah.. tapi kerana nafsu, dia berubah.. dan aku jua mengerti penderitaan dia kerana penyesalan itu.. dan hingga kini temanku itu tidak berminat tuk bercinta.. hidup nya skang adalah keje dan dunia dia sendiri.. 


ps : Hargailah Apa Yang Sedang Kamu Miliki Kerna Jika Ianya Pergi Meninggalkan Kamu, Kamu Akan Menyesal Sepertimana Teman Aku Itu..





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, April 29, 2010

Aku Tak Suka Di Puji..


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? semoga sihat2 selalu ok... :)
epy2 sokmo ngan mereka yang tersayang.. ngan family yang tercinta serta dengan teman2 yang di kasihi... :)
masih menepek gambar mawar putih lagi aku nie... nak kata jiwang, tak ada ar.. just tetiba mood jiwang itu muncul dalam diri aku pada sejak dua menjak ini... adakah aku telah jatuh cinta?? hohoho... tak ada maknanya.. nak jatuh cinta pada siapa kalo asyik keje, keje, keje dan terus keje?? :p

seronok ke lalui keadaan macam nie??
seronok (jawapan penyedap atie)
nak wat macam mana.. hanya nak mencari sesuap nasi (ayat poyo)
hehehee... seronok sangat2 (ayat geram secara cover) :p
so korang pilih sendiri ar eik, jawapan mana yang korang rasa sesuai ngan diri korang... :p

dah2 tak mau melalut bebanyak.. kang orang jelak.. kata macam kata Kak Sha, "pelbagaikan ceritera kamu.. kalo asyik cerita benda yang sama, orang akan jelak nanti..."
so aku pun tak mau ar citer pepanjang lagi.. terus pada tajuk entry aku kali nie... :)

korang suka kena puji tak?? tak kisah ar sape2 yang puji korang.. aku tau, kalo yang puji tu sum1 yang special bagi korang, sure berbunga2 kan atie?? sure terasa macam nak ulang aje pujian yang di puji oleh Si Dia tu sepanjang hari... :p
jangan ar cakap tak ada, aku pun macam korang gak.. penah gak kena puji ngan My Sp (lama aku tak citer pasal mamat ini di sini).. rasa macam nak suh aje dia ulang pujian dia tu sepanjang hari.. hehehe.. zaman tu dah berlalu.. :)
Please Lynda, jangan lelebih.. kang kena smack down dek awek My Sp kang... :)

tapi kan, bagi aku ar aku tak suka di puji sebenarnya.. sebabnya aku tak layak tuk di puji.. kalo korang kutuk aku, aku terima.. walaupun cara kutukan korang tu teruk sampai boleh wat aku mengalirkan air mata sekali pun aku tima ngan rela atie.. tapi kalo korang puji aku, aku rasa macam aku hanya di hina ngan kata2 pujian korang tu... 

aku penah bagi kata2 nie kat sorang teman aku iaitu En J, selaku yang mengaku nak jadi driver serta bodyguard aku..sebab dia suka sangat cakap aku hebat.. aku pun tak tahu apa yang aku hebat sampaikan dia suka cakap macam tu.. memula aku rasa ok aje.. tapi bila lama kelamaan, aku rasakan dia macam mengejek2 aku aje.. terus aku send kat dia ayat yang macam kat pic aku tepek tu.. dia kata aku pelik sebab kalo layak di puji memang kena ar puji.. tak kan kena kutuk lak.. terus dia tukar topic... :p

so.. kalo korang ar, apa pendapat korang?? adakah korang memang suka kena puji ataupun korang sama macam aku?? aku tak jumpa lagi tau orang yang sama perangai macam aku.. ada sape2 yang nak join the club sama2 ngan aku?? :p
apa pun aku just nak mintak pendapat korang aje... jangan memalu nak drop korangnya komen ok... :)

ps : Kenapa Aku Tak Suka Di Puji?? Aku Pun Pelik Sebenarnya.. :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, April 28, 2010

Mawar Putih : I'm So Sorry Too~


Salam n eelloopp semua~
alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan aku kekuatan tuk menulis lagi di sini... betapa aku panjatkan rasa syukur aku kerana aku masih di berikan peluang tuk bernafas serta berpeluang meluahkan apa yang aku rasa.. korang semua apa khabar?? aku doakan moga korang semua sihat2 ok.. :)
epy2 sokmo walaupun sangat berat dugaan yang di berikan pada kita.. terimalah ia dengan hati yang terbuka kerana "Setiap Apa Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya" :)

mood arie nie, sedey.. sedey bila mengenangkan sesorang ini.. seseorang yang aku rasa tak patut tuk memohon maaf pada aku berulang kali.. aku menghormati akan keputusan yang telah dia lakukan..aku memahami akan keputusannya.. aku cuba menerima keputusan nya.. tapi..

setiap kali aku mendapat sms daripadanya memohon kemaafan, aku terguris.. aku sedey sangat2.. bukan di buat2 kesedihan aku nie.. akan aku baca sms-nya berulang kali tuk aku pastikan bukan dia yang menghantarkannya.. tapi, setiap kali aku membacanya kembali, aku sedar yang aku tak bermimpi.. memang dia yang menghantar sms itu pada aku..

dia pernah menyatakan pada aku "Saya tak nak perkataan maaf ataupun sorry keluar dari mulut awak lagi" sekarang apa yang terjadi?? aku jua tak mahu perkataan maaf ataupun sorry keluar dari mulut kamu.. kamu tak pernah buat salah pada aku..

kalau ada pun, kamu buat salah pada aku, aku telah maafkan segala kesalahan kamu pada aku.. aku jua melakukan kesalahan pada kamu.. kita adalah sama.. tiada bezanya.. 

aku bukan nak pertikaikan keputusan yang kamu lakukan.. keputusan yang kamu ambil aku pasti ianya satu keputusan yang terbaik yang telah kamu pikirkan sematang2nya.. aku kenal siapa kamu.. aku mengerti akan perasaan kamu.. isi hati kamu.. aku tahu sikap kamu bagaimana.. jadi, aku tak layak tuk mempertikaikan keputusan yang telah kamu capai..  aku percaya yang kamu melakukannya tuk kebaikkan aku.. aku hargai akannya.. aku sanjung kerana kamu masih kamu walaupun kamu bukan lagi hak aku..

aku tahu kamu rasa bersalah atas sebab itu.. tapi kamu perlu ingat, tak semua perkara kita boleh share secara lisan.. ada perkara kita perlukan masa tuk berkongsi.. aku terkilan cuma seketika.. aku telah kembali seperti kamu mengenali aku suatu ketika dahulu.. aku boleh terima apa yang terjadi serta alasan kamu mengenai perkara itu walaupun secara ikhlasnya aku ingin mengetahuinya dengan secara details.. 

jadi, kenapa kamu tak boleh menjadi seperti aku?? seperti aku yang kamu "bentuk"?? seperti aku yang kamu "asuh" akan sikapku?? seperti aku yang kamu "didik" tuk menjadi setabah kamu?? seperti kamu yang selalu ingatkan aku andai aku terlepas pandang akan sikap jelek aku?? 

bukan nak ungkit atau apa, aku cuma keliru dengan sikap kamu sekarang.. Andai ku tahu begini akhirnya, aku tak kan antar sms aku yang terkilan pada kamu arie tu.. akan aku simpan rasa terkilan aku ini.. biar kamu tak tahu.. biar kamu tak akan rasa bersalah pada aku lagi.. telah banyak kali kamu memohon kemaafan pada aku, kamu masih jua tak jelak akan permohonan maaf kamu.. aku send kamu sms, kamu tak reply.. andai aku reply, masih jua perkataan "MAAF" ada terselit di dalam sms kamu..

aku mohon pada kamu tuk buang segala rasa bersalah kamu pada aku.. aku telah maafkan kamu sejak dulu lagi.. aku tak mahu hanya kerana ini, hubungan baru kamu akan terjejas.. emosi kamu akan tergelincir dan aku tak mahu ianya akan mengganggu kerjaya kamu yang baru hendak bertapak.. aku sayangkan kamu.. kerana itu aku mahu kamu jua sayangkan diri kamu sepertimana aku sayangkan kamu.. 

lupakan apa yang telah terjadi.. binalah semula kekuatan kamu.. aku ingin kamu seceria dahulu.. aku mahu kamu menjadi siapa kamu semula.. aku mohon pada kamu.. aku harap kamu mengerti akan apa yang aku cuba sampaikan pada kamu.. carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat di dalam luahan hati aku kali ini....

harap maafkan aku andai luahan coretan aku ini menyinggung akan perasaan kamu..
aku cuma ingin menyatakan betapa kamu amat bermakna dalam hidup aku dan aku tak mahu kamu rasa bersalah lagi....

ps : Ingin Menyatakan Yang Kamu Tak Bersalah Sebenarnya.. Dan Jangan Pernah Ada Rasa Bersalah Dalam Diri Kamu.. Ceriakanlah Hidup Kamu Kembali Seperti Sediakala.. Usirkan Lah Rasa Bersalah Kamu...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, April 27, 2010

Menagis Kerana Aku Gembira Bukan Kerana Aku Sedey..


"Aku melangkah kaki ku jauh
jenuh ku melangkah
mengharapkan untuk berhenti
aku tak mampu berhenti lagi kali ini
aku biarkan ia terus melangkah
melangkah dan menghayun.. terus melangkah dan terus menghayun
tanpa tahu di mana arah tuju perhentian langkah ku..
di mana kakiku berhenti melangkah kelak
di situlah destinasi perhentian buat ku..

aku bukan melarikan diri
aku bukan pengecut
aku bukan seorang yang berputus asa

tapi aku perlu..
aku terpaksa..
aku memaksa..
aku di paksa..

usah di tanya siapa yang memaksa aku
usah di persoalkan tindakan aku
kerana aku tahu aku di pihak yang salah
aku perlu bertindak sebelum ianya makin parah
memakan jiwa aku
perasaan aku
hati aku.. "

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua??
aku doakan moga korang semua akan berada di dalam keadaan yang amat2 menyenangkan di samping mereka2 yang tersayang.. bagi yang tengah hangat menyulam kasih, lagi ar hangat betul tak?? :)
bagi yang telah lama menyulam pun perlu menghangatkan hubungan kalian.. jgn ar dingin2.. tak elok tuk kesihatan dan emosi... :)
bagi yang solo serta single macam aku nie, apa lagi?? marilah kita mencari pasangan pula... :))
(macam ar boleh dapat merata2 tempat) :p


"aku tak percaya pada cinta" kata seorang temanku suatu ketika dahulu
"cinta itu amat sakit" katanya lagi
tapi sekarang...
"aku percaya wujudnya cinta"
"cinta itu amat bahagia sekali"
aku pula berkata "apa kes??" :)
rupa2nya dia sedang di lamun cinta... patut ar sejak kebelakangan nie ayat2 nya amat jiwang.. amat menyusuk kalbu.. amat membuai perasaan... :)


aku?? hehehe.. aku masih macam nie ar.. masih mencari En Cinta.. tapi En. Cinta itu belum jua aku temui.. aku bukannya terdesak pun nak mencari cinta baru setelah apa yang terjadi.. bukan jua menutup pintu hatiku tuk bercinta lagi.. bukan juga tidak percaya akan cinta lagi.. cuma.... aku belum bersedia tuk memulakan apa2 jua talian yang berkaitan dengan hati serta perasaan ini.. bukan senang untuk "menghidupkan" sesuatu yang baru sedangkan ianya telah lama "mati".. :)
(cehwah ayat poyo memanjang aku skang nie.. thanx 2 My Sp sebab selalu ajar ayat2 poyo kat aku) :))


seperti yang aku pernah citer ngan Kak Sha pada pertemuan aku 17hb yang lepas.. segalanya telah terjawab.. segalanya telah terungkai.. segalanya telah terlerai.. dan di hadapannya aku mengakui akan perasaan aku.. dulu hanya My Best Buddy yang mengetahuinya.. tapi skang Kak Sha jua mengetahuinya.. mudah benar aku menceritakan segalanya pada dia.. mungkinkah nasib aku dan dia sama?? dia kata aku adalah dia suatu tika dahulu.. dan dia tak mahu aku menjadi seperti dia.. aku paham akan apa yang dia katakan..


dan Kak Sha, saya ambil langkah seperti yang akak nasihatkan pada saya.. bukan sebab saya terpengaruh ataupun terpaksa.. tapi saya telah pikir semasak2nya.. dan saya pasti ini adalah yang terbaik tuk diri saya... :)
thanx ya kak.. u r great.. :) 



tu header blog Kak Sha... mengunakan  perkataan yang amat sentimental value.. kisah cintanya, kisah kehidupannya dan segalanya tentang Sepet dan Cheryna... :)
dan kerana itu lah, dia tak mahu aku menjadi seperti Sepet dan Cheryna.. dan aku paham akan maksudnya... :)
insya Allah, aku tak akan menjadi seperti Sepet dan Cheryna walaupun dulu aku ingin menjadi seperti mereka.. ingin seteguh serta sekuat Cheryna.. ingin menjadi seperti Cheryna yang tak pernah rasa berputus asa pada Sepetnya.. hinggakan Cheryna skang telah ilang rasa kasihnya pada Sepet.. dan itu adalah Cheryna yang baru.. dengan semangat yang baru dan Kak Sha meminta aku menjadi seperti Cheryna yang baru.. matikan anganku tuk menjadi seperti Cheryna yang lama... dan aku akan cuba lakukan demi kebaikan aku kelak.. kebaikan kalian2 yang aku sayang... :)
love ya Kak.. and thanx so much to Cheryna.. :)

ps : Tak Perlu Memohon Maaf Kerana Kamu Tak Pernah Buat Salah Pada Diri Ku Ini..
Walau Setegas Manapun Keputusan Kamu, Aku Tetap Dengan Pendirian Aku Ingin Menyatakan Yang... KAMU TAK PERNAH BERSALAH PADA AKU DAN TAK PERLU MEMOHON MAAF~ Dan Aku Jua Menghormati Keputusan Kamu Kerana...
"Setiap Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya..." ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, April 26, 2010

Mawar Putih Dalam Angan Dan Sedar... :)


Salam n eelloopp semua~
macam mana arie nie?? arie isnin sudah.. :)
heheh... jap aje.. pejam celik pejam celik.. dah isnin...
dah dekat ujung bulan April.. dan nak masuk bulan May... :)
aku suka bulan May.. :P

sebab apa aku suka?? sebabnya aku akan ke luar negara pada pertengahan bulan May nie.. bercuti selama 4 hari bersama2 ngan family.. :)
laie, aku akan gi reunion teman sekolah rendah aku dulu... :)
yang tak bestnya, pagi reunion tu, aku kena kembali ke PJ, tuk another check up... :(
results, pun akan tau gak... aku sure, xde perubahan punya sebabnya, aku kekadang skip makan ubat... :p
(jangan report kat sape2 ok) penat wei makan ubat arie2 nie... :(
bukan nak citer pasal ubat, tapi nak citer pasal...... 

ok.. cantik kan bunga kat atas tu?? 
aku jumpa ada seorang blogger nie menggunakan mawar putih sebagai header blog dia.. aku tengok gambar tu cantik sangat.. nak aku mintak, aku segan lak.. takut dia tak mau bagi sebab mungkin gambar tu ada sentimental value kat dia.. so aku hanya komen yang gambar header tu cantik sangat... :)
but seriously cantik..mungkin sebab aku suka akan mawar putih sebab tu aku nampak ianya bertambah2 cantik... :)

bila ar aku akan dapat bunga tu?? :p
(cit, soklan yag amat poyo.. ngalahkan tak boleh nak beli kat kedai aje)
maksud aku, daripada sum1 yang sepesel ar.. 
(owh~ aku ingatkan macam kau tak boleh nak beli.. kat pasar tu banyak.. melambak)
hampeh sungguh atie aku nie..
*dialog antara aku ngan atie aku* ;p

dulu aku pernah citer pasal mawar putih nie.. klik sini tuk entry yang lalu.. :)
aku pernah citer kenapa dan mengapa aku minat sangat pada mawar putih nie.. mawar putih dah menjadi sebahagian diri aku.. kata seseorang, "rose putih itu diri saya" :)
kalo dia ada membaca entry nie, aku nak cakap "kita adalah serupa" :p

aku hairan sebenarnya, ngape tak ramai yang suka akan mawar putih.. mereka lebih suka kaler merah.. aku kalo merah, aku tak suka.. sebab kaler merah tu terlalu garang.. terlalu menyerlah... :D
so putih menjadi pilihan aku... :)
amat sweet sekali... amat romantis sekali.. jiwangnya aku nie... :p
alah~ sekali sekala aku men-jiwnag-kan diri aku... :))
(aku mahu muntah sebenarnya sewaktu aku menulis ayat di atas itu) :p

abis citer mawar putih.. aku nak citer pasal My Dear Sis Prince Adnil, kakak yg aku sakitkan atie nya.. kakak yang aku "buang" tika aku susah dan aku bersamanya tika aku suka.. kakak yang aku kecewakan waktu aku down dulu.. kakak yang merajuk dengan sikap aku.. maaf kan saya kak... 
(tapi aku ada utang duit ngan dia sebab aku mintak dia beli novel masa pesta buku arie tu) :p

dia cakap, dia suh aku tukar lagu yang menjadi background blog aku nie.. lagu nyanyian Wali Band tajuknya "Aku Sakit".. dia kata semakin dia membaca entries aku, semakin dia "sakit"... huhuhu... aku pikir2 gak.. apa kah maksud yang tersirat mahupun tersurat... pikir punya pikir... sampai skang aku tak jumpa pun jawapannya... :p
hampeh tak aku?? hampeh kan??? ;p

aku cakap kat dia, aku paling suka lagu tu.. dia tanya aku, ngape aku suka lagu tu.. aku hanya cakap.. lagu tu best... :p
dan aku cukup pasti dan cukup sure (apa bezanya antara pasti dan sure) :p
hentam aje ar Lynda... :D
yang dia tak kan percaya apa yang aku cakap kat dia... :)

hehehe... aku tak boleh nak share pasal nie kat sini.. sebabnya..... ada ar... tak mahu ada yang berkecil hati ngan aku lagi.. takde ar... just biar ar menjadi rahsia aku sendiri aje... :)
dah ar... tak mau nak citer pasal nie lagi.. yang penting, akak tahu yang adik akak nie dah kembali macam dulu2.. menceriakan hidup akak.. sentiasa menjadi "bulan" akak.. :)
dan akak akan menjadi kakak saya yang paling best sekali... :)
(nie puji2 nie, bila turun sini, boleh kasi den pinjam d90.. alah lepaskan gian aje.. nak beli belum cukup ongkosnya...) :p

so.. sampai kat sini aje ar eik..
esok2 aku nulis lagi jika aku ada idea nak nulis.. :)
karang2 aku terjah umah kalian.. thanx to all my followers yang sudi menjadi followers miz fantasy nie.. yang menjadi reader sama ada silent mahupun yang ada tinggalkan jejak anda pun thanx gak... :)
aku sayang korang semua.... :)

ps : Siapa Yang Akan Tahu Andai Kita Tak Memberitahu?? :p


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, April 25, 2010

Wish List


Nikon d90


Satria Neo R3


Black Berry Bold 9700

Salam n eelloopp semua~
apa khabar?? korang sihat?? hehehe.. doa aku semoga korang semua dalam keadaan yang sihat sentiasa... :)
AHAD wei... ada apa ngan ahad?? tak de pape yang menarik pun sebenarnya.. cuma arie persantaian (ada ke perkataan macam tu) :p
gasak ar.. aku nya perkataan.. :p

ok2.. skang bukan kelas bahasa melayu.. aku nak citer pasal wishlists.. dulu penah citer pasal wisglists, so.. ini adalah sambungan nya... gambar kat atas tu ar wishlists terbaru aku... :)
korang usha sendiri aje eik.. :p

ooppss... sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada Cik Intan sebab memberikan tutorial mengenai cara memasukkan lagu ke dalam blog.. kalo korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik nama Cin Intan kat atas tu.. ianya akan terus ke blog Cik Intan yang menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya... :)

ok ar.. kali nie tak mau citer pepanjang.. citer pependek aje... :)
selamat berhujung minggu wat korang semua.. bagi yang bercuti, selamat bercuti.. bagi yang bekerja macam aku nie, selamat ar bekerja dengan tenang, senyuman serta ikhlas.. :)
(kepoyoan aku semakin bertambah2 sekarang nie.. harap di maafkan eik) :p

ps : Ingin Bertemu "ehem ehem" Aku Pada Bulan Jun Nanti... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, April 24, 2010

Satria Neo R3 Pujaan Hati Ku... :)


Salam n eelloopp semua~
korang pe khabar?? sihat?? SABTU dah wei... arie tuk bersantai2 bersama2 ngan orang yang tersayang.. but.. aku kena keje... tak pe next month aku akan bercuti pula.. aku pula akan bersantai2 ngan family yang tersayang.. sebab orang yang tersayang tak ada laie.. so ngan family ar.. :)

amacam gambar yang aku tepekkan kat atas tu?? hohoho.. kalo korang pernah membaca entry memula aku sewaktu aku start blogging, sure korang tau yang ini adalah my dream car.. klik sini tuk baca entry yang lepas... :)

ok skang aku dah tukar dream car aku.. dulu aku giler akan Satria GTi.. now aku mengilai Satria Neo R3.. ppeerrgghh... aku tengok regenya amat ar tak menahan.. Rm 115k* On the road.. huhuhu... tu kena tunggu tahun bila ar aku boleh dapat memiliki kete ini?? nak mintak ayah aku belikan?? huhuhu... sure tak dapat punya.. alasannya 2 pintu... 

aku suka kete nie ngape?? sebabnya kete nie menggunakan transmission manual.. hehehe.. aku kalo bab2 auto nie, aku failed.. aku tak bape reti bawak kete auto.. sebab tu kete aku skang (iaitu yang kat bawah nie) aku sayang sangat2.. 

 

walaupun ayah aku selalu kata kete nie kuat guna minyak, aku tetap sayang kete nie... :)
hehehe.. kete nie banyak berjasa kat aku.. walaupun kalo ada ayah aku, aku jarang guna kete nie... :)
tapi ianya tetap berjasa gak kat aku... :)
dah hampir 3 taun aku guna kete nie.. dan kalo ayah aku nak jual kete nie, aku akan mintak ganti kete yang kat atas tu.. :p


ok ar, kalo korang nak tahu lebih lanjut mengenai Satria Neo R3 dan juga Pesona, klik aje pada link yang aku berikan.. tapi skang Pesona dah ada edisi baru iaitu Pesona Elegance.. :)
nampak agak smart gak... :p
beza pun tak banyak tang regenya.. 


Mr E kata kete Satria Neo nie tak cantik.. sedey aku... dia kata kete Hummer H2 laie smart daripada Neo aku... :(
tapi Mr Jay kata, ok2 aje.. dia gemar akan Subaru Impreza.. :)


ps : Camera Idaman Pun Belum Tercapai Laie, Nie Kan Pulak Satria Neo R3... :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, April 23, 2010

Entry Khas Buat My Sp & Miss E.Z

Kredit Gambar Kat Aku Sendiri...

Salam n eelloopp semua~
apa khabar?? ada sihat?? :)
aku doakan moga korang semua sihat sejahtera hendaknya... :)

ok.. cantik tak gambar kat atas tu?? hehehe.. gambar dan entry ini aku tujukan khas wat My Sp dan Miss E.Z iaitu partner baru My Sp.. aku doakan moga kalian akan gembira dan berbahagia hingga ke jinjang pelamin.. jangan lupa jemputan tuk "akak" korang nie.. nak yang sepesel tau.. :p
(demand lak aku nie) :))

kul 3 pg aku masih belum tido.. masih merenung masa depan macam biasa.. :p
dan tetiba aku teringat untuk menulis entry ini... giler seh.. pepagi buta menulis entry pasal bekas kekasih ngan awek barunya.. tapi itu ar aku.. rasa terkilan, rasa kecik atie aku hanya sebentar cuma.. :)
yang lain2 biar aku tanggung sendiri.. :)

ok sekali lagi.. 1st sekali aku nak mintak maaf pada Miss E.Z iaitu silent reader aku sebabnya aku tak tahu pun yang awak tu partner My Sp.. kalo aku tau, tak ada ar aku wat entry Khas tuk My Sp dan Puisi Ku Untuk Mu.. malu sangat2.. malu pada Miss E.Z, malu pada My Sp, malu pada korang serta malu pada diri aku sendiri.. mana tak malunya?? buat entry tuk memuji bekas kekasih sendiri, walhal bekas kekasih tu dah ada gf len yang menjadi silent reader blog sendiri.. rasa macam nak nyuruk bawah meja aje masa aku dapat tahu pasal Miss E.Z kekasih baru My Sp.. seriously memang aku malu.. malu yang teramat sangat.. sorry bebanyak pada Miss E.Z.. dan kamu tak perlulah nak mohon maaf bagai, sebab bukan salah kamu pun di atas apa yang terjadi.. sebabtu akak penah cakap, jangan di tanya perkara yang "dia" tak mahu jawap.. sekarang kamu tahu bukan sebab kenapa dan mengapa "dia" tak mahu menjawap segala pertanyaan kamu?? :)

2nd, aku nak cakap kat My Sp, jaga ar Miss E.Z tu bebaik.. dia gadis yang baik.. memang ar dulu aku ada kutuk dia cakap yang dia dingin ngan aku, tapi bila aku dah kenal dia, (melalui YM aje aku kenal dia) :p
aku tahu dia benar2 sayangkan P.. jangan kecewakan dia.. she really need u now rather than me... im ok..realy i am.. tak usah nak mohon maaf lagi.. dia tak salah apa2 pun.. apa yang terjadi ada hikmahnya sayang... (sayang?? yup sayang, kamu tetap menajdi sayang aku sampai bebila..) 
(teramat giler mengaku masih sayangkan bekas kekasih sedangkan tahu yang belas kekasih tu dah ada awek..) :p

don wory, memang orang berkecik atie ngan P pasal menyembunyikan hubungan P ngan Miss E.Z.. P ada sebab mengapa nak sembunyikan daripada orang.. 
jangan risau, orang tak pernah sakit atie ngan dia.. kecik atie nie pun sementara waktu aje.. insya Allah, ianya akan kembali pulih macam biasa.. biar masa aje yang menentukan segalanya.. doa orang moga dia epy sokmo.. orang tumpang epy atas kebahagiaan yang dia ngah kecapi skang nie.. :)

last sekali, doa aku sentiasa wat kalian... kalian epy aku tumpang epy... :)
dan akhir sekali... aku ucapkan 
SELAMAT BERBAHAGIA WAT KALIAN BERDUA... BUAT MY SP, KAMU ADALAH YANG TERINDAH WAT AKU.. BUAT MISS E.Z, AKAK GEMBIRA DAPAT MENGENALI KAMU..

ps : Adakah Aku Benar2 Redha Akan Nya?? Hanya Senyuman Yang Aku Dapat Berikan.. :)

ps sekali lagi : Segala bagai en3 aku dari arie ini, hingga 30hb adalah scheduled post.. harap maklum.. aku teramat bz lately... tapi aku akan cuba meronda ke umah2 korang bila aku ada masa terluang ok.. harap di maafkan aku nie... :)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, April 22, 2010

I Hate MySelf!!!




Salam n eelloop semua~
pe khabar?? ada sihat??
aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang sihat sentiasa... :)
aku macam mana pulak?? :)
aku dah sihat sepenuhnya... sihat yang benar2 sihat... yes.. i'm back!!
dah macam rappers yang bermulut celupar itu plak gaya aku... :p
but i like him.. i like all his songs... :)

ok2.. stop merepek meraban.. aku menulis di awal pagi..aku masih lagi merenung masa depan.. perbuatan yang semakin kerap aku lakukan sejak dari minggu yang lepas hingga ar skang nie.. 

selepas aku menghambakan diri aku pada Penciptaku, aku akan mula merenung masa depan.. muhasabah diri aku kembali.. mengenang apa yang telah aku lakukan selama 2 minggu ini.. aku tangisi akan kekesalan perbuatan aku.. sedey bukan sebab rasa terkilan di atas sikap My Sp, tapi sedey mengenangkan betapa aku terlalu pentingkan diri aku sendiri hingga aku menyeksa dan membuatkan orang lain rasa bersalah di atas perbuatan aku..

dan pada awal pagi ini, air mata ku telah berhenti mengalir.. berhenti dan terus berhenti.. hatiku amat tenang setenang tenangnya sekarang nie.. aku dah tak mahu mengalirkan air mata lagi menyesali akan perbuatan aku..

owh~ betapa aku amat kejam menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri.. betapa aku tak berperikemanusiaan menyeksa perasaan orang lain di atas sikap bodoh aku..
aku memang tak ada atie dan perasaan apabila aku menyatakan yang aku terkilan dan berkecil atie ngan My Sp walhal, aku tahu dia mempunyai sebab musabab mengapa dia lakukan sedemikian.. tapi mana perginya rasa timbang rasa aku sebagai manusia yang waras??

KEJAM!! yup perkataan itu amat sesuai ngan aku kala itu.. aku menjadi manusia yang amat kejam.. Owh Damm S**t!!
aku amat terseksa ngan apa yang dah aku wat..
aku wat My Sis Prince Adnil, kecewa ngan sikap aku..
aku wat My Best Buddy, Mr Dude kecewa ngan aku walaupun dia selalu cakap yang dia selalu menyokong aku..
aku wat My Sp terasa atie ngan aku
aku wat My Sis Miss E.Z rasa bersalah sebab perbuatan aku
aku wat My Fren Mr E pening ngan aku bila aku marahkan dia tanpa sebab..
aku wat kalian membaca entry2 aku yang aku scheduled post mula dari 15hb hingga ar semlam 21hb.. aku hanya bukak blog aku pada waktu siang dan entry2 aku itu adalah tulisan aku dalam satu hari yang aku scheduled kan tuk tiap2 hari termasuk lah entry2 jiwang yang aku jadi malu pada diri sendiri, malu pada semua~

aku benar2 kejam.. aku tak pernah merasa aku begitu kejam sekali.. Ya Allah... kenapalah aku berlaku kejam pada insan2 yang amat baik dengan aku..
aku berlaku tak adil apabila menghukum mereka tanpa belas..
aku menghukum mereka tanpa memikirkan perasaan mereka..

mana perginya Lynda yang amat bertimbang rasa dulu??
lynda yang memikirkan perasaan orang lain sebelum perasaan dia sendiri??
lynda yang memperjuangkan perkataan sayang akan teman2nya??
lynda yang berjanji akan menjadi seorang yang amat setia bersama2 dengan teman2nya??

kenapa lynda yang ini menjadi kejam hanya rasa terkilan serta kecik atie yang sebenarnya dia boleh menerima keadaan yang sebenar??
I REALLY HATE MYSELF NOW!!!

dan skang, pagi pagi yang indah nie, aku dengan setulus ikhlas memohon kemaafan pada insan2 yang pernah aku sakiti...

pada My Sis Prince Adnil
pada My Sp,
pada My Sis Miss E.Z,
pada My Best Buddy Mr Dude,
pada My Fren Mr E
dan pada semua..

AKU DENGAN RASA RENDAH DIRI, MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA KALIAN SEMUA.. AKU MEMOHON AGAR KALIAN MEMAAFKAN AKU.. AKU TAHU AKU BANYAK BUAT KALIAN SAKIT ATIE, BERJAUH HATI DAN SEBAGAINYA NYA DENGAN TINDAKAN AKU SELAMA INI.. MAAF KAN AKU~

ps : " kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi, walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi, tetapi percayalah, suatu hari nanti yang baik pasti akan datang menjengah...sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat, tapi ada penawarnya-BERSABAR-"


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, April 21, 2010

Sukarnya Nak Dapatkan Kepercayaan... :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sihat?? sure sihat punya.. dah masuk arie rabu.. bermakna kita dah berada di pertengahan minggu... :)
lagi beberapa arie aje lagi dah nak weekend n cuti semula di ujung minggu betul tak?? :)

ok2.. kali nie nak citer pasal TRUST ataupun kepercayaan.. thanx kat Mak aku yang bagi idea nie.. katanya dia terbaca seseorang bertanyakan mengenai kepercayaan.. aku tak tanya lak siapa dan kat mana mak aku terbaca... :)

alrite, tak mau citer melalut, kita teruskan ngan citer pasal kepercayaan nie.. menurut kata mak aku, orang itu bertanya mengenai mengapa sukar nak dapatkan kepercayaan.. huhhu... 

"sukar ke nak dapatkan kepercayaan??" aku tanya kat mak aku
then mak aku jawap " amat sukar"
"kenapa ianya sukar?? kalo nak kepercayaan tu, bagi aje ar"
"kalo ar kepercayaan itu semudah yang akak cakapkan tu, alangkah bagusnya??"
aku pelik ngan jawapan mak aku.. aku tanya lagi, 
"sukar sangat ke nak bagi kepercayaan?"
"kepercayaan tu sukar nak dapat tahu tak??"
"alasannya apa?"
"alasannya.. bukan mudah tau tak nak dapatkan kepercayaan seseorang.. dan bukan mudah gak seseorang tu nak bagikan kepercayaannya pada orang lain.. walaupun suami dia sendiri.. kepercayaan ini suatu yang berharga.. kalo kita tak tahu menjaga kepercayaan yang dah di berikan, sampai bila2 pun orang tak kan percaya pada kita dan kita sukar nak dapatkan kepercayaan orang.. tapi bila sekali orang dah berikan kepercayaan itu pada kita dan kita pandai menjaganya, insya Allah.. kita akan dapat kepercayaan itu sampai bila2"
"maksudnya apa mak?" aku masih blur lagi..
dengan selamba mak aku hanya jawap " akak akan tau bila akak melaluinya kelak"

aku terpinga2 kat situ.. blur giler aku mas tu... but now, mungkin aku paham sikit2 kot.. apa pun, memang sukar nak percayakan orang lain.. tapi bila kita dah percayakan orang tu, kita akan bagi sepenuhnya kepercayaan padanya... betul tak tafsiran aku nie?? :p

ok ar, skang aku nak dengar pendapat korang pulak.. :)

ps : Aku Percaya Pada Kamu.. Kerana Itu Aku Tak Pernah Meragui Akan Ketelusan Serta Keikhlasan Kamu Selama Ini... ^_^

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)